Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • KISAH SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • Download
  • TOPIK LAIN
    • Minimal
    • Sub Menu with Subs
      • Feminist
      • Persona
      • Expose
    • Powergame
    • Fashion



salam Aidilfitri kapada rakan penternak semua..

Sejak teman menjadi pembuat dan penjual incubator nie banyak pengalaman yg teman dapat. Ada yg mencuitkan hati dan ada yang menyakitkan hati.. tapi teman anggap itu semua sebagai asam garam sebagai penjual. teman bukanya tak pernah berhadapan dengan pelanggan sbb teman rase sejak teman makan gaji, melayan pelanggan sahaja lah yang teman tahu melakukan.. yelah sejak abis belajar kat UPM teman masuk sebagai manager kat pizza hut, lama lekat kat situ.. korang tau jelah kalau nak melayan org makan nie.. macam2 perangai.. ada yg lagaknya macam pizza tu dia yg punya pun ada, pas tu teman kerja sebagai branch manager kat cawangan maxis selamat setahun, pastu teman kerja sebagai designer kat syarikat perunding pembinaan.. so semuanya melayan orang.. tapi bila kerja bawah org biasanya kita akan diperah sepenuhnya untuk mencapai target bulanan comp yg kekadang tak masuk akal langsung untuk dicapai hehehe.. panjang dah melalut nie..

sejarah teman mula memelihara ayam nie teman tak tau langsung pasal incubator. apatah lagi nak membuatnya.. setelah 3 bulan menternak teman hadapai pelbagai masalah untuk mengurus anak ayam atau memastikan semua ibu menjaga anak ayam dengan baik.. pada mulanya teman harapkan sepenuhnya pada ibu ayam untuk menjaga anaknya dan mengeram sendiri telur.. kalau dah 20-30 ibu menetas serentak memang haru biru reban dibuatnya.. masing 2 nak jaga anak dan mempertahankan kawasan mereka.. selepas teman tau pasal incubator teman pun beli satu tanpa ada guide line cara nak guna.. biasalah kalau kita beli dari penjual kaum lain yg agak susah nak memberi ilmu percuma terutama pada org melayu.. sudahnya teman bakar satu incubator pasal perasan marah dan kecewa.. namun tuhan nak tunjuk jalan temanbuat satu incubator lagi semasa incubator yg lama tu masih ditangan teman.. setelah terjumpa semua maklumat yg teman perlukan akhir teman membuat 3-4 bijik tambahan lagi untuk kegunaan sendiri sehingga sekarang sudah banyak yg teman buat..

so kemana kita sebenarnya dengan incubator ini.. perluke kita dengan incubator? persoalan ini sudah mula bermain dikepala penternak ayam sehingga sudah ada kesedaran untuk memastikan direban ada satu unit incubator ini.. kalau sudah ada satu incubator ini bagaikan sudah hampir lengkap reban kerana alat pewaris keturunan atau pembenihan sudah tersedia.. masalah yg biasa timbul tiada lagi dan anak ayam boleh ditentukan bila akan keluar..
teman terkejut bila teman ada terbaca yang incubator ini dah lama betul digunakan diluar negara.. pasal kalau mereka nak bela ayam kena ada incubator berikutan negara ada 4 musim yang tak sesuai untuk ayam nie.. ada yg menceritakan yang ayam mereka hanya bertelur pada musim tertentu berikutan cuaca extream yang berubah2.. sebab tu kalau kita tgk reban mereka begitu cantik dan sangat tahan kepada cuaca luar... pada musim salji ayam akan memilih untuk duduk direban sahaj ayang dilengkapi dengan heater.. makanan pun banyak dalam reban so tak yah nak kuar lagi.. kalau takde semua tu ayam akan berhirbinasi atau tak aktif langsung ketika musim sejuk.. tapi kita di Malaysia beruntung yang ayam boleh bertelur sepanjang tahun dan hidup bebas sepanjang tahun kerana suhu kita sangat setabil dah cuaca panas sepanjang tahun.. mungkin disebabkan faktor itu kesedaran tentang ujudnya incubator ini sangat rendah, sbb tu tak hairan bila saya tunjukkan kepada pengunjung umah saya tentang incubator banyak yang terpingga2 dan ada yang cam tak percaya ada anak ayam akan keluar dari kotak tersebut.. bila tgk proses penetasan dalam incubator ada yang terlekat kat tingkap incubator berjam2 lamanya memerhatikan proses penetasan berlaku.. kalau 10 tahun dulu, hanya mereka yang berada dalam bidang perniagaan penghasilan anak ayam sahaja yang mengetahui pasal incubator ini.. sekarang Alhamdulilah banyak yang dah tau dan ada yg pernah dengar tapi tak pernah tgk..

Dengan adanya cukup ilmu untuk mengurus sesebuah incubator, penghasilan anak ayam dapat dimaksimumkan dalam reban kita.. dengan incubator semua telur dikutip dan di asingkan untuk dimasukkan didalam incubator.. kalau sesebuah incubator itu di set dengan baik dan telur yang dimasukkan adalah berkualiti makan penetas telur akan mencapai 90% dari jumlah yg dimasukkan.. dari incubator kita menjaga anak ayam ini sehingga sampai ketahap boleh jual atau terus dibela sehingga menjadi matang untuk menjadi induk semula bagi medapatkan generasi yang baru.. kelebihan ini akan memberi pulangan dan harapan yang lebih baik kepada penternak berikutan bidang ini mula diminati ramai sekarang.. kiranya kalau selepas ini ada penternak baru yang bercadang ingin memasuki bidang ini mereka boleh dikatakan beruntuk kerana forum, blog dan web tentang penternakan ini terhidang luas dan mereka boleh mendapatkannya dengan mudah berbanding penternak sebelum zaman it sebelum ini.. dengan hanya satu panggilan telepon atau sms sebuah incubator akan sampai kerumah anda dan disertakan dengan panduan lengkap penggunaanya.. anda boleh memilih yang berjalan secara automatik atau yang manual mengikut kemampuan atau yang baru mencuba anda boleh membeli incubator budget murah untuk tujuan pembelajaran.. kemudian untuk mendapatkan induk atau benih anda hanya perlu melihat iklan2 yang ada atau menghantar email pemintaan anada kepada penternak yang sedia ada.. begitu mudah.. kan ?

Cabaranya pulak dalam penggunaan incubator adalah perhatian yang lebih perlu diberikan kepada anak2 ayam kelahiran incubator ini.. saya lebih suka mengelarkan anak2 ayam nie dengan anak manja kerana ayam nie tak pernah menghadapi cabaran yang biasanya dihadapi oleh anak ayam lain.. ada juga yang mengatakan anak ayam yang keluar dari incubator tiada bezanya dengan anak ayam lain tapi saya masih berkeras yang terdapat banyak perbezaanya.. anak ayam jagaan ibu dasuh sehingga berumur 3-4 bulan sehingga dah rupa ayam besar yang lengkap bulunya manakala ayam incubator perlu membesar sesama umur dan tiada panduan untuk hidup.. mereka membesar mengikut naluri haiwan dan keperluan asas.. jiga kita berikan semua yang diperlukan oleh anak ayam ini.. maka kejayaan hidup akan lebih tinggi, boleh lah saya simpulkan tahap kritikal anak ayam "manja" adalah sehingga usia 4 bulan kerana usia dibawah itu masih perlu di'bidankan' oleh penternak..

Kerapkali saya memberi nasihat kepada pembeli incubator tentang perkara ini dan langkah pencegahan atau pelaksananan yg perlu bagi memastikan anak manja ini hidup sampai besar.. kalau penternak mengabaikan perkara ini nescaya sukar untuk mendapatkan benih pada masa hadapan.. lama2 incubator akan terabai dan tak digunakan lagi.. the best way anda mulakan dengan penternakn ni secara tadisional dahulu dan belajar perkara asas penternakan..
0
Share




Salam semua.. baru kejap tadi dalam kul 1 pi melawat reban untuk regular check.. tgh duk pusing2 sedar2 ada bunyi ayam jatuh bedebuk kat tempat ayam bertenggek.. mula2 sekor pastu jatuh lagi sampai 5 ekor semuanya.. semua dah macam nyawa2 ikan n ada yg mengelupur.. ayam jatuh tanpa ada apa2 berlaku.. hati dah risau.. belek punya belek n cek seluruh badan.. takde apa yg pelik pada ayam, tembolok penuh ngan makanan.. tapi ayam macam nak mati.. boleh jatuh dari tido n tak lalu nak bangun langsung.. last2 baru perasan yg ayam dah kena penyakit berak kapur.. ponggong akan keluar lendir macam cairan kapur makan yg biasa kita makan.. aduhaiii.. lama dah pennyakit nie tak melanda reban.. macam tak percaya berlaku lagi.. hati duk risau sekarang nie takut makin banyak yang jatuh.. sbb memang tau kalau kena penyakit nie boleh abis satu reban..setiap kali ayam nie jatuh ketanah, keadaan ayam lain menjadi riuh rendah ngan kokokan amaran.. sedih mendengarnya..
Terpikir balik apa yg berlaku dulu2 hampir 4-5 bulan dulu masa benda nie banyak kali berlaku n dah banyak yg mati.. kenapa ianya berlaku lagi? nak tau jugak apa yg boleh mengubatkan dan nak pikir balik apa puncanya.. so bukak balik buku catatan 3-4 bulan dahulu yg tertulis semua gejala n aktiviti semasa penyakit ni melanda.. catatan hampir sama ngan setuasi berlaku pada hari nie.. mari sama2 kita perhatikan butiran dibawah.. mana tau dapat idea sebenarnya apa yg berlaku..

perkara yg berlaku dulu dan sekarang:

1. itik terlepas pagi tadi dan bercampur dgn ayam.. selama ini itik dikurung dalam reban khas dan takleh kuar sesuka hati.. pagi tadi tgk semuanya duk luar reban dan bercampur gaul ngan ayam lain.. ini kah punca ayam mendapat sakit akibat penyakit bawaan itik.. sbb semua pasti n yakin bahawa itik ini membawa penyakit n pantang kalau dicampurkan dengan ayam.. sbb otik ada antibodi yg kuat berbanding dengan ayam..
2 ada pelawat datang ke reban yg mana beliau juga penternak itik skala sederhana besar.. sebelum ini ayam akan kena penyakit bila ada penternak itik atau penternak ayam yg datang ke reban..kalau pelawat bela ayam 3-4 ekor or bukan seorang penternak.. or belum singgah kemana reban sebelum masuk ke reban aku..takde masalah nie.. ada kes yg ayam kena penyakit nie n mati tak sampai 7 jam selepas pelawat pulang dari melawat reban.. setelah kerap aku memberi ubat elektromysis(ubat merah) ayam nie bagai imun kepada pelawat..cam dah tak jadi penyakit nie.. namun sejak 2 minggu nie aku hanya bagi ubat antistress semata2 kerana cuaca yg sekejap panas terik n sekejap hujan lebat.. pelawat yg datang pagi tadi dan melakukan kunjungan kepada keseluruhan reban, kesilapan saya adalah tidak lagi menitik beratkan langkah pencegahan penyakit seperti mencuci kasut atau menukar kasut kepada yg telah dirawat.. so mungkin penyakit ini datang dibawa dari tapak kasut.. tapi kesimpulan tak dapat nak dicapai kerana sebelum ini penyakit ayam berak kapur hampir 5 bulan tak menyerang.. sedangkan pelawat silih berganti..
3. ayam sekarang lebih kerap dilepaskan keluar reban kerana kekurangan bekalan nasik lebihan. tujuan pelepasan ke luar reban adalah untuk ayam menambah nutrisi pemakanan.. tetapi biasanya ayam hanya dilepaskan dalam jangka masa 1 jam sehari pada waktu petang.. namun minggu nia ayam dilepaskan dari kul 2 sampai ke magrib.. ayam diberi makan pada waktu pagi dan pada waktu magrib jagung n dedak ditabur kedalam reban supaya ayam kembali balik kereban.. apa yg aku perhatikan ayam nie ada mengorok n menguis tapak penanaman bangkai ayam lain yg mati akibat cuaca hujan sebelum ini.. mungkinkah permakanan ulat bangkai sebabkan ayam nie kena penyakit nie.. sbb aku ada baca tak semua ulat yg kita berikan sesuai dengan ayam, mungkin ulat bangkai hasil telur lalat tak sesuai.. aku ada belajar yg iti n ayam sangat kalah kalau mula memakan lalat atau ulat telur lalat terutama langgau.. mungkin juga tindakan dorang belasah ulat yg berada dalam tanah tu meneyebabkan ayam nie mula sakit kembali.. kesilapan aku adalah menanam ayam dengan lubang yg terlalu cetek kerana banyak sgt ayam yg perlu ditanam sebelum ini..
4. tahi tikus, baru pagi nie aku baru membersihkan satu sarang tikus yg aku jumpa pada timbunan kertas kertas dan tong2 bekas air.. dalam proses tu terjumpa byk tahi tikus, dan semasa prosas tu byk tahi jatuh bertaburan dilantai.. belum sempat nak disapu dah habis semua tahi tu dimakan tanpa disedari.. mungkin tahi tikus ini sangat berpenyakit n ada byk bakteria..
5. lopak air.. kejadian hujan berpanjangan sekarang meninggalkan lopak air yg bertakung dan lecah.. ayam ni suka sangat minum pada lopak kotor nie.. aku kekadang tak sempat nak menambus kembali kerana beranggapan lopak ni akan kering sendiri bila matahari naik.. satu lagi kesilapan yg perlu dibaiki seawal pagi esok.. mesti!!!.. org tua selalu kata pastikan dalam reban takde becak atau lopak kerana dilopak nie segala cacing halus( bukan cacing tanah) suka berkumpul n membiak.. bila ada ayam minum, cacing ni akan masuk pada badan n akan efect kepada mata muka hidung yg akam membengkak.. yg paling bahaya ayam akan tercungap2 dan tersekat saluran penafasan kerana lendiran mukus mula menutupi liang pernafasan..

Malang rasenya kesemua benda nie terjadi serentak dan tak dapat nak pastikan mana satu yg menjadi punca sebenar penyakit yg melanda.. kalau satu je punca yg dapat dikenal pasti pasti mudah nak dikenalpasti pada masa hadapan.. harap2 hanya ini sahaja yg terkena jangkitan penyakit ini.. selalunya kalau diberi terus air elektromisis yg disuntik terus kedalam mulut biasanya ayam ni dapat diselamatkan.. namun kalau esok tak sembuh dan masuh hidup.. terpaksalah disembelih dan dibuat gulai.. rugi oo pasal yg terkena 5 ibu yg dah sangat matang dan seekor bapak ayam yg dibeli dengan harga RM 70 seekor..

esok perlu bersihkan reban dan memulakan langkah pencegahan yg sepatutnya.. minuman ubat elektromisis telah diberikan serta merta pada waktu nie tapi kena tunggu esok baru ayam akan mula minum.. doa2 kan takde yg mati lagi esok.. yg pasti esok akan menjadi hari yg sangat panjang sekali.. -sory membebel terlalu panjang dalam satu post..

-gambar atas adalah ayam2 yg hampir mati malam nie.. dah bawah adalah sekor ayam yg dah tak bermaya tapi belum jatuh ke tanah lagi.. ini yg org kata ayam jatuh ketanah n mati secara tiba2 dalam masa yg singkat tanpa apa2 petanda macam buah yg jatuh bila cukup masak.. gambar bawah adalah rupa ayam berak kapur pada buntut ayam..
0
Share



nie lah aku kata kan dulu.. anak ayam apa pun kalau dikeluarkan dari incubator mesti ada masalah dalam pengurasan tempat tido.. kekadang sampai usia 4 bulan pun belum pandai nak bertenggek.. macam2 dah dilakukan untuk mengasuh anak ayam nie.. seperti mengangkat ketempat tinggi, meletakkan keatas para, meletakan tempat bertenggek pada usia muda lagi tapi agak sukar juga..hanya separuh je yg berjaya naik ke atas.. tido bertenggek diatas para sangat penting sbb boelh mengelakkan serangan semut, ular, pemangsa lain serta berteduh dari cuaca serta banjir kilat..
gambar diatas kiri adalah sebahagian anak ayam yg dah mula memanjat untuk tido diatas para yg disediakan khas untuk mereka.. kalau perhatikan ketinggian para hanya ditahap pinggang untuk melatih mereka memanjat.. sebelahnya pula adalah dari kumpulan yang sama tapi masih selesa duduk tido berkumpul dipenjuru reban.. kalau terlalu byk ayam yg berkumpul, ayam yg berada dibawah boleh mati terhimpit.. himpitan yg aku gelar death ball.. cara aku atasi masalh kesejukan tanah dan hujan adalah aku taruk zink untuk lapik tanah.. pastu dibuat bumbung duatas penjuru tu untuk teduhan hujan.. itu jelah aku mampu buat sebelum mereka reban baru yg berbumbung sepenuhnya..
gambar bawah adalah reban baru untuk sibelanda yg tinggal berapa kerat je nie. Alhamdulilah semua dah mula nampak sihat dan ada tempat bertenggek yg selesa.. dalam reban nie ada pancaran matahari secara terus untuk mereka berjemur serta mandi tanah.. kawasan sentiasa kering sebab ada longkang besar serta tanah yg ada masih ditutupi dengan baki dedaun yg sengaja tidak disapu, nie pun satu ujikaji kesesuaian lantai reban.. harap2 takde yg mati lepas nie..
0
Share



rasenya saya tak pernah amik gambar ayam tido aktu malam sebelum nie.. tak teringat pulak nak amik gambar pasal gelap kan.. so baru kejap tadi masa meronda reban teringat nak bawak camera sekali.. jalan pelahan2 dan amik gambar.

gambar diatas ni gambar anak ayam yg tidor kat atas para.. nampak macam penuh tapi banyak yang kosong.. suatu ketika dulu para nie pernah penih sesak. namun inilah cabaran sebagai seorang penternak..bagi yang dah lama berkecimpung mesti sangat banyak ilmu yg diorang ada pasal nak membiakkan ayam ini bukan senang.. kekadang mulanya menternak ayam banyak tapi pada hujung ayam makin sikit walaupun tak pernh jual.. lagi lama kita menternak lagi banyak ilmu yang kita dapat.. yelah kalau aku nie yg baru menternak 9 bulan dah rase leh buat satu buku pengalaman bagaimana pulak yg dah bertahun bela.. yg mana ayam yg ada kat rumah tak pernah putus walaupun dah banyak jual atau sembelih..

pernah aku tanya beberapa penternak kecil2an yg menternak disekeliling rumah.. mereka menternak dgn tujuan untuk makan sendiri n carik duit nak pi pasar, bila ditanyakan anak2 ayam cik yg menetas semuanya hidup ke? hampir kesemuanya akan mengelengkan kepala macam iklan dalm sinar fm sbb tak masak pakai cili giling hahaha.. byk yg kata dalm 12 ekor yg biasa menetas pada penghujungnya akan tinggal 2-3 ekor untuk disembelih.. yang lain out.. paling kuat pun kalau musim cuaca elok hanya separuh sahaja berjaya.. so tak mustahilah bahawa dikatakan penternakan ayam nie agak sukar kalau kita tidak melakukan sesuatu untuk megatasi semua masalh yg ada.. matlamat aku sekarang nak pastikan 70% anak ayam yg kuar dari incubator hidup sampai ke besar.. dapat peratusan macam nie aku dah boleh gelarkan diri sebagai penternak berjaya..

Ayam nie perangai nya memang rabun malam. pada waktu malam penglihatanya sangat rendah.. sehungga hanya boleh melihat setegah meter sahaja.. sbb tu kalau kita jln pelahan2 kita leh goso kepala ayam nie tanpa dia sedari sbb tak perasan..tapi ayam kampung ada senjata lain pada waktu malam iaitu senser pengesan gegaran.. dibawah lapisan kulit bawah tapak kaki ayam ada satu pengesan pergerakan yg sangat sensetif.. sebarang pergerakan akan menyebabkan ayam nie tersedar dan membuat bunyi amaran seperti berkokok or berketak.. sbb tu tetiba pada waktu malam, reban jadi riuh rendah.. kita cek takde apa yg berlaku.. rupanya tikus2 duk main lompat tali kat bumbung reban.. nie pun satu masalahnie,..
0
Share


anak anak ayam yg baru nie turun tanah, nampaknya dah pandai berteduh dari hujan walaupun duk berkumpul dibawah zink yang disandarkan pada reban pasal belum pandai memanjat lagi.. tapi semalam hujan lebat sekejap tapi ribut kuat melanda.. air tempias dan kelajuan angin menyebabkan ayam matang yg duk berteduh pun basah.. tgh leka buat incubator baru aku tergerak hati nak tgk anak ayam..
hah dgn berpayung aku pi melawat reban.. terkejut aku pintu reban kecik terbukak n anak ayam duk berteburan kat keliling reban, basah kuyup dan yg paling menakutkan badan terendam separuh dalam air lopak.. terus campak payung n pi amik bekas nak pindahkan ayam pasal semunya basah kuyup.. basah sampai semua bulu turun kebawah n nampak badan.. bila pegang badan ada yg badan sejuk giler cam dah takde sumber panas badan.. huh.. nie kalau lambat pindahkan mau mati satu reban nie.. apa lagi, kejutkan bini n suh mintak tlg keringkan badan anakayam yg dipindahkan.. kelang kabut jadinya bila kesian tgk anak ayam nie.. kalau mati rugi oo pasal nie lah pelapis untuk ayam masa depan.. kalau mati dekat 100 ekor nie bermakna lagi 3 bulan aku akan rugi telur n anak next generasi bila dorang dah matang..
tgh duk pindah nie ada 4 ekor yg tak dapat diselamatkan..
anak anak ayam nie dimasukkan kedalam rumah balik n diletakkan berhimpit dalm satu brooder kayu tu.. lap mana air berlebihan n taruk lampu 100 watt sebanyak 3 bijik.. untuk pemulihan.. dah bubuh lampu taruk kelililg dengan guni bekas beli dedak.. dalam masa 3 jam semuanya kering.. cepat2 bagi minum air antistress n selang dengan air elektromysis yg warna merah tu.. alhamdulilah semuanya selamat setelah kering.. eh lupa lak dalam yg dikutip tu ada 15 ekor yg nazak giler pasal badan dah sejuk sangat n mata dah tertutup..terus kuarkan tray dalam incubator yg tak pakai, nyalakan suiz dan masukkan dalam tu.. lapik ngan kertas surat khabar lama dulu supaya nak senang bersihkan nanti.. dari kul 11 sampai kul 4 stanby tunggu anak ayam nie.. mula2 tutup abis incubator.. tapi dalam tu jadi beruap dan tak nampak2 apa kat cermin tingkap.. last2 bukak sikit pintu supaya dorang tak rase cemas..
samapi hari nie dorng dilepaskan dalam bilik yg dilapik ngan tikar getah. terpaksa korbankan sikit demi masa depan ternakan.. ada yg tanya-bini ko tak marah ke? aku jaab Alhamdulilah dia memahami.. sbb aku kaan ngan dia pun masa panjat gunung tahan sesama.. so sama2 lasak n sama out doors punya org..
atas tu gambar anak 2ayam yg dirawat sekejap. Skang aku terpikir nak buat reban fully cover untuk anak ayam nie tido pada waktu malam.. so masalah kena hujan tak timbul lagi..
0
Share




Saya menerima tempahan dari seorang penternak partime yang nak menetaskan telur puyunya sendiri, beliau sudah bosan dengan kerenah penbekal anak puyuh yang sering membekalkan benih yang tidak bermutu, dengan bantuan incubator benih yang dihasilkan mampu menjimatkan kos dan terjamin mutunya dengan pemilihan induk dilakukan. Namun terdapat permintaan khas tuan punya incubator supaya membuat incubatornya semiouto kerana bimbang tidak mempunyai cukup masa untuk menterbalikkan telur puyuh yang sedia diketahui kecil dan banyak.. so dengan peralatan yang ada, aku pun membuat dan mencipta pelbagai tray yg sesaui dengan puyuh. nak beli yg ready made agak mahal.. takut pulak nanti incubator yg dijual tak berbaloi harganya..dengan beberapa kali kegagalan akhirnya terciptanya tray yg korang tgk nie.. kerjanya agak remeh dah rumit tapi keputusan dan gaya bekerjanya sangat berkesan.. yg paling best tak perlu mengubah apa2 pada incubator yg sudah ada dan sifatnya seperti tray biasa.. hanya perlu letakkan ditempat yang sepatutnya dan siap!.. untuk ayam kampung pun sama sahaja konsepnya dan tak perlu apa2 perubahan yg besar..
so kalau ada sapa2 yg sudah bosan nak pusing telur, boleh lah menempah tray nie mengikut saiz incubator manual anda.. tapi lama sikit masa nak kena ambil pasal nak buat dia agak remeh.. anda hanya perlu memberi saiz tray yang anda ada dan saya akan membuatnya tanpa sebarang perubahan.. sudah siap anda hanya perlu meletakkan tray batu ditempat asal..itu sahaja..

kos satu tray adalah dalam lingkungan RM 25-30 sahaja bergantung kepada saiz tray itu sendiri.. kalau anda berminat bolehkah menghubungi saya ditalian 0123332273.. namun kalau anda ingin buat sendiri anda boleh merujuk gambar dan cuba perhatikan keperincian yg ada.. anda dialu2kan untuk mencopy sekiranya anda ada kelapangan.. sekian..

0
Share
salam semua..
Saya ingin membuka satu post khas untuk ruangan pengunjung reban ayam. Tujuannya adalah untuk merapatkan persaudaraan dan saling kenal mengenal sesama satu sama lain..so kalau selalu duk jumpa dialam maya tapi tak kenal muka so ini boleh dijadikan panduan..



dari atas kiri: Azman butik polaris(0193025234),azlan,dnoul n friends
0
Share


Musim hujan dah tiba dari sebelum ramadan lagi. Bagi manusia ianya satu Rahmat dari Ilahi, cuaca jadi sejuk dan memudahkan kita berpuasa. namun bagi penternak ungas seperti saya musim hujan mengundah perasaan risau berpanjangan terutama bila langit hitam pekat.. kalau malam pulak kalau nampak awan putih berkepul2 menutupi pemandangan bintang hehehe.. tido malam pun terjaga2 dan kerap melihat luar takut2 hujan dah turun..
setiap kali hujan lebat, selalu pi cek reban takut2 air naik.. walaupun reban kita dah siap longkang dan perparitan tapi hujan yg lebat turun dengan kadar yang lama boleh menyebabkan banjir kilat. Sekiranya kita menggunakan konsep reban atas mungkin masalah ni tak jadi masalah. air tak kena pada ayam dan ayam masih kering sampai pagi tapi macammana pula yg kebanyakan akit nie bela ayam atas tanah?
Dalam reban ada dekat 200 ekor anak ayam baru usia 2-3 bulan yg baru belajar turun tanah atau dengan ertikata lain baru dapat reban besar sendiri, kalau selama ini dorang duk reban yg selesa skang dah sampai masa dorang belajar jadi ayam kampung sebenar, kena belajar mengelakkan hujan, cara dorang nak atasi cuaca sejuk, cari port nak berteduh, cari batu kecil untuk dipatuk,bersosial, mencari hariki ayam dan banyak lagi, tapi kalau tak dapat skill macam nie byk yang akan mati bila besar kelak.
anak ayam nie kalau masa dalam jagaan kita dari usia 1 hari hingga satu bulan sukar nak mati kerana semuanya masih ditatih, dari pengalaman aku, dari 100 ekor dalam jagaan nie.. hanya 2 ekor kematian dicatatkan sehingga berusia 2 bulan, tapi bila start kita lepaskan dalam reban atas tanah, akan ada yg mati dalam tempoh perpindahan.. walaupun kita dah bagi minum air anti stress..
Gambar diatas adalah masalah yg paling biasa dihadapi oleh penternak turkeys kalau musim hujan, cara tebaik ternak turkeys ni kena pastikan reban tertutup sepenuhnya dari hujan dan dilepaskan turkeys bila cuaca baik.. kalau skali je kena hujan sampai pagi.. domino effect dia sampai berminggu2, puas lah kita nak menanam bangkai, tapi kalau kita nak buat reban tertutup sepenuhnya agak sukar juga memandangkan kerana kos yg terlibat boleh menipiskan poket sekelip mata..
0
Share


dalam reban asuhan ini terdapat 87 ekor anak ayam berusia 1 bulan 20 hari yang baru 2 hari dilepaskan ketanah.. kalau yang pernah ternak ayam ni, saat ini leh dikatakan yang paling mencemaskan. Kerana aktiviti perpindahan tahap ni adalah tahap paling kritikal. Sbb zon dari menetas sehingga umur 2 bulan biasanya dah dapat diatasi sbb terkawal segalanya..
satu fakta yang sukar nak kita nafikan adalah anak2 ayam dari incubator mempunyai tahap berdikari yang rendah berbanding anak ayam yg dididik oleh ibu ayam sendiri.. kalau tak percaya cuba lah. ada yg menafikan tapi dari pengalaman aku dalam 9 bulan nie dan dah handle lebih 700 ekor anak ayam kat reban semunya menjurus kepada keputusan yang sama.. so apa yang perlu kita lakukan adalah untuk menjadi ibu angkat kepada anak2 ayam ni.. kika yang perlu menjaga makan minum, ngajar dorang tido bertenggek, ajar dorang berteduh bila hujan dan sebagainya.. perangai yg paling susah nak ubah adalah cara dorang tidor.. sukar nak pastikan dorang tidor ditempat tinggi kerana mereka kebanyakkan suka tido dipenjuru reban berhimpit2 untuk mendapatkan kepanasan seperti yg mereka lakukan didalm brooder.. kadangkala tabiat ini akan membunuh ayam ini kerana pertindihan yang terlalu tinggi atau berat. Namun kalau kita bantu dengan lampu untuk kepanasan pada waktu malam, anak ayam ni ini tak akan belajar menjadi ayam kampung biasa, lama kelamaan ianya menjadi baka ayam kampung pedaging yang banyak lemak, rendah imuniti dan mudah mati..
so apa yang perlu diubah dalam reban asuhan adalah :

1. pastikan reban ayam untuk reban asuhan tertutup sepenuhnya dengan bumbung atau tinggalkan 20% untuk pencahayaan..kemudian disambing dengan kawasan berpagar tetapi tidak berbumbung bagi anak ayam ni bermain apabila cuaca mengizinkan.,

2. tanah dalam reban sepatutnya sentiasa tinggi, untuk mengelakkan becak atau ditengelami dengan air kalau banjir kilat.. so kena tambak sikit dengan tanah, percaya lah walau pun ayam teredam sekejap je dengan air dan pada malam tu udara pula sangat sejuk, besoknya adalah 2-3 yg tak bangun tidor.. tidur sampai kita kena terus tanam..

3. reban kena kalis pemangsa atau ayam dewasa. ayam matang nie selalu jeles kalau tgk reban asuhan nie pasal makanan diberi tanpa had atau kerap.. geram je dia tgk jagung yg bertaburan.. kalau ada lubang , mesti penuh reban asuhan kita ngan jalak n ibu ayam..
reban pula kena ada tempat bertenggek. pastikanya rendah dan bertangga.. ayam nie masih gayat n tak pandai nak panjat tempat tinggi..

4. bekas makanan kena tinggi sikit untuk ajar anak ayam

5. ada kawasan berpasir untuk anak ayam ni belajar mandi tanah

6. mula memberi tumbuhanberdaun hijau untuk tambah nutrisi bg menambah daya imuniti ayam
0
Share





salam..
penternakan kami sebenarnya bermula secara tidak segaja.. kebetulan belakang rumah yang disewa dari sepupu nie ada tamah dalam berkeluasan 1/2 ekar..tanah nie terbiar dari sejak rumah siap dibina iaitu 5 tahun lepas. Dari tgk terbiar jadi semak n jadi hutan kami pun mula menebas sedikt2 untuk dibuat reban kecil sekadar untuk merasai kehidupan 'kampung'. so mula bina reban kecil yg berkeluasan 12x12 kaki. saja masa tu buat reban cantik sikit pasal kayu lebih buat reban tu masih banyak.. disamping dapat carik kayu second hand kat pembinaan depan kawasan perumahan.. dari mula membela 7 ekor ayam kampung yg dirembat di kampung, kami mula menternak.. setelah sebulan menternak dari bulan 12 tahun lepas, anak ayam mula menetas sehingga 12 ekor.. so hati mula rase gembira berikutan ini adalah ternakan pertama membuahkan hasil sbb kolam belum masuk ikan lagi.. dah sifat manusia.. rase nak tambah ternakan supaya nampak meriah reban masa tu.. pegilah mencarik baka ayam kat pasar..namum pulang dgn rase hampa.. takde satu pasar pun yg jual ayam kampung asli(ori) nie..
Dalam ussa mencari baka ayam nie kami terpikir kenapa begitu sukar nak dapatkan ayam nie sedangkan kita berpendapat ayam kampung nie banyak dibela org dibelakang umah.. ada yang samapai berpuluh2 ekor banyaknya.. tapi bila dicarik dipasar semuanya adalah jenis kacuk dan dibela dengan cari ayam pedaging ataupun cara memberi dedak semata2.. pada mulanya mata sering tertipu dan akal hampir tak percaya bila melihat semua ayam kampung yg berada dipasar.. saling tak tumpah, sama ngan ayam kampung.. warna, dirinya, rupa dan sebagainya..bila ditanya"tokey, ayam kampung ori ada?" dgn selamba dia cakap 'ayam kampung takde .. manyak susah mau carik ooo.. kalau u jumpa leh kasi jual sama gua.."
aku tanya balik ni ayam bukan ayam kampung ka? dia jawab.. ayaa.. ini kacuk punya.. itu ori punya manyak mahad ooo, ada jual itu cina tua pagi minggu punya ada mali juat.. kalu lu mali mau bili pagi2 kena mali.. sekijam abis ooo..., dari kesusahan tu lah aku pun terpikir napa susah sangat nak bela ayam nie.. takde ke org buat besar2 market ini.. takde untung ke?napalak pemintaan ada tapi org taknak bela? kenapa ayam kacuk byk dipasar tapi yg ori takde?

Bermula dari situ lah aku pun start memulakan langkah menternak ayam kampung ori nie...
pasal ternakan pulak.. selepas bersusah payah mencari baka akhirnya dapat lah jugak dikumpulkan sebanyak 80 ekor ibu dan 12 ekor ayam jantan.. banyak jugak telor yg dihasilkan dalam tempoh masa 2 bulan pertama.. tapi hanya sikit sahaja yg menetas kerana pengendalian yg salah serta tak tau cara nak pakai incubator.. sbb lain pula mungkin pasal jantan yg duk ada semua takda taji lagi.. so benih macam takde je.. pastu tambah lagi dalam 40 ekor anak ayam dalam pelbagai peringkat serta bapak ayam otai dalam 3 ekor.. mula lah bertambah hasil.. telur, namun pengendalian yg teruk anak ayam nie.. tak banyak yg hidup.. penting oo belajar cara nak kendalikan anak ayam nie.. pastu terkena serangan penyakit sesema.. hampir 40 ekor ayam mati pelbagai umur n janttina.. padahal penyakit sesema nie tak merbahaya pun kalau tau ubat masalah2 tu..
abis musim penyakit.. pi beli dalam 30 ekor betina lagi pada bulan 3.. tapi banyak pulak mati pasal biawak, anjing, ular dan serangan angsa mengamuk.. pastu tak tambah dah.. dah masuk bulan 5 dapat cara nak gunakan incubator yg sebetul2nya.. baru tau incubator yg dibakar dulu sbb marah ada masalah pada setting dia.. set suhu sampai 50C memang lah akan menjadit elur dadar.. dah power pasal incubator anak2 ayam umur 2-3 bulan yg duk beli aritu dah mula membesar.. dah mula bertelur.. telur makin banyak.. incubator pulak dah tak muat.. pastu tergerak nak buat incubator sendiri dengan meniru incubator yg dibakar tu.. so macam2 design lah kuar.. dari stail koboi hingga yg duk ada sekarang yg sesuai dijual.. yelah nak jual ngan org takkan nak buat koboi lak kan.. tapi bila kita buat duit sampingan dengan incubator nie macam dugaan kuar.. termasuk yg cerewet giler macam nak beli barang kemas n ada yg mintak discount giler2 macam incubator nie barang lelong kat bundle.. some time tak semua peniaga nie mencekik darah.. ada juga yg berpatutan, jgnlah sampai kita menutup pintu rezeki yg duk penat2 membuat n menjual benda nie.. takut kang kalau susah sangat n harga pun asik nak 'harga kengkawan' mau tokey incubator tutup kedai.. yg duk memperkondem org pun ada juga.. cam susah hati je tgk org lain berjaya buat incubator n jual..Insyallah rezeki Allah dibumi ni banyak.. lagi banyak kita memberi lagi banyak yg akan kita dapat.. kalau dapat disingkirkan pangkat PHD dalam diri kita INsyallah kita akan berjaya.. rasenya kalau incubator berkapasiti 120 biji, yg aku punya paling murah kot.. tapi mungkin ada yg lagi murah tapi aku tak perasan.. apa2 pun pilihan ditangan masing2..
sambung bab ayam.. pas dah bulan 9 sekarang.. ayam yg dah matang n capai berat jualan ada dalam 300 ekor, anak ayam bawah 2 bulan ada dalam 400 ekor.. nampak perningkatan ternakan ayam nie dalam masa 4 bulan(sbb bulan 5 baru tau cara guna incubator & penjagaan anak ayam)..dari bulan satu hingga bulan 5 yg digandakan hanya dalam 80 ekor sahaja..
kalaulah dari bulan 1 semua masalah ni dah diketahui cara penyelesaianya.. mungkin gandaan ayam dah meningkat.. kalau ayam dari bulan 1 hingga 3 berjaya hidup.. mesti sekarang semuanya dah besar2 n jadi ibu balik..
Apa2 pun kita tunggu sampai bulan 12 balik.. tgk perkembanganya dan buat kesimpulan tahunan..
0
Share
Newer Posts Older Posts Home

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ▼  2024 (2)
    • ▼  Feb (2)
      • AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
      • BLOG CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM BERTUKAR TANGAN
  • ►  2012 (2)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2011 (17)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (4)
    • ►  Feb (2)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2010 (218)
    • ►  Dec (4)
    • ►  Nov (7)
    • ►  Oct (10)
    • ►  Sep (17)
    • ►  Aug (15)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Jun (20)
    • ►  May (23)
    • ►  Apr (22)
    • ►  Mar (24)
    • ►  Feb (31)
    • ►  Jan (37)
  • ►  2009 (175)
    • ►  Dec (25)
    • ►  Nov (38)
    • ►  Oct (37)
    • ►  Sep (36)
    • ►  Aug (4)
    • ►  Jul (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  May (4)
    • ►  Apr (5)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (11)

TOP 5!!

  • Bagaimana anda mahu memulakan penternakan Ayam?
    Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Perangkap Lalat kos Murah..
    Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...

Label

4 month in view (2) 6 (1) Anak ayam (13) angsa (1) Ayam jantan bertelur? (1) Ayam kampung (14) ayam mandi tanah (1) baka ayam (1) bebelan (1) brooder (2) cabang perniagaan (9) candling (1) catatan (1) costing ayam.. (2) dedak (1) fidlot (1) free range (1) Gambar tapak (1) hama (1) hujan (1) incubator (19) Itik serati (1) itik serati.. (1) jualan anak ayam (1) kacuk vs ori (1) keli (6) konsep reban (2) kursus ternakan (2) lapik telur (1) laporan ternakan (1) makanan (3) Memulakan penternakan? (1) omega 3 (1) Pasaran Ayam kampung (6) pelawat (1) Pembinaan reban (5) pemilihan baka ayam (2) pengumuman kelas (1) penyakit ayam (14) perancangan perniagaan (4) peringkat anak ayam. (1) Perkara asas dlm reban (1) Profit penternakan (1) rancangan perniagaan (2) reban (1) reban asuhan (2) rekaan reban (4) tangki air (1) telur ayam (2) ternakan ayam kampung (3) turkeys (2) Ubat-ubatan (1) Upgread reban (3) vaksin (1) variasi ternakan (3) Wad bersalin ayam (1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.

Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;

1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..



Labels Cloud

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Labels List Numbered

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Jumpa saya di FB

Shaiful Beduk

Create Your Badge

Facebook Page

SUNAN.my

Instagram

FOLLOW SUNAN

About Me

BLOG DALAM PROSES SET-UP

Popular Posts

  • sedikit nasihat penjagaan anak ayam
    Salam, melihat kepada isu semasa seorang penternak kita yang mempunyai masalah mengenai mengendalian anak ayamnya, beliau mengadu yang anak ...
  • INCUBATOR FORCE AIR FULLY AUTOMATIK
    PENJUALAN INCUBATOR TELAH DIHENTIKAN. HARAP MAKLUM * PIHAK CITYPULL TELAH MENUTUP REBAN AYAM KAMI . HARAP MAKLUM
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Gejala Anak ayam patuk Anak ayam sampai mati..
    Salam, kalau anda pernah menternak ayam dalam jumlah yang melebihi 200 ekor pasti anda pernah berjumpa dengan masalah ini. Masalah ini juga ...
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Manual penggunaan Incubator
    * untuk anda yang memerlukan atau tercicir nota manual penggunaan incubator.. Salam , Teman dah selamat tiba ditanah air pada petang hari se...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
  • AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
          Jika kita pergi makan di kedai makan yang menyajikan masakan ayam kampung, kita akan dapati ayam kampung yang disajikan itu lembut isi...
  • Salah anggap permakanan ayam kacuk ngan ayam asli
    Salam semua, Kali ini teman sengaja nak timbulkan balik persoalan permakanan ayam yang mungkin pernah teman nyatakan dalam tulisan sebelum...
  • Pemakanan ternakan mengikut umur.
    salam, Nak share sikit pasal ilmu pemakanan nie. Semalam masa kursus semua macam tak percaya yang kita boleh memasak makanan sendiri sehin...

HUBUNGI SUNAN

Name

Email *

Message *

Labels

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam
Since ; 2010 CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

Template By ThemeXpose