Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • KISAH SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • Download
  • TOPIK LAIN
    • Minimal
    • Sub Menu with Subs
      • Feminist
      • Persona
      • Expose
    • Powergame
    • Fashion
Salam,

teman merasa makan ayam kampung goreng di suatu tempat yang dirahsiakan. Sahabat teman ini beria2 benar mengajak teman untuk makan disitu kerana dakwanya ayam kampung yang dijualnya adalah ayam kampung ori yang sangat lazat dimakan. Teman macam tak percaya dengan dakwaan kerana stock yang ada sekarang masih tak lojik sekiranya ada yang mampu untuk menjualnya diwarung. Harga yang tinggi serta kekurangan stock meyakin teman lagi yang ayam yang dijualnya adalah dari jenis kacuk.

So teman oun menjamahlah.. yes memamg pada bentuk fizikal asalnya seperti ayam kampung asli yang biasa.. kecil sahaja, koyakkan daing liat dan fizikal saakan ayam kampung asli. Namun apabila teman makan (terutama tang dada) teman rase yang ayam yg teman makan umpama kosong atau ada kurang sesuatu. sbb yg rase rempah sahaja dan sedikit keliatan. So teman tanya lah kakak yang jual tu, dapat kat mana bekalan ayam kampung asli nie, goreng punya goreng last2 teman dapat tahu.. pas makan terus bergegas ke tempay yang dikatakan..

Aik!! nie semua ayam kampung kacuk!!, cam mana yg kakak tu kata ayam yg dijual RM 6 seketul tu ori? makan 2 orang harga dekat RM16. Tanyalah kebetulan pekerja yang ada direban tersebut. Cara penjagaannya amat simple dimana hanya membina reban berbumbung sepenuhnya dengan keluasan 20X30 kaki dan berpagarkan wayar jaring besi. Tgk pada saiz ternakan teman jangkakan ayam nie dah berusia sebulan lebih sbb dari rupa dan saiznya masih belum sukup mantap. Bila ditanya pekerja tu, dia kata saiz ini hanya tunggu seminggu sahaja lagi sebelum disembelih kerana dah cukup berat?

Bila ditanya berat berapa skang? dia kata dalam 800-900gram.. huh? adakah ini satu penipuan atau satu lagi cara org nak melakukan ayam kampung kacuk ini dengan menjual ayam kampung kacuk pada usia yang sangat muda dengan harapan menyerupai ayam kampung asli?ataupun untuk buat masa sekarang ianya dapat diterima dengan baik kerana susah sangat nak mendapatkan ayam kampung asli ini. Ataupun dengan cara ini sahajalah irg kita mampu hidup dalam penternakan ayam kursusnya ayam kampung kacuk?

anda pikirkanlah sendiri..

Lepas ini teman ada tips yang akan teman ceritakan dalam post yang akan datang mengenai cara atau trick untuk menjadikan incubator anda 2 fugsi iaitu pengeram dan penetas.. kira 2in1 lah.. tungguuu...
0
Share
Salam,

melihat kepada isu semasa seorang penternak kita yang mempunyai masalah mengenai mengendalian anak ayamnya, beliau mengadu yang anak ayam mengalami masalah pentumbuh besaran yang menurun serta anak ayam kurang berselera untuk makan. Pada penghujungnya anak ayam akan mati dalam keadaan yang menyedihkan dengan keadaan berat badan yang sangat kurang. Untuk menjawab masalah MR AJIN, teman ada beberapa cadangan, mungkin cara penyelesaianya akan ditemui dalam post teman kali ini..

Dalam memelihara anak ayam keluaran incubator, tak semua penternak mampu untuk melakukannya denan baik untuk kali pertama Ini termasuk juga teman yang pada mulanya sering gagal memastikan semua anakayam teman berjaya mengharungi hidup sehingga mencapai usia matang 6 bulan. Amatlah rugi untuk kehilangan anak ayam yang cute didepan mata tanpa berbuat apa2, sebelum mengulas lanjut sila periksa kawasan brooder anak ayam tersebut untuk mendapatkan data yang ada...

1 pertama: berapa usia anak ayam sekarang? kalau dibawah 2 minggu satu setting khas diperlukan.. untuk 2 minggu pertama, seelokknya kita memasang lampu pada bekas ini secara berterusan pada waktu siang dan malam. Ini bermaksud, biasanya anak ayam ini akan berada dalam keadan selesa apabila suhu dipermukaan lantai brooder tersebut berada dalam jurang 35-37 darjah calsius. Gunakan thermometer mampu membantu anda untuk mengenalpasti suhu untuk anak ayam. kemudian untuk minggu ketiga sehingga berusia sebulan, anda memberi bantuan haba hanya pada waktu malam sahaja. Ataupun kita hujan turun dan suhu persekitaran sejuk diwaktu siang. Anak ayam akan berada dalam keadaan stress sekiranya didedahkan selama sebulan dalam cahaya terang 24 jam dimana mereka tidak mampu berehat atau tidur sepenuhnya. Anak ayam yang berusia lebih 2 minggu memerlukan tidor lena dalam keadaan samar atau gelap bagi memberi rehat kepada matanya. Sering kali kita lihat, anak ayam yang tidak ditutup lampunya selepas berusia 2 minggu akan mengalami gejala stress dimana mereka kerap terjaga atau terlalu berhati dengan setiap bunyi atau bergerakan yg dapat dilihat dipersekitaran brooder.

Jika anda berada dalam keadaan yang sejuk seperti menternak anak ayam dalam kawsan berhawa dingin, anda perlu memastikan satu makanisma pemanasan yang tidak melibatkan cahaya untuk membantu anak ayam. Ada yang menggunakan lamp cap atau penutup lampu yang menfokus cahaya lampu disesuatu tempat sahaja dimana anak ayam boleh memilih untuk tidur dikawasan yang kurang terang tanpa kehilangan suhu panas yang diperlukan. Anda juga boleh menutup permukaan lampu atau meletakan halangan yang boleh membekalkan haba tanpa cahaya seperti kerajam timah atau zink. ataupun anda meletakkan mentol anda dalam kotak kayu yang mempunyai lubang supaya haba dari mentol tadi dibekalkan tanpa mengeluarakan cahaya yang terang.


2. Periksa lokasi anda meletakkan brooder. Sekiranya anda meletakkan brooder dikawasan terbuka atau diluar rumah, ada kemungkinan anak ayam anda diganggu nyamuk dan agas. Nyamuk akan menyerang anak ayam dan menyebabkan mereka stress. Cuba perhatikan apa yang dilakukan oleh si ibu ayam ketika waktu malam? ibu akan memastikan anak ayam berada dibawah kepak atau perutnya sepanjang malam bagi mengelak si pengisap darah menggangu. Oleh itu kita perlu meniru situasi tersebut dengan memastikan anak ayam bebas dari serangan nyamuk. Mungkin anda boleh menutup brooder anda pada waktu malam dengan jaring kalis nyamuk atau meletakkan anak ayam didalam rumah.

Mungkin ada yang mengatakan perbuatan meletakkan anak ayam didalam rumah kurang sesuai dimana gangguan hama akan menyerang tuan rumah. Kalau anak ayam ini ditetaskan didalam incubator dan tak pernah keluar dari rumah, masakan hama boleh membiak. Namun bagi teman, untuk tempoh masa 1 bulan, teman sanggup bekorban sedikit asalkan anak aya, teman sentiasa sihat dan terlindung dari anasir luar yang boleh menyebabkan kematian, paling tidak pun anda menempatkan anak ayam ini distor khas yang lebih terlindung.

3, untuk anak ayam yang baru lahir atau dibawah 4-5 hari, perhatikan tanda Yellow Egg Sindrom dimana anak ayam mati dengan lebam hitam kebiruan dibawah perutnya. kalau ini terjadi ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan. Punca penyakit ini berlaku adalah kerana anak ayam ini tidak mempu menghadam atau menghabiskan bekalan telur kuning yang berada dalam perutnya semasa baru menetas. Kebiasanya anak ayam akan ditetaskan dengan bekalan makanan berupa kuning telur didalam perutnya dan tidak perlu makan sehingga 2-3 hari dari hari mula menetas. Kita dapat perhatikan perutnya akan sedikit membuncit dan selepas 2-3 hari ianya akan sust dengan sendirinya. Anak ayam juga akan mengeluarkan najis untuk kali pertam walaupun belum pernah makan sekalipun. Untuk mengelak perkara separti gejala ini, anda perlu memberi anak ayam ini makan hanya selepas anak ayam ini berusia 2-3 hari atau selepas anak ayam ini sudah kelihatan kering betul selepas berada dalam incubator. Anak ayam yang sudah bersedia untuk makan adalah anak ayam yang sudah kelihatan segar dan aktif dengan berlari kesana kemari. Anak ayam juga dilihat mula mematuk apa sahaja didalam incubator. Ini tandanya anak ayam sudah bersedia untuk makan, Untuk kali pertama, anda perlu mencelupkan paruh anak ayam ini didalm bekas air supaya kita dapat mendidik anak ayam minum kali pertama. Apabila anak ayam ini mula minum didalam bekas yang disediakan, anda boleh menabur sedikit dedak dilantak supaya anak ayam mampu mematuk. Setelah habis makanan tersebut, barulah anda boleh meletakkan bekas berisi dedak dalam brooder anda.

4. Penggunaan mentol anda, pegalaman teman, kuasa mentol yangterbaik adalah dengan menggunakan mentol 5 watt sahaja bagi sebuah broder bersain 30-40 ekor anak ayam. Sekiranya brooder anda dibina dengan baik, suhu dari mentol ini dicampur dengan suhu dari badan abak ayam ini sendiri mampu mencapai suhu ideal iaitu 35-37 untuk anak ayam. Elakkan menggunakan mentol yang lebih terang kerana cahaya terang ini akan menggangu tiduk anak ayam ini dan seterusnya menyebabkan anak ayam stress. Anak ayam stress akan kurang makan dan akhirnya mati kebuluran didalam bekas yg penuh dengan makanan.

5. Sumber dan jenis makanan juga mungkin menjadi sebab anak ayam tak mau makan, seelokknya mengunakan dedak starter jenis baik untuk 2 bulan pertama secara 100%. Ini dapat membantu tumbuhbesaran anak ayam yang memerlukan protien yang tinggi, anda tidak digalakkkan untuk mencampur makanan lain sekiranya anda kurang mahir dalam nutrisi makanan yang diperluakn oleh anak ayam.

6. perhatikan bontot anak ayam sekiranya terdapat gumpalan najis yang melekat pada anak ayam. sekiranya ada, anda perlu membersihkan secepat mungkin dan membesarkan anak ayam membuang najis dengan selesa. Najis ini akan emlekat dan akhirnya menutup saluran dubur anak ayam dan menyebabkan anak ayam tak mampu untuk berkumuh. Gunting bulu disekitar dubur jika perlu. Bersihan dengan perlahan dan beri air minum yang secukupnya. Berikan minuman bercampur denagn elektromisis atau glokosa untuk membantu stress penyakit ini. minuman bercampur vitamin juga boleh diberi secara berkala.. tingkatkan kebersihan brooder anda dengan membersihakn sekerap yang anda mampu dan pastikan anak ayam selesa semasa berada dalam brooder.

Sekiranya masalah ini masih berlarutan, anda boleh merujuk ke jabatan yang berkaitan atau menghantar gambar kepada teman untuk teman memberi komen.. oklah teman pun rase dah panjang sangat teman menulis, takut korang jemu pulak baca..

ada yang kata teman nie menulis berjela2 sampai tak larat nak baca, ada yang komplin bila teman lama tak menulis.. tah la teman pun tak tau nak ikut yang mana.. tapi yg pasti niat teman hanyalah untuk membantu.. yang anda rase sesuai anda gunakan dan yag mana rasenya merapu anda buat tak tahu sahaja.. adios..
4
Share

Salam,

Perasan tak tuan2, sekarang nie bekalan anak ayam semakin ada dipasaran sekarang, wwalaupun dengan jumlah kecil, kita dapati bekalannya berterusan. Bagi teman ada 2 tanda yang mengembirakan..

Satu, kesedaran tentang penggunaan incubator bertambah baik dan skill yang ada dikalangan penternak semakin baik. Dengan ilmu yang menjadi suatu kebiasaan sekarang(kalau dulu otai2 sahaja yang tahu) semua orang boleh menggunakan incubator. Dengan memaksimumkan penggunaan incubator, teman yakin suatu hari nanti bekalan anak ayam mencukupi untuk memungkin penternakan berskala sederhana penternakan ayam kampung ini menjadi kenyataan. Seperti semua tahu, bekalan anak ayam yang ada sekarang sangat terhad dan hampir tiada untuk kita menternak. Bekalannya sekara sekali sekala sahaja yang timbul. kadangkala kebanyakkan penternak yang mengeluarkan anak ayam ini akan menggunakannya bekalannya sendiri untuk memajukan penternakan.

Kalau kita perhatikan sekarang, bilangan penternak yang mempunyi incubator sendiri semakin bertambah. Apa yang teman mahu tgk, mungkin lagi 5 tahun lagi, hampir 50% penternak dimalaysia tak kira yang skala sederhana atau yg menternak dibelakang rumah sudah memaksimumkan penggunaaan incubator. Mungkin, ketika itu, kita mampu menternak ayam kampung ini dalam skala pengeluaran 5000 ekor sebulan bagi satu2 ladang. Dan dengan harga purata diladang ketika itu RM15 sekilo, dan jualan bagi seekor mencecah RM 2o ringgit, pendapatan kasar bagi sesebuah ladang mungkin menghampiri 100k sebulan.. siapa tahu?

HARAPAN TEMAN, MARILAH SAMA2 KITA YANG BERMINAT UNTUK MENTERNAK, MEMAKSIMUMKAN PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG ASLI INI. Dan sekiranya anda masih bekerja, mungkin anda boleh memperuntukan masa anda antara selang hari untuk memulakan penternakan secara kecil2an. Manalah tahu dari sini anda boleh belajar selok beloh dalam penternakan ayam jenis ini. Dan apabila anda sudah mahir, anda boleh membuka ladang kecil yang menempatkan 500 ekor ayam yang mungkin dapat menjana pendapatan 2-3 k sebulan, sapa tahu kan?
0
Share
Salam,

kalau anda pernah membaca atau terdengar dengan perkataan ROI atau return of investment dari mana sumber yang anda perolehi. dan ada banyak penerangan yang diberikan samada untuk peniagaan atau penternakan. Namun sejauh mana kepahaman oleh orang kita tentang ROI ini kurang teman tahu dan kadangkala diabaikan oleh peniaga kursusnya kaum melayu.

Ada banyak cara dan pemahaman untuk kita mengira ROI ini. Dalam bahasa melayu kita gelar sebagai pusingan pulangan modal. Kalau kita mula menternak atau sudah melakukan perniagaan, kita perlu mengira ROI untuk menyukat sejauh mana kebolehan pernigaan kita untuk membolehkan perancangan baru dilakukan bagi meningkatkan perniagaan anda.

Dari segi penternakan, teman biasnya mengunakan pendekatan sedikit berbeza dimana teamn memecahkan kiraan kepada kiraan hangus dan kiraan berkala.Apa yang teman lakukan adalah mengumpulkan semua modal yang ada dan melakukan perancangan dalam penternakan. Teman akan memperuntukkan 40% dari modal yang ada untuk membina bangunan atau keperuan reban teman. Dan modal ini teman anggap hangus kerana kita mungkin tidak akan mendapat kembali modalnya kerana faktor ketahan atau tempoh masa ketahanan barang yang kita gunakan. Sebagai contoh adalah pembinaan reban yang akan kita gunakan selama setahun atau tahun seterusnya. kos pembinaan reban ini hanyalah sekali dan keperluaanya sepanjang tahun menyebabkan teman mengkategorikan sebagai modal hangus namun masih perlu dikira ROInya.

Untuk pengiraan ROI berkala, teman selalunya mengambarkan dengan sebagai pengembalian kembali modal yang kita dan keluarkan hasil dari pendapatan jualan penternakan kita. Untuk pengeluaran modal, kita memperutukkan sejumlah wang bagi membeli anak ayam, makanan serta penjagaan termasuk utiliti yang ajib dibayar setiap bulan, dan kemudiannya kita terus menternak. Dari jualan pada hujung sesuatu pusingan, kita akan menolak semua jumlah modal yang dikeluakan dengan jumlah jualan yang telah diperolehi. Setrusnya sekiranya ada keuntungan, kita akan mengambil sedikit dari keuntungan untuk diri sendiri sebagai upah kejayaan dalam penternakan tersebut. Kemudianya, kita memperuntukkan sedikit peratusan untuk meningkatkan ternakan untuk bacth yang akan datang.

Setelah semuanya dibahagikan mengikut yang dirancang, jumlah lebihan wang akan disimpan sebagai simpanan wang cair syarikat. Penternakan diteruskan sehingga jumlah hasil yang diterima mencapai jumlah yang sama keseluruhan modal pertama yang anda telah keluarkan. Dari sini barulah titik ROI anda telah dicapai dan bermakan setiap sen yang anda terima selepas ini adalah keuntungan bersih atau keuntungan hakiki dari penternakan anda. Kadangkala penternak tidk pernah sampai ke titik ini berikutan kebolehan menahan nafsu untuk berbelanja wang yang disangkakan keuntungan hakiki setiap pusingan. Oleh itu, satu perancangan perlu dilakukan bagi membolehkan pernigaan anda dimajukan.

Untuk pengiraan ROI untuk aset tetap yang hangus seperti pembinaan reban, biasanya teman akan melakukan sedikit penolakan susut nilai reban teman mengikut pusingan atau bulan, Susut mnilai ini terdiri daripada kos pembaikan jika ada dalam setiap pusingan atau kelusuhan reban yang sedia ada. Dengan menolak nilai susut dalam pengiraan untung anda, anda akan ada jumlah wang yang mencukupi apabila reban anda perlu diganti baru kelak. Ini bermakna titik pulangan modal bagi reban anda adalah apabila jumlah keuntungan yang ditolak untuk bahagain suust nilai reban mencapi jumlah kos pembinaan reban anda yang pertama. Hanya dengan cara ini sahajalah kita mampu memebesar atau mengantikan reban lama kita sekiranya kita perlu berbuat sedemikian.

Tetapi realitinya penternak melayu kita sekarang, mengeluarkan modal dengan cara yang salah iaitu melakukan pembaziran atau kesilapan dalam membina reban. Kadang kala kita membina reban dengan kos yang terlalu tinggi sehinggakan kita terlupa jumlah keuntungan yang kita perolehi kelak tak mampu mencapai titi ROI yang kita tetapkan. Sebagai contoh, kita memperuntukan 10k untuk pembinaan reban dengan julam keuntungan satu pusingan hanya 1k sahaja. Dengan peratusan susut nilai bagi satu pusingan hanya 5%, jumlah wang yg diketepikan hanya Rm 50 sahaja. So kalau Dalam setahun, kita hanya mampu menjana RM 12k , jumlah wang untuk reban hanyalah RM 600. Namun jikalau dengan pembinaan reban kita mempu menjana wang yang lebih beik, mungkin untuk mencapai ROI bagi kos hangus akan dicapai hanya dalam masa 2-3 tahun sahaja.

Namun, teman berbanga dengan jumlah peniaga melayu sekarang yang semakin bertambah, Biarpun hanya menjual dikaki lima. Ini kerana, minat mungkin akan berputih dari sini untuk menceburi bidang yang lebih besar. perkara yang paling besar untuk org kita lepasi atau pecahkan adalah perasaan malu dalam berniaga. Bukan semua orang mampu untuk menebalkan muka berada dikedai untuk berniaga. Kadangkala ada yg tak mampu menahan sabar melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Kadang kala tak mampu untuk tunggu dan dudk lama menanti pelanggan datang atau berada didalam kedai dalam tempoh operasi. Ada juga yang kurang berdisplin dalam pernigaan mereka dengan membuka dan menutup perniagaan mereka sesuka hati.

Harapan teman, dengan jumlah pelanggan dan kuasa membeli kita yang lebih besar dari kaum lain, kita dapat melahirkan lebih banyak usahawan bumiputra yang berjaya dalam perniagaan mereka. CUma satu je pesan teman, jgn sombong dan bongkak kalau anda sudah maju dalam perniagaan kelak..
0
Share
Salam,

Teman nak bercerita pula tentang pertanyaan sahabat penternak kita yang gusar kerana beliau tiada tempat yang cukup luas untuk menternak ayam. Mungkin cerita teman kali ini dapat memberi idea untuk anda yang mempuyai masalah yang sama.

Anda boleh memaksimumkan kawasan rumah anda atau kawasan terhad yang nada anda untuk menternak ayam ayam yang istimewa yang semestinya harganya lebih tinggi, Reban dibina dengan baik supaya kawasan ternakan anda tidak busuk dengan najis haiwan. Anda juga perlu menggunakan sangkar atau bekas khas supaya ternakan anda dapat dikurung atau dipantau sebaiknya. Anda boleh menternak ungas seperti ayam laga, ayam serama, ayam katik sekiranya masih ada permintaan, burung yang dibenarkan, ayam silky, ayam esotik seperti batam,cemani atau sebagainya.

Dengan menternak ungas yang berharga mahal, anda telah memaksimumkan pengggunaan kawsan tanah kawasan anda walupun anda tak mampu untuk menternak dalam jumlah yang banyak. Mungkin anda boleh membina reban bertingkat dengan sistem mengasingan atau penadahan hajis yang labih baik dan mudah untuk dibersihkan. Untuk unggas yang anda ternak, anda juga perlu mengetahui selok belok menternak seperti mana seorang penternak yang lain, ternakan anda selalunya tidak akan lepas dari maslah penyakit yang biasanya dihadapi unggas lain yang diternak dalam skala yang sederhana atau besar.

Namun, sekiranya anda sudah mempunyi pengetahuan dan ilmu yang cukup, satu kelebihan untuk anda yang membolehkan anda terus menternak dengan baik walupun jumlah ternakan anda tidak banyak. Ungas yang anda ternak biasanya akan mendapat penjagaan yang lebih baik dari anda sendiri berikutan jumlah ternakan anda kecil.

teman terkejut bila melihat dalam blog zali bila Abg Rosyam Nor(pelakon) pun dah menternak ayam serama samada untuk hobby atau satulagi bidang perniagaan miliknya. So ayuh bagi mereka yang mempunyai minat, anda boleh manfaatkan kawsan lapang dirumah anda untuk menternak. ,ungkin bagi permulaan anda membeli sepasang dua ayam yang berharga mahal dan menternak. Anda juga mungkin memerlukan Incubator saiz kecil untuk mengeramkan telur yang dihasilkan.

Manalah tahu dari sepasang yang anda ternak, dalam masa 6 bulan anda dah menambah ternakan anda atau mampu menjual anak ayam yang anda ternak sendiri untuk tambahan wang saku bulanan anda.. kalau dapat jual dalam RM 1000 sebulan sudah memadai memandangkan kita hanya menternak secara suka2 ditepi rumah..
0
Share
Salam,

Seperti biasa teman akan mengadakan kelas ternakan ayam kampung asli bertempat direban teman di bukit Changgang. Tarikh dan lokasi adalah seperti berikut:

Tarikh : 7hb March 2010.

Waktu : 8.30 pagi.

Tempat: Bukit Changgang( 3 KM dari Masjid KLIA)

Bayaran Yuran : RM 100 Sahaja..

SMS butiran anda kepada : Shaiful (012-3332273)

Penyertaan masih dibuka sehingga hari terakhir sebelum kelas. Anda hanya perlu menghantar SMS nama dan lokasi anda untuk memudahkan saya menyediakan kelas mengikut jumlah peserta kelas. Insyallah anda akan mempelajari sedikit sebanyak mengenai ternakan ayam kampung. Anda hanya perlu membayar yuran ketika mendaftar untuk kelas.


Kelas Ternakan Arnab!!!

Untuk pengetahuan semua, Citypullagro telah bergabung dengan http: //shamzaagroproduct.blogspot.com/untuk satu kerja sama diatara kedua2 pemilik dari segi pengurusan serta pemasaran. Oleh itu kami bersetuju untuk mengadakan satu kelas penternakan Arnab untuk anda. Anda akan diajar mengenai perkara tersebut:

1. Cara betul menternak arnab pedaging dan arnab untuk pets
2. Penyakit dan ubat untuk mengatasinya
3. Pembakaan dan cara betul untuk mendidik anak yg baru dilahirkan
4. Profit dan keuntungan dari penternakan dan banyak lagi.

Anda juga boleh membeli ternakan arnab yang turut disertakan didalm kelas dengan harga Istemewa. Kelas akan dikendalikan oleh EN HISYAM (Syam) sendiri> En Syam mempunyai pengalaman dan pengetahuan yg cukup luas mengenai ternakan arnab ini. DIbawah adalah butiran untuk kelas tersebut:

Tarikh : 14 Hb March 2010

Waktu: 8.30 pagi

Tempat : Lokasi sama dengan kelas CItypullagro (bukit Changgang)

Bayaran Yuran : RM 120 Sahaja..

SMS butiran anda kepada : SYAM @ hubungi(012-9116165)

Kelas ini akan dilakukan setiap bulan selepas kelas CItypullagro dijalankan. Jika anda berminat, sila hubungi saudara syam seperti diatas. Bayaran sama seperti diatas dimana anda hanya perlu membayarnya ketika mendaftar diwaktu kelas. Tiada deposit diperlukan. Sekian..
0
Share
Salam,

Teman nak bercerita tentang pegalaman teman sendiri dan beberapa sahabat yang pernah menghubugi atau melawat teman direban. Sememangnya teman tak kisah sekiranya ada kenalan yang mahu menghubungi teman untuk menanyakan tentang ternakan ayam ini. CUma mungkin teman akan berkongsi idea atau cerita yang perlu diambil iktibar kepada semua.

Kekadang kita terlalu gairah untuk menternak ayam ini berikutan kiraan atau rancangan yang telah dibuat menunjukkan keuntungan yang bakal diraih kelak. kadangkala nampak sangat teruja dan mehu menyiapkan persiapan penternakan secepat mungkin. Reban dibina dengan baik dan kadangkala kosnya sampai tak masuk akal langsung. Dalam fikiran mungkin mengharapkan reban yang dibina boleh bertahan lama dan tidak perlu diperbaiki dalam jangka masa terdekat ini.

Wang yang diperuntukan juga bukan sedikit. ada yang serendah 10k dan ada yang mencecah 100k. Ada juga yang baru berhenti kerja atau sudah berpencen. maka wang yang ada mungkin ingin digunakan sebaik mungkin. Ada yang memilih ayam kampung pedaging atau lebih dikenali ayam kampung kacuk. Ada yang ingin mencuba menternak ayam kampung asli ini yang lebih seronok untuk diternak.

namun seolah ada beberapa sahabat kita mengelabah apabila mula menternak. Ini kerana kiraan mereka mulai lagi atau apa yang dibayangkan tak sama dengan realiti. Bagi mereka yang menternak sepenuh masa, mungkin mula berungut apabila tak cukup masa atau terlalu terikat direban. jemptan kawin sukar nak dipenuhi sekiranya berada jauh sedikit dari lokasi reban dan sebagainya. Kalau dulu anda bebas kemana2 apabila ada cuti, sekarang setiap hari adalah hari bekerja dimana ternakan kita perlu makan setiap hari. Kadangkala anda cuba mencuri "tulang" dengan memberi makan diawal pagi dan membekalkanya dengan jumlah yang banyak dengan harapan ianya mencukupi apabila anda pulang esok. Namun apabila anda pulang, ternakan dalam keadaan tak terurus dan nampak sangat kelaparan dan kehausan. Lagi buruk kalau ada yang mati akibat pegabaian anda.

Ada juga masalah apabila kita menghabiskan semua wang yang ada untuk memebeli induk, anak, pembinaan reban dan makanan untuk satu tempoh tertentu. Dan apabila berlaku musibah seperti kematian anak ayam atau ternakan direban, kita tiada wang yang mencukupi untuk membeli kembali benih atau baka untuk mengantikan yang telah mati. Kalau jumlah yang mati tu melebihi 60% dari jumlah ternakan anda, maka kemungkinan anda "bungkus" mungkin ada kerana anda tak mampu untuk meneruskan dengan os yang sedikit. Dengan keuntungan yang tak seberapa, anda mungkin merasakan pernigaan anda sudah berada diambang kejatuhan.

Ada juga kes dimana secara tiba "sifat malas" meyerang sipenternak. Ini berlaku apabila badan secara senyap memprotes kerja yang terpaksa ditanggung oleh pemilik. Ada kemungkinan sebelum ini penternak tak pernah turun tanah untuk melakukan kerja buruh direban. Dan ada kemungkinan selama ini penternak selesa berada dipejabat berhawa dingin melakukan kerja yang kurang mengeluarkan peluh. Penternak menanam minat sekian lama tetapi kerja yang ada ketika itu tidk memerlukan penternak bermandi peluh. Ataupun penternak baru ini mengalami sedikit masalah pada badannya berikutan badan terkejut dek beban yang digalas.

Ada juga kes penternak yang dah biasa menjadi BOS ditempat kerjanya sebelum ini. Dan apabila menceburi bidang penternakan, sifat dan sikap ke"BOS"annya masih ada. Dengan mengharapkan pekerja sahaja untuk melakukan tugas direban, maka maslah demi masalah akan muncul. Kita hanya taju memrahi atau mengherdik pekerja kita sedangkan kita sendiri tak tahu cara nak mengurus reban tersebut..

Oleh itu sebelum anda memulakan menternak, pastikan anda sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.. Lakukan kerja secara kecil2an dahulu supaya anda mampu mengukur diri anda sebelum anda melakukan ternakan yang lebih besar.. selamat.
0
Share





salam,

Nie posting sebelum pi Semayang jumaat hehhe.. baru dapat cable nak cucuk kat kamera.. jenuh carik tapi hilang.. teman ada kuarkan modal dalam RM 1k untuk ternak arnab pula.. nie gambar am arnab yg teman beli dari saudara Syam.. nanti teman cerita lagi..
0
Share




Salam,
Aritu teman ada citer pasal mat saleh datang kereban teman.. tujuan dorang datang nie untuk melobi incubator teman untuk dijadikan bahan asas kepada semua MRSM diMalaysia untuk dijadikan bahan subjek rekabentuk dan sains mereka. Dari sini mereka akan menggunakan teknologi yg mat saleh ini bawa dan mengotomasikanya. Kemudian pertandingan akan diadakan seterusnya kepada sekolah yang berjaya akan mendapat tander untuk membina mungkin 50 biji incubator untuk dijual kepada orang ramai. Untuk tujuan itu mereka perlu mempelajari skill perniagaan sebenar dan mungkin menjadikan CItypull sebagai hub untuk mereka bermula.. so macam belajar jadi usahawan sebenarlah dari usia muda bagi mendidik mereka menjadi usahawan kelak apabila keluar dari skolah.

Sekarang diperingkat skolah dah setuju untuk menjalankan benda ini namum belum mendapat peruntukan dan kata putus terakhir dari pihak atasan MARA. Kalau jadi mungkin semua skolah ini akan mahir dengan teknik Incubator dan mungkin menyebarkan kegunaanya kepada org kampung dikawasan mereka.

Namun paling best bagi teman adalah minat org putih ini terhadap ayam kampung kita nie. Penerangn tentang ayam kampung ini lebih lama dari Incubator ini sendiri. Dia heran dengan saiz ayam kita yg kecil dan boleh terbang melepasi rumah teman.. Ayam yg biasa dia tgk semuanya debab2 dan berat dekat 6 kilo.. di kata ini dah macam burung saiznya.. so harapan teman mungkin teman dapat membuat jaringan dengan Mamat ini untuk bertukar2 baka dengan mereka..
0
Share
Salam,

Betul pepatah yg duk org perkatakan selama ini, kalau dulu teman agak tertekan atau sering sengket sekarang Alhamdulilah, mampu untuk memberi sedikit wang kepada orang tua, kalau dulu sahabat teman ni mampu memeperolehi pendapatan RM 3k sebulan kini beliau sedang berpeluh meniti hari mendatang.

Begitulah nasib kita di bumi Tuhan ini. kalau kita dalam kesusahan anggaplah ianya satu ujian dari tuhan dan kalau kita berada dalam kesenangan anggaplah satu kurniaan dariNya dan jgn sesekali lupa diri.. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Kalau dulu semasa teman mula bertatih dengan kewangan yang sangat menjerut leher sehingga membeli beras pun pakai timbang kilo, mungkin perkara yang sama sedang menimpa sahabat kita.. mana tahu.. adakah kita mengambil berat tentang sahabat kita sekeliling.. bagi teman contoh yang nyata sentisa bermain didepan mata..

keperitan atau kesusahan telah teman lalui, dan sekarang mungkin beberapa sahabat teman berada dalam ambang yang sama, Ada yang sudah diberhentikan kerja atau sudah dalam edah untuk diberhentikan, ada yang tersilap percaturan dan sekarang seumpama hilang haluan, ada yang telah lebih setahun berusaha dan mula menampakkan jalan keluar, namun dihalang pula oleh beberapa perkara seperti sales kurang dan sebagainya.Apa yang boleh teman nasihatkan adalah dengan melakukan beberapa perkara yang pernah teman lakukan dahulu seperti meng'list'kan segala perbelanjaan sekarang dan kemudiannya memotong segala perbelanjaan yang tidak perlu, menghadkan perbelajaan seharian, menggunakan motor untuk mengantikan kereta untuk penjimatan minyak, melakukan 2 kerja sehari untuk menjana pendapatan, berjimat cermat serta berhati2 semasa membelanjakan wang dan sentiasa berdoa.

Kebiasanya kita perlu merancang masa depan dengan merangka beberapa cadangan untuk jalan keluar atas kesempitan yang kita alami sekarang dgn menulis diatas kertas. Dari sini kita mampu melihat segala permasalahan serta mencari jalan keluar yang logik untuk dilaksanakan. Sekiranya anda mampu, catatkan setiap perbelanjaan anda mulai sekarang dan mulakan merancang kerja2 yang mampu membawa anda keluar dari kemelut ini.

Kalau anda rasa sangat terdesak, anda perlu mengurangkan aset seperti menjual apa yang patut atau menolak segala kemewahan yang anda ada seperti astro dan sebagainya. Biarlah orang keliling mengata asalkan anda berusaha untuk keluar. Kalau diizinkan tuhan, Insyallah anda akan jumpa juga jalan keluar. Jangan rasa rendah diri atau terlalu tertekan dengan masalah yang anda hadapi. Mungkin ini satu titik tolak untuk anda untuk menceburi bidang baru dalam perjalan hidup anda, manalah tahu kepedihan yang sedang anda lalaui sekarang akan mendorong anda untuk lebih tekad dan rajin berusaha sebelum anda berjaya kelak. Mintalah nasihat dari mereka yang arif atau mereka yang anda percayai, mohon restu dari ibu bapa dan minta keluarga anda mendoakan sekali termasuk Bonda anda jika masih ada.

Akhirnya, jgnlah anda cepat mengalah atau meyalahkan takdir atau org sekeliling anda kalau anda tersungkur sekarang, ayuh bangun, biarlahpun anda terpaksa menjual pisang goreng ditepi jalan sekarang asalkan anda dapat meneruskan hidup dengan rezeki yang halal. Dan mungkin kesakitan atau kesusahan yang anda alami sekarang dapat menghapuskan dosa yang pernah anda lakukan.. Jgn lupa untuk berdoa dan mentaati perintahNya..
0
Share
Newer Posts Older Posts Home

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ▼  2024 (2)
    • ▼  Feb (2)
      • AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
      • BLOG CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM BERTUKAR TANGAN
  • ►  2012 (2)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2011 (17)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (4)
    • ►  Feb (2)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2010 (218)
    • ►  Dec (4)
    • ►  Nov (7)
    • ►  Oct (10)
    • ►  Sep (17)
    • ►  Aug (15)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Jun (20)
    • ►  May (23)
    • ►  Apr (22)
    • ►  Mar (24)
    • ►  Feb (31)
    • ►  Jan (37)
  • ►  2009 (175)
    • ►  Dec (25)
    • ►  Nov (38)
    • ►  Oct (37)
    • ►  Sep (36)
    • ►  Aug (4)
    • ►  Jul (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  May (4)
    • ►  Apr (5)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (11)

TOP 5!!

  • Bagaimana anda mahu memulakan penternakan Ayam?
    Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Perangkap Lalat kos Murah..
    Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...

Label

4 month in view (2) 6 (1) Anak ayam (13) angsa (1) Ayam jantan bertelur? (1) Ayam kampung (14) ayam mandi tanah (1) baka ayam (1) bebelan (1) brooder (2) cabang perniagaan (9) candling (1) catatan (1) costing ayam.. (2) dedak (1) fidlot (1) free range (1) Gambar tapak (1) hama (1) hujan (1) incubator (19) Itik serati (1) itik serati.. (1) jualan anak ayam (1) kacuk vs ori (1) keli (6) konsep reban (2) kursus ternakan (2) lapik telur (1) laporan ternakan (1) makanan (3) Memulakan penternakan? (1) omega 3 (1) Pasaran Ayam kampung (6) pelawat (1) Pembinaan reban (5) pemilihan baka ayam (2) pengumuman kelas (1) penyakit ayam (14) perancangan perniagaan (4) peringkat anak ayam. (1) Perkara asas dlm reban (1) Profit penternakan (1) rancangan perniagaan (2) reban (1) reban asuhan (2) rekaan reban (4) tangki air (1) telur ayam (2) ternakan ayam kampung (3) turkeys (2) Ubat-ubatan (1) Upgread reban (3) vaksin (1) variasi ternakan (3) Wad bersalin ayam (1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.

Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;

1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..



Labels Cloud

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Labels List Numbered

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Jumpa saya di FB

Shaiful Beduk

Create Your Badge

Facebook Page

SUNAN.my

Instagram

FOLLOW SUNAN

About Me

BLOG DALAM PROSES SET-UP

Popular Posts

  • sedikit nasihat penjagaan anak ayam
    Salam, melihat kepada isu semasa seorang penternak kita yang mempunyai masalah mengenai mengendalian anak ayamnya, beliau mengadu yang anak ...
  • INCUBATOR FORCE AIR FULLY AUTOMATIK
    PENJUALAN INCUBATOR TELAH DIHENTIKAN. HARAP MAKLUM * PIHAK CITYPULL TELAH MENUTUP REBAN AYAM KAMI . HARAP MAKLUM
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
  • Gejala Anak ayam patuk Anak ayam sampai mati..
    Salam, kalau anda pernah menternak ayam dalam jumlah yang melebihi 200 ekor pasti anda pernah berjumpa dengan masalah ini. Masalah ini juga ...
  • Manual penggunaan Incubator
    * untuk anda yang memerlukan atau tercicir nota manual penggunaan incubator.. Salam , Teman dah selamat tiba ditanah air pada petang hari se...
  • AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
          Jika kita pergi makan di kedai makan yang menyajikan masakan ayam kampung, kita akan dapati ayam kampung yang disajikan itu lembut isi...
  • Menjawab soalan benih dalam telur,
    Salam , Menjawab soalan mengenai bagaimana nak meningkatkan kadar peratusan benih dalam telur anda, soalan dari Nadiah Banting (salah sorang...
  • Pemakanan ternakan mengikut umur.
    salam, Nak share sikit pasal ilmu pemakanan nie. Semalam masa kursus semua macam tak percaya yang kita boleh memasak makanan sendiri sehin...

HUBUNGI SUNAN

Name

Email *

Message *

Labels

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam
Since ; 2010 CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

Template By ThemeXpose