Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • KISAH SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • Download
  • TOPIK LAIN
    • Minimal
    • Sub Menu with Subs
      • Feminist
      • Persona
      • Expose
    • Powergame
    • Fashion









Salam,

Perkara yang selalunya teman tak termis nak kena jawab bila mendapat panggilan atau kunjungan dari penternak adalah tentang penyakit. Bertubi2 soalan yang teman terima. Selagi teman tahu, selagi itu teman akan jawab. Untuk penyakit yang teman tahu dan oenah alami teman akan jawab, yang teman hanya tahu dari segi teori teman akan kongsikan bersama.

Sebenarnya, teamn sendiri pun menghadapi masalah yang sama dengan anda mungkin terhadap kerenah sesetengah badan berwajib yang sepatutnya membantu kita nie sebagai penternak. Bila kita hadir kesana dan memohon bantuan, biasanaya sambutan hampar yang diterima. So dengan taknak bergantung kepada satu pihak, teman meluaskan bacaan dan mengkaji bab penyakit ini. Kalau sebelum ini teamn jarang bercerita pasal penyakit, bukan bermakna teman ini kedekut ilmu atau simpan ilmu, tetapi lebih kepada kurang yakin dengan apa yang teman tahu.

Yang sukarnya adalah untuk mengsilangkan nama penyakit yang biasa digunakan oleh orang kampung seperti penyakit "puru" dengan nama yang ada dalam rujukan di internet. Tetapi apa yang teman lakukan adalah mengsilangkan tanda2 penyakit dan simtom yang ada. So bolehlah teman beri sedikit penjelasan dan ubat yang boleh digunakan.

Gambar diatas adalah penyakit yang biasa menyerang reban kita. Antaranya adalah puru, jangkitan cacing, berak kapur, berak kuning, sesema, penyakit akut seperti strok, penyakit jangkitan kuman dan cacing dimata dan beberapa lagi. Untuk menerangkan disini secara detail agak susah sikit sbb teman sendiri kuatir sekiranya memberi perumpamaan yang salah. Namun kalau betul anda bersetuju untuk belajar sikit sebanyak mengenai penyakit ini, anda bolehlah menghadirkan diri di mana2 kelas teman yang diadakan. Anda akan diberi makluman serta ubat yang sesuai untuk diberikan. Bukan berniaga tetapi lebih kepada "jalan selamat" sebelum dikritik kemudian hari. Lebih mudah untuk kita berlajar atau berbincang secara berdepan berbanding dengan hanya membaca posting teman..

Sekian..
0
Share













Salam,

Dulu ada teman cerita pasal teman terjebak dengan membela arnab ini. Sekarang dah 3 bulan berlalu dan dari 20 ekor yang teman beli, hanya tinggal 13 ekor sahaja. Banyak yang mati sebab cirit birit. Terus mati sampai tak dapat nak diselamatkan. Masa teman mula2 beli aritu semuanya kecik2 n comel2 hehehe. skang dah besar dah sampai kena dukung 2 tangan. Teman tengok mungkin sebulan lagi semua arnab ini dah boleh dikhawinkan. Kalau ada tambahan arnab nanti bertambah meriahkah rumah teman. Soal makanan dorang itu no2 yang penting hati terhibur dan senang.

Sedih juga melihat arnab yang comel tu mati ditangan. Kadang2 tgk macam terseksa sahaja masa nak mati tu. Pastu kebanyakan yang mati adalah dari baka yang baik yang harga melebihi RM 100. Yang masih gagah perkasa dari jenis arnab kampung kacukan. Satu pengajaran yang paling penting dalam pengalaman menternak arnab ini. Arnab memaang mudah mati kalau kita tak tahu caranya.

Rupanya arnab ini sangat pantang diberi minum air paip yang tinggi kandungan klorinnya. teman mulanya tak berapa amik kisah sangat benda ni sbb salah tafsir kesanya terhadap arnab. Masalah air klorin tu leh membunuh arnab kan? rupanya itulah musuh paling utama bagi arnab terutama arnab kecil yang masih lemah. Ini kerana arnab tidak mempunyai sistem pencernaan yang sempurna untuk mencerna makanan. Arnab memerlukan bantuan bekteria untuk memecahkan makanan yang kompleks yang dimakanya kepada bentuk yang kurang komplek dengan kaedah penguraian oleh bekteria. Sebabtu kita akan lihat kekadang arnab ini dengan segaja memakan najisnya sendiri.

Oleh itu, tindakan kita memberi air minum berklorin, menyebabkan bekteria didalam perutnya mati kerana tindakan klorin itu sendiri untuk membunuh kuman dan bekteria. Dah kalau si arnab ini tiada bekteria untuk membantunya mencernakan makanan, bagaimana arnab ini mampu hidup. Kita akn dapati si arnab ini beria2 makan dengan banyaknya tetapi bila diperiksa badannya, kita akan dapati badannya sangat kurus. Arnab akan sentiasa tercirit najisnya kerana tidak mampu mencerna makanannya tadi. Akhirnya arnab akan mati kebuluran dan kesakitan didepan mangkuk makanannyasendir yang sentiasa penuh..
0
Share





Salam,

Alhamdulilah, dah besar dah semua ayam sutera teman ini.Dah dekat 3 bulan dah rasenya usia dorang nie. Dulu masa beli tu kecik sangat.. leh gemgam 2 ekor sekali gus sebelah tanga, skang dah debab je masing2. Ayam teman ini sekarang hanya tinggi 13 ekor sahaja sebab 2 ekor dah mati masa muda dulu, satu mati kena pijak dan satu lagi mati kena penyakit sesema. Semua ayam teman diberi dedak sepenuhnya. hehehe sayang pasal ayam ini mahal, takut mati pulak kalau bagi makan bukan2, maklumlah bukan belasan ringgit harga sekor ayam ini.

Sama jugak macam serama, teman nak buat satu reban khas nanti dimana banyak ayam ini bermain dalam satu kawasan. Bolehlah teman menghidurkan hati dengan melihat kecomelannya. Dulu ada hajat juga nak beli ayam polish dalam sepasang dua tapi tak kesampaian kerana ayam yang diorder dah melepas ketangan orang. Apa nak buat..

mengenangkan nasib 30 ekor ayam api2 atau mutiara yang mati bulan lepas, teamn agak rase terkilan juga. Kit adah ternak ayam ini dari bulan satu aleh2 penghujung bulan 3 semuanya mati. Dah banyak yang besar2 menghampiri matang sebab teman beli dari pelbagai usia masa tu.. takpelah takde rezeki.

Muka ayam ini comot sikit dengan warna oren pasal teman baru bagi minum air ubat neo Tm kerana teman perhatikan ada beberapa ekor kena sesema. Duk bersih je kerjanya.. harap2 leh bertahan lah ayam teman nie..
0
Share





Salam,

Dah besar dah anak serama yang teman beli ini. Dulu masa mula beli baru saja bertukar bulu.. sekejap betul masa berlalu. Ayam ini pun teman bukan beli dengan tunai tetapi hanya menukarnya dengan incubator teman dengan geng serama shah alam. Tukar suka sama suka. Dapatlah teman main dengan ayam ini. Memang jinak dan seronok dibawak main. tentang nilai atau kehebatan untuk bertanding teman tak kisah sangat pasal bukan itu niat teman nak ayam ini.

Dari dulu teman suka melihat ayam kecil ini dibelai oleh tuan punya ayam. Kemanjaan serta telatahnya cukup menghiburkan. Teman sekarang dah ada sepasang dan mungkin cuba dibiakan untuk meramaikan lagi ayam ini. Bila dan cukup banyak, teman akan buat satu reban khas ala taman supaya ayam ini bebas diatas tanah tetapi terkawal.. kemetot je sekor2 hehehe..
0
Share
Salam,

Ini ada beberapa gambar untuk tatapan anda yang meminati ayam dan setia mengunjungi blog teman yang tak seberapa ini. Gambar yang ada dibawah adalah mengenai setting serta gambar reban terbaru teman. Harap anda enjoy dan mendapat sedikit manfaat dan idea baru mengenai ternakan ayam kampung hendaknya..





gambar diatas pula adalah gambar reban lama teman atau reban utama teman yang tekah teman runtuhkan dindingnya. reban ini akan dipasang jaring sekeliling untuk menempatkan ayam remaja yang sedang menunggu mencapai usia matang atau usia boleh jual. Ayam ini hanya akan dilepaskan bila cuaca baik serta pada waktu petang untuk bebas berkeliaran dalam tempoh masa yang ditentukan. Ini bagi mengelakkan ayam terdedah terhadap penyakit serta cuaca. Gambar lain juga menunjukkan pemandangan dari hadapan reban terbaru kami yang sudah mengalami perubahan. Kini teman hampir berpuas hati dengan reban ini dan mungkin akan menggunakanya terus untuk projek akan datang.
Gambar yang satu lagi adalah timbunan net hijau untuk bumbung yang telah teman tanggalkan berikutan perubahan konsep yang berlaku didalm reban teman. Kini mungkin teman boleh menggunakan net ini untuk tujuan lain seperti membuat reban kecil untuk ayam yang sedang membesar. Gambar yang seterusnya adalah gambar rangka reban teman sebelum dipasang dengan zink dan pintu. Anda juga boleh mengubah sedikit dengan memasng bumbung secara menegak di separuh bahagaian reban untuk menutup sepenuhnya dengan zink. Dengan ini, jika berlaku ribut kuat, si ayam mampu untuk menyorok didalam bahagian reban yang terlindung sepenuhnya. Terpulang kepada anda untuk membaikinya atau membinanya mengikut cita rasa anda. Yang pasti, pastikan semua keperluan seekor ayam dapat dipenuhi.

Gambar direban besar yang telah ditanggalkan dinding masih didiami oleh sijantan yang tidak mempunyai pasangan. Yelah, tak cukup partner lagi so kenalah tunggu awek baru masuk.




Kemudian diatas ini adalah setting untuk bekas telur serta pintu kecil atau tingkap yang berada dibelakang reban. Pintu ini digunakan untuk mengutip telur setiap pagi dan untuk menangkap ibu ayam yang sedang memasuki fasa mengeram iaitu mulai duduk diatas telur.Kalau kita biarkan, ada kemungkinan telur pecah, berebut tempat telur, ibu bertelur diatas tanah sbb takde ruang bekas telur yang kosong boleh terjadi. Bekas telur ini perlu diletakkan lebih rendah dari para tempat bertenggek bagi mengelakkan ayam menggunakanya sebagai tempat tido. Pastikan tempat bertenggek mencukupi. Biasanya sebatang katu berukuran 8 kaki yang melintang ditengah2 reban ini cukup untuk menampung 11 ekor ayam dalam satu2 masa.




Gambar yang ini pula adalah cara kita membina palang untuk ayam ini bertenggek. Ayam terlindung sepenuhnya dari hujan serta cuaca sejuk serta mengurangkan gangguan dari nyamuk. Apa yang teman perhatikan, gejala ayam membuat bising seperti memberi amaran kepada yang lain dengan cara berkokok dan berketak jarang sekali berlaku. Kita semua tahu yang ayam ini pada waktu malam penglihatan mereka sangat terhad. Oleh itu, mereka menggunakan satu lapisan lemak serta senser dibawah tapak kaki mereka untuk mengesan sebarang gegeran dari kaki pemusuh yang ada. Apa bila ada gangguan dari tikus yang berlari diatas palang atau bumbung, biasanya tidor ayam ini akan terganggu.








Gambar ayam betina diatas adalah reban yang teman asingkan khas untuk merawan siibu ayam yang sedang "gila mengeram". reban ini berlantaikan jaring dan sedikit papan untuk membenarkan siibu dirawat. Ibu ayam ini ditangkap melalui tingkap reban A ketika sedang duduk untuk memulakan eraman. Ibu ayam ini akan ditempatkan dalam reban khas ini selama sebulan selepas direndam dengan air untuk menyegarkan kembali. Aktiviti merawat ini akan membantu ibu ayam memulihkan tenaga dan tabienya untuk mengeram selepas bertelur.
Gambar ini adalah gambar terbaru reban teman yang diambil pada waktu magrib tadi. kalau diperhatikan keadaan reban sangat aman dan damai dimana tiada aktiviti perebutan untuk mengawan dan tiada aktiviti bergaduh untuk mendapat tempat tido. Masing2 dah tau "port" masing dan selalunya naik awal ke tempat tido yang disediakan. Biasanya selepas beberapa hari, tiada lagi ayam yang tido diatas lantai kerana sudah dapat membiasakan diri dengan reban mereka yang baru. Reban akan nampak lebih kemas serta ruang yang ada dapat dimaksimumkan sebaik mungkin. Dapat juga kita lihat sijantan didalm reban ini yang sedang memerhatikan betinanya naik masuk tido. Biasanya setealh semua betinanya naik, barulah sijantan pula mengambil tempat.




Gambar atas ini adalah gambar ayam sabung yang teman rakamkan ketika melawat perkampungan arab dimana terdapat masjid salah satu Wali songo dari tujuh wali yang ada. Perkampungan ini terletak di bandaraya surabaya Indonesia. Waktu rakaman diambil adalah sekitar pukul 7 pagi dimana aktiviti masyarakat baru bermula. Apa yang teman kagum adalah tuan punya ayam ini sanggup membina mahligai untuk ayam ini betul2 didepan rumahnya dan reban direka khas untuk kesesuaian kawasan rumah yang rapat2. Yang paling bestnya, si tuan ayam ini belum lagi mandi tetapi dah siap memandikan ayamnya serta memberi makan sebelum mengusapnya manja. Begitulah sayangnya tuan ini terhadap ayam beliau. Gamabr yang teman letak ini teman tak tau hebat2 atau tidak pasal teman tak tau pasal ayam laga ini. Saja amik apa yang patut.
0
Share
Salam ,

Apa khabar semua? harap sihat sejahtera.. post teman kali ini hanyalah buah fikiran teman mengenai dunia perniagaan. Teman bukannya handal atau sudah kaya raya berniaga, cuma memberi pendapat sahaja dan yang penting untuk diri teman sendiri sbb org yang pertama yang akan baca post ini adalah teman sendiri. Sebenarnya kelemahan paling ketara orang kita adalah selalu sangat berpikiran sempit atau lebih selesa berada dalam kepompong masing2. Jarang sekali kita berpikir lain dari orang lain atau yang paling tepatnya adalah malas nak berpikir. Yang biasa kita ambil tahu adalah tentang gosip semasa, berita yang memalukan serta kegagalan sipulan dan sipulan. Tetapi yang menyedihkan kita sering tenggelam dengan angan2 tanpa berbuat apa2.

Dalam perniagaan, bagi teman banyak sekali cabangnya. kita ni orang melayu sering berfikiran sempit dengan mengikut apa sahaja perniagaan yang orang lain buat tanpa berpikir dan sering tertarik kepada sesuatu perniagaan yang mudah dan cepat mendapatkan hasil tanpa perlu bekerja keras. Oleh itu rami yang telah tewas dengan kerugian yang bukan sedikit. Sebenarnya cukup mudah kalau kita tahu bagaimana untuk memilih perniagaan yang mempunyai potensi untuk dimajukan.

Dalam perniagaan, untuk skop barangan keperluan, ianya biasanya melibatkan beberpa kumpulan seperti Pencipta atau pereka, pengilang, pemborong, pengedar, peruncit dan pembeli. Semua kumpulan ini mempunyai bidang perniagaan masing kecuali pembeli. Dari pereka sehingga peruncit, nilai harga barangan tersebut akan turut bertambah dan harga akhir akan dibayar oleh pengguna. Jika kita sedar, kita mampu untuk memilih mana2 bahagian dalam kumpulan ini untuk berniaga. Jangan terlalu memikirkan satu kumpulan sahaja untuk berniaga kerana peluang tetap ada disemua kumpulan yang ada.

Sebagai contoh, kalau betul anda telah menternak, anda perhatikan semua peralatan anda direban sekarang. perhatikan betul2, apa yang ada dan perhatikan bahagian mana yang anda mahu dijadikan perniagaan. banyak contoh yang boleh diambil dari segi perkakasan, ubat, benih, induk, khidmat nasihat, pembinaan, bimbingan dan khidmat nasihat, makanan, penjualan end produk, baja tahi ayam, alatan binaan serta tapak tanah itu sendiri. Sungguh banyak sebenarnya, itulah ynag biasanya kita tak nampak. Yang menjadi ikutan adalah aktiviti menternak itu sendiri yang kadangkala belambak2 dalam satu komuditi. Lihat orang tu bela itik dia pun ank bela itik, lihat orang tu bela belanda dia pun nak bela belanda, tgk orang tu punya puyuh berjembik banyaknya dia pun nak bela jugak. So bila masanya nak menjual mula mengelabah tak tau nak buat ataupun baru sedar masa tu bekalan pasaran sekitaran dah takde sebab dan dimonopoli oleh reban yang lebih besar dan kosistent.

Kenapa? kenapa tiada pun dikalangan kita menjual dedak dengan serius atau menjadi orang tengah(midleman) untuk pasaran setempat? kenapa kita masih ke kedai dedak berhampiran sedangkan kita juga sendiri mampu untuk kendalikanya. Adakah kita rasa menjual dedak itu terlalu susah kalau nak dibandingkan dengan menternak? adakah kita rasa aktiviti penjualan itu tak glemer atau kurang menjana pendapatan? Adakah begitu susah kita nak ke kilang dan mengambil stok sebelum menjualnya dipermis yang disewa? adakah kita rasa pembelian kita selalunya lebih tinggi harganya dari pembeli bangsa lain kerana biasanya pihak pengilang bersifat perkauman dan berat sebelah? berapa harga yanga anda dapat sekiranya anda membelinya sekarang?

Itu lah yang teman cuba bangkitkan sekarang. Kenapa dan mengapa? kalau kita ada modal dalam 20K kenapa menjual barangan hiliran tidak pernah menjadi pilihan kita? kenapa kita duk sibuk menternak sahaja? Mungkin pikiran kita menyangkakan ianya lebih senang agaknya. Teman sebenarnya hampa juga bila jarang sangat bejumpa orang kita yang mengendalikan penjualan dedak. kalau ada pun dia punya sembelih mengalahkan "orang dia". Biasanya kalau ada yg berniaga seperti ini tidak akan melakukan perkhidmatan yang memuaskan sepeti pernghantaran dan sebagainya. Ini semua perlu kita timbangkan.teman yakin kalau kita sendiri mempunyai wakil atau agen yang menjual dedak ini secara pukal, kelebihan akan berpihak kepada penternak melayu.

Satu lagi dari segi wakil jualan atau orang tengah. Ini pun jarang sangat orang kita buat. Susah betul nak jumpa. Kalau jumpa pun mungkin mereka ini adalah dari golongan yang dag terbuka mindanya. Golongan yang sering memikirkan jalan terbaik untuk menjana pendapatan dari berniaga. Yang selebihnya? duduk direban menanti peraih orang dia untuk datang dan mambali secara borong. Tidakkah itu merugikan?Teman rase sebab paling ketara semua ini berlaku adalah salah anggap kita terhadap mereka yang buat trading ini. Orang tengah selalu dipandang serong dan dianggap mereka yang suka mengambil kesempatan terhadap mereka yang susah dan mendapat keuntungan tanpa perlu berusaha. tetapi bagi teman ianya kurang tepat kerana semua perniagaan memerlukan orang tengah diantara pengeluar dan pebeli. Jarang sekali pengeluar atau pengilang memilih untuk memasarkan produk mereka kerana dalam konsep perniagaan ianya kurang sesuai. Ini kerana kalau betul mereka ingin melakukan perkara tersebut, masa dan tenaga yang banyak perlu dilakuakan dan disamping penjualan yang dilakukan tidak akan menyeluruh.

Orang tengan ini sebenarnya bertindak menjadi pengagih, penyebar serta orang yang memastikan barang yang dikeluarkan dapat dibeli di seluruh negara. Tanpa orang tengah biasanya perniagaan kita tak dapt berkembang. Maasalah yang terjadi adalah sesetengah orang tengah ini yang menjadi terlalu tamak dan mengamalkan riba dalam perniagaannya. perkara ini sering terjadi apabila terdapa permintaan yang tinggi dikalangan pengguna. Kita sebagai orang Islam, riba adalah perkara yang perlu dielakkan. Jgn sesekali menjual barangan dengan harga yang tak munasabah dek kerana pembeli yang ada terdedak atau tiada pilihan lain. Sentiasa bersikap jujur dan amanah dalam perniagaan bagi memastikan usaha dan pekerjaan kita diberkati.

Oelh itu, dari sekarang bukalah sedikit minda untuk melihat dan mengintai peluang perniagaan yang ada selain yang telah ramai orang melayu kita ceburi. Pilih bidang yang ada permintaan serta sentiasa kreatif dalam menjalankan perniagaan. jangan asik mengintai kejayaan orang lain dengan muka geram dan perasaan dengki sehingga terlupa tugasan kita sendiri sebagai peniaga. Biasanya mereka yang berjaya dalam perniagaan ini tidak penah berhenti dalam memikirkan stetegi perniagaan dan bagaimana nak memajukan lagi perniagaan yang ada. Cuba berhijrah dari pemikiran yang ada sekarang dan memberanikan diri menceburi bidang yang lain dari kebiasaan. Berbuat baik sesama bangsa dan tolong menolong sesama kita. lakukan lebih banyak jaringan yang berguna(bukan jaringan yang mengikis orang lain) bagi menguatkan orang kita sendiri.

Dan akhirnya, tanamkan sifat mahu maju kedepan dan lebih rajin dari hari kehari. Jatuh bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa namun persiapan jitu dan terancang perlu dilakukan setiap kali anda berdepan dengan masalah. rajin2lah diri denagn membaca dan mengkaji bidang yang diceburi. Teman akan bangga sekiranya orang kita dah membuka kedai pakaian yang berkelas tinggi atau menjadi agen pengedar baju berjenama berbanding duk menjual bundle lusuh setiap hari.
sekian..
0
Share
Salam,

Lama betul teman tak menulis, bukan tak online tapi selalu tiap2 hari.. melayan FB sekejap2 pastu bukak blog org putih yang betul2 menggunakan kemudahan ini untuk berkongsi pengalaman( inilah yg teman nak cuba buat.. tapi malangnya..) dan pelbagai lagi laman web yang ada. Namun bila masuk je blog sendiri, rase lemah je tangan nak menulis, tah mengapa tah..

Alhamdulilah, dalam kepayahan diri dan kekurangan diri, ada juga yang sudi membeli incubator dari teman, adalah dalam 5-6 orang. Seorang sahaja yang amik COmbo, yang lain amik incubator terbaru teman yang telah diupgrade kepada setting baru. Nanti teman ceritakan sedikit sebanyak mengapa teman tukar setting incubator teman dan ciri tambahan yang telah teman buat. Yelah semua orang tahu yang incubator teman ini incubator buget yang hanya sesuai untuk mereka yang baru belajar atau ternakan tak seberapa. Minggu ni, walaupun takde promosi yang teman lakukan untuk menjual incubator baru, tempahan untuk minggu hadapan mula masuk. Kiranya minggu ini punya tempahan semuanya dah siap lah.. Tinggal satu lagi incubator En Amin yang nak amik jumaat ini.

So setelah sekian lama teman duduk diam direban dan bermain dengan ayam serama, arnab,ayam silky dan anak ayam teman, barulah ada cerita yg nak ditulis. Terima kasih juga kepada mereka yang menghantar SMS kepada teman bertanya khabar dan tak kurang juga yg mencari bekalan ayam kampung ini. Kalau boleh teman mintak jgnlah tuan2 semua menghantar sms bersahaja menanyakan tentang hal penternakan, sbb teman tak mampu untuk menghantarnya kembali dengan cepat atau kekadang teman kehabisan kredit. Yelah perbualan tentang ayam ini boleh berlanjutan walaupun hanya dengan sms. Dan biasanya soalannya lagi pendek dari jawapan.

Menjawab pertanyaan mengenai reban yang teman cuba ketengahkan sebelum ini iaitu reban bentuk A. Ramai yang bertanya dan berminat nak mempelajari cara membinanya dan ramai juga yang terkejut bila kali pertama melihat reban ini bila kali pertama datang kereban. mesti akan terkeluar perkataan seperti ini "la nie reban pesyen apa lak nie". hehehe..

biasalah reban nie memang nampak pelik kalau kali pertama kita tengok. Ok, sebenarnya teman memilih untuk membina reban jenis ini kerana teman perlu menjawab beberapa soalan yang sering bermain dalam fikiran teman sebelum ini. Soalan ini perlu dijawab sebelum teman nak memulakan setting reban baru teman tempoh hari, soalan seperti ini:

1. cam mana nak pastikan telur yang keluar mempunyai peratusan benih yang tinggi setiap kali kita mengutipnya dari reban?

2. Berapa kos yang teman mampu untuk keluarkan untuk membina satu reban ayam.

3. konsep apa yng teman pikir paling sesuai dengan jiwa dan cara teman menternak?

4. Bagaimana nak membina reban dengan harga yang rendah?

5. Bagaimana nak atasi mesalah ibu giler mengeram dan masalah ayam makan telur atau ayam pecahkan telur dalam bekas telur?

6. Bagaimana nak pastikan reban sentiasa aman dan tiada masalah perebutan betina yang boleh menyebabkan kecederaan terutama pada waktu senja?
dan beberapa lagi soalan yang teman perlu jawab.

Sebenarnya teman mendapat idea untuk nak setup satu reban khas untuk pembenihan ini dari lawatan teman ke pusat penetasan atau pusat penjualan anak ayam. dari sini teman perhatikan, tokey ayam ini biasanya meletakkan ayam dalam sangkar besi bersaiz 2x2 kaki sahaja untuk 5-6 ekor betina dan seekor jantan. telur akan dikutip setiap hari sama seperti telur dari ayam khas bertelur. So yang teman paham, pengurungan antara jantan dan betina perlu dilakukan untuk memastikan sijantan dapat mencapai sibetina tanpa perlu banyak berusaha dan proses mengawan itu berjalan dengan lancar. Telur pula bebas dari gangguan atau punca masalah apabila terus jatuh tergolek keluar dari reban mereka melalui lantai besi yang sedikit condong kedepan.

Tetapi, bagi teman ayam kampung tak sesuai untuk diperlakukan sebegitu berikutan tempat asalnya yang teman beli diternak secara kampung. Mungkin penyakit kemurungan dan stress akan menurunkan kadar pengeluaran telur dari masa ke semasa. Oleh itu cara lain perlu dipikirkan. Merujuka kepada Internet, teman terjumpa satu reban yang diberi nama Chicken tractor yang selalu digunakan oleh Mat salleh untuk membela ayam dibelakang rumah. Reban tersebut mempunyai tayar dan akan ditolak keport baru bila ayam berjaya mengindolkan rumput yang ada dikawasan reban tersebut diletakkan.

Oleh kerana kawasan reban teman kecil disamping teman takde kawasan ragut yang luas, maka teman tukar sikit menjadi reban berbentuk A. Reban ini statik dan kita yang akan membawa masuk makanan kedalam reban termasuk rumput. reka bentuknya yang kurang menggunakan kayu serta lebih mudah untuk dibina membuatkan teman terus tertarik. Tetapi kesilapan kecil yang teman lakukan adalah dengan menggunakan kayu yang telalu besar untuk rangkanya iaitu kayu bersai 2x3 yang mana terlalu kukuh bagi sebuah reban sekecil itu.

Terdapat banyak rekaan di internet mengenai pembuatan reban jenis ini dan ada banyak paten yang boleh tuan contohi. Tak semestinya yang ada direban teman ini yang terbaik sbb ada beberapa sahabat teman yang dah mereka reban mereka sendiri dan ternyata lebih cantik dan baik binaanya. Teman ini hanya memberi idea dan buah fikiran untuk anda memajukan lagi penternakan anda. Insyallah maklumat dalam blog ini semuanya percuma dan ikhlas dari teman sbb teman hanya meminta bayaran untuk barang yang teamn niagakan sahaja seperti kelas dan incubator. Yang lain tidak rasenya. Tetapi teman sebolehnya akan memastikan yang barangan atau perkhidmatan yang teman berikan berbaloi dengan harga yang teman minta. Harap2 lah..

So dengan terbinanya reban bentuk A ini, teman rase hampir 3/4 masalah reban teman dah selesai. Yelah bukan mudah kalau kita nak bina reban cara biasa atau reban yang biasa kita tgk kat belakang rumah tu sampai 50 biji kan? tentu tinggi belanja kosnya sbb semuanya memerlukan reban individu yang berasingan. Bayangkanlah kalau kita mahu mengurungkan sejumlah 500 ibu ayam dengan membahagikanya kepada 50 reban yang berasingan? bukankah kosnya kan melonjak tinggi?

Untuk ukuran reban ini tiada skema yang pasti, cuma tuan perlu pikirkan kesesuaian anda dengan jumlah ayam anda. Kalau anda rase reban teamn terlalu sempit, tuan boleh lebarkan. Itu sahaja. Kalau tuan tak setuju dengan bumbung seperuh begitu, tuan boleh buat reban sepenuhnya. Itu sahaja.. takde yang salah pasal tuan sendiri lebih arif dengan ayam tuan sendiri. Tetapi untuk rujukan teman menggunakan sukatan seperti ini:

Base: Kayu 4x8
tiang A shape: ketinggian 6 kaki yang dicabangkan berbentuk A.
Kemudian teman bubuh 2 zink kilang melintang diatasnya dan dibahagian bawah teman letakkan jaring(sebarang mengikut kesusaian anda)
Didalam reban tersebut anda siapkan tempat bertenggek untuk ayam ini tido pada waktu malam. Dan seterusnya anda letak satu bekas tempat bertelur dibahagian belakang reban dengan ketinggian lebih rendah dari palang tido bagi mengelakkan ayam bertenggek dalam bekas ini. Ayam akan tido ditempat yang paling tinggi.

Dibahagian belakangnya juga anda buat satu tingkap mengikut suka anda untuk memudahkan anda mengambil telur dari luar.

Reka bantuk reban ini bulkanlah yang terbaik tetapi yang paling teman rase sesuai dengan budget teman yang tak seberapa. (maklumlah belum jutawan). Jika anda merasakan reban ini tidak sesuai anda boleh memikirkan cara lain untuk menempatkan beberapa ekor betina dan seekor jantan ataupun sekiranya anda fikir adalah lebih sesuai untuk membina satu reban besar dengan deretan tempat bertelur, terpulang keapda anda.

Sekian..
0
Share
salam,

lupa lak nak amik gambar pasal 2 ekor anak ayam teman yang agak ajaib kejadiaanya. Bukan apa dibahagaian depan rumah teman memang ada satu kotak yang segaja teman letakkan kerana ada ibu ayam yang taknak bertelur didalam reban belakang. Ini kes ketika teman merobohkan bumbung reban belakag aritu lah.. Teman nak guna net bumbung itu semua menjadi jaring reban baru yang teman buat.

Nak dijadikan cerita sibu pun mengeram dalam bekas yang ada telur tersebut, dah ada 2-3 ekor menetas teman pun turunkanlah ibu dengan anak yang baru lahir. memang tak harap pun anak ini akna jadi.. paling kuat pun nanti tinggal sekor. So telur yang berbaki teman tak eramkan pasal tahu samada tembelang atau dah terlebih masa eraman. Lepas 3 hari tetiba teman dengar bunyi anak ayam berdecit dalam kotok tu.. huh menentas sendiri walau tiada ibu sambung mengeram. Pastu 3 hari pulak tu dibiarkan.

Mungkin kebelakangan ini suhu negara kita agak panas dan kelembapan tinggi menyebabkan telur tersebut masih menetas. Persoalan teman bagaimana telur tersebut leh menahan kesejukan pada malam hari.. paling rendah suhu mencecah 26 darjah?..

Apa2 pun teman dah suh sekor ibu lain menjadi ibu tumpang kepada anak tersebut. Cara nak suh ibu jaga anak ayam lain senang je. Kita tak leh main taruk je anak ayam dekat ibu tu sbb biasanya siibu akan menyerang anak ayam lain yang bukan anaknya. Mau belubang kepala kena patut, Trick dia adalah dengan memasukkan anak ayam tersebut dibaah perut ibu tumpang pada waktu malam. Pada ketika itu siibu biasanya tidak melarang dan menerima kerana menyangkakan anak yang bising menjerit tu anak nya. Pada keesokkan pagi anda akan melihat siibu tersebut dah bersedia membawa anak barunya berjalan merayap mencari makanan.

Teman terpikir juga cara terbaik untuk kita menggunakan ibu untuk menjaga anak kerana biasanya anak ayam yang ada ibu membesar lebih cepat dan sihat. Cuma banyak faktor yang membunuh anak ayam tersebut ketika membesar. pada fikiran teman..(nie baru pikir je belum buat.. jgn ikut pulak.. kang naya je teman kene sembur) kita mungkin memerlukan reban sederhana besar dengan berlantaikan tanah dan tempat tidur yang selesa. Setting reban perlulah rendah bagi mengelakkan siibu sibuk memanjat keatas tempat tenggek pada waktu malam kerana nak tido. Anak ayam akan mengikuti si ibu berjalan keliling reban menacari makanan. Trick nak bagi makan pada ibu dan anak ini adalah dengan menabur makanan sedikit demi sedikit dikeliling reban supaya siibu boleh menjumpa makanan ketika mengais.

Apa yang teman perhatikan, anak ayam mudah mati akibat perkara remeh yg pada kita tak terlintas langsung. Biasanya anak mati kerana gigitan serangga pada waktu malam seperti semut gatal atau api, termasuk dalam bekas minuman untuk ayam dewasa, ibunya terpijak semasa sibuk bersabung atau bergaduh dengan ibu ayam lain dan pelbagai lagi. so kita kena bina satu reban sederhana besar saperti saiz 6x6 untuk membenarkan siibu merayap. kalau kecik sangat biasanya anak yaam nanti mati terpijak. Manakala reban tersebut perlulah berbumbung dan makanan perlu sentiasa ada bagi mengelakkan ibu mengelupur nak keluar mencari makanan untuk anaknya.
0
Share
Salam,

Teman mulakan bicara hari ini dengan satu perkara yang ramai tak suka dengar iaitu halangan yang bakal anda alami sekiranya mahu menternak ayam kampung asli. Tidak seperti ayam hibrid atau ayam kacuk, ramai pengusaha telah berjaya menternaknya dalam skala lebih seribu walaupun baru kali pertama mencubanya. Bukan teman nak kata senang nak ternak ayam ini, tetapi beberapa kelebihan menyebabkan semuanya nampak mudah. Ikut peraturan dan takde melanggar pantangnya maka ternakan anda akan membesar dengan baik.

Masalah yang mungkin anda alami sekiranya dalam tempoh terdekat ini anda mahu mula menternak adalah seperti berikut:

1. Ketiadaan benih

Ini merupakan masalah yang paling besar yang akan anda alami sekarang. Jika ada yang berjaya mengikat kontrak untuk mendapatkan anak ayam dalam jumlah yang besar, silalah beritahu kepada mereka yang memerlukan juga kerana setahu teman tiada ladang lagi yang mampu untuk mengeluarkan ribuan anak ayam ori setiap bulan. Kalau ada pun yang senyap2 dan mempunyai sekurangnya 300-500 induk betina, hanya mampu mengeluarkan dalam sejumlah 1000 ekor anak mengikut musim. Kalau ada rezeki sememangnya akan mencecah sejumlah 3000 ekor anak ayam dengan jumlah induk seperti diatas. Oleh itu, perancangan untuk memasukkan sebilangan anak ayam setiap bulan secara berterusan mungkin akan terbantut berikutan ketiadaan bekalan.

Kebanyakan penternak sekarang mengamalkan konsep menghasilkan benih sendiri. Maka biasanya mereka menggunakan incubator sebagai alat pemudah cara untuk menghasilkan anak ayam. Namun, menggunakan incubator bukanlah mudah kerana ianya memerlukan pengatahuan dan kemahiran hampir sama dengan menternak induk itu sendiri. Bukan sedikit pengusaha yang gagal pada mulanya untuk menetaskan anak berikutan menganggap mudah cara menggunakan incubator.

2. Masalah untuk mendapatkan induk.

Biasanya bila dah gagal nak mencari anak ayam, kita beralih kepada plan B iaitu untuk menternak induknya dan mengutip telur untuk dimasukkan kedalam incubator. Kalau dulu mungkin kit amudah mencari induk yang tealh matang disekitaran rumah kampung yang mempunyai laman yang luas. Kadang kala sijantan muda atau sijantan baka kurang baik dibiarkan lepas atau dihantar kerumah orang lain untuk mengelakkan terlalu banyak jantan direban( berlaku di pahang semasa teman membeli ayam) dan biasanya disembelih untuk dimakan. Namun sekarang, kehadiran peraih dan pembeli serata tempat meningkatkan permintaan serta harga pasaran. Teman dengar harga ibu ayam sekarang dah mencecah RM13 semasa diladang untuk sekilo. HUH.. dah terer dah semua penternak kampung. Tak kurang juga yang mempertahankan ayam masing2 takut kena masuk dalam bakul untuk ditimbang. Yelah kalau dah nak borong satu reban, apa lagi yang tinggal untuk tuan reban kan?

So masalah kekurangan ayam juga menjadi isu sekarang. Masalah kewangan bukan lagi penghalang. Setakat nak keluarakan RM 1 k untuk beli lebih kurang 60-70 ibu bukan susah. Ramai yang dah mampu. Ada dalam 10 ekor jantan dah cukup dah. So dari sini dah boleh mula menternak dan mengumpul baka sendiri untuk menambah bilangan induk untuk masa akan datang.

3. Masalah harga dedak.

makin banyak permintaan , makin tinggi harganya sekarang. Walaupun kita lihat dari segi harga dan barangan yang digunakan, macam tak lojik satu guni dedak mencecah sampai RM105 sekarang. kalau ikut kiraan kasar dengan ayam daging yang menggunakan sepenuhnya dedak jenis yang sama(hitam) nie... mau dah lama harga ayam kita mencecah RM 9 sekilo. Kalau tak dinaikkan memang gulung tidak lah masing2. So disini dapatlah kita rumuskan masalah dedak mahal dan sebagainya ada berkaitan dengan orang tengah atau pihak distributer itu sendiri. Bila permintaan meningkat(alaupun sorang duk beli seguni ke seminggu), maka harga dedak dinaikkan.

Oleh itu, skill memasak makanan anda sendiri penting untuk mengelakkan anda terpaksa menanggung kos makanan yang terlalu tinggi. Ada baiknya anda memahami dahulu keperluan seekor ayam dahulu dari segi keperluan nutrisi sebelum anda mula memasak makanan. Sebenarnya kalau kita tahu keperluan ayam ini, makanan percuma selain dedak boleh didapati dengan harga murah atau percuma disekitar anda. Anda juga berkemungkinan boleh mengurangkan FCR makanan sekaligus menurunkan perbelanjaan makanan saban bulan.

Dengan Internet juga, anda mungkin boleh mencari maklumat tambahan tentang bahan2 yang digunakan untuk memasak makanan ini. Ramai yang bertanya kepada teman cara nak masak makanan sendiri dengan kos tak sampai RM 0.60 untuk sekilo. Bukan teman taknak ajar tetapi semua proses tersebut memerlukan praktikal dan komunikasi 2 hala. banyak bahan dan skill yang perlu anda tahu sebelum anda boleh memasaknya. Perlu diingat, masak bukan sebarang masak sbb kita perlu mengira kandungan nutrisi dahulu sebelum memasaknya. Mungkin juga da yang mengatakan yang apa yang teman ajar itu hanya gimik semata2 untuk mendapat keuntungan.. tetapi bagi teman, yuran yang tak seberapa disamping beberapa ilmu yang berguna yang diajarkan mampu menyelamatkan poket anda selepas ini. kalau anda kurang pasti, terpulanglah.. Tetapi kalau rase yuran yang diberikan terlalu tinggi, teman rasa tidak patutlah.. Apa sangat yg boleh kit abeli sekarang dengan RM 100 tu?

4. Masalah peratus kematian.

Untuk mereka yang baru menternak, kematian ternakan serta kegagalan dalam menternak tak dapat dielakkan. Sedangkan dalam industri besar sekalipun, mereka membenarkan kematian ternakan bagi setiap pusangan sebanyak 5% iaitu kalau 1000 ekor, 50 ekor boleh mati dalam jagaan dan seterusnya. Ini bermakna, nak taknak anda terpaksa menghadapinya kerana ianya sudah menjadi pemilihan semulajadi alam haian, yang sakit akan mati dan yang kuat sahaja akan tinggal untuk meneruskan generasi.

Jika anda pernah mempunyai ibu ayam yang diternak bebas dibelakang rumah, anda boleh melihat atau mengkaji kejayaan seekor ibu ayam tersebut membesarkan anak ayam yg dieramkan. Boleh teman katakan dalam 1000 ekor tersebut, hanya 10% sahaja yang mampu memastikan anak mereka hidup melebihi 80%. yang selebihnya hanya mampu menjaga sekitar 4-5 ekor sehingga umur anak mereka mencecah 3 bulan(waktu cerai susu.. eh ayam menyusuke?). Dan ada kemungkinan juga untuk mencecah usia jual ada lagi kematian berlaku. BAnyak kali dah saya mencabar orang kampung untuk memastikan anak yam yang ditetaskan hidup paling kurangpun 50% sehingga mencecah usia selamat iaitu 3-4 bulan. Kebanyakkan gagal. So cara menternak yang lebih baik perlu digunakan untuk meningkatkan keupayaan anak ayam ini membesar dengan baik..

5. Masalah pemangsa.

Sekarang ini bukan sahaja pemangsa semula jadi sahaja menggangu ternakan anda. Dengan harga yang agak tinggi bagi seekor ayam, pencuri mula memasang rancangan untuk memecah masuk kedalam reban dan membuat duit mudah. Jika dan tak cukup sabar atau tinggi ketahanan mentel, ada kemungkinan masalah ini mampu membunuh kareer anda sebagai penternak.

Kalau anda mahu mula menternak, kaji dahulu kekuatan diri sebelum mengkaji ilmu penternakan. Selain kemampuan diri anda, minat juga amat penting bagi memastikan keserasian anda dengan ternakan terjamin. Minat yang dimaksudkan adalah minat tentang mempelajari ilmu serta minat dalam menyayangi ilmu. Jika minat anda lebih kepada RM.. ada kemungkinan penternakan anda tidak menjadi kerana terlalu berkira atau terlalu suka berangan sehingga ternakan terabai.

Akhir kata, teman turut rasa gembira dengan perkembangan sihat dunia ternakan unggas kita terutama ayam kampung asli. Apabila ramai yang berminat dan mengusahakanya, lambat laun jumlah ternakan ini akan bertambah banyak. Bila ada ladang yang berkemampuan untuk mengeluarkan 1000 ekor ayam matang setiap bulan, ketika itu juga masalah mencari induk dapat diatasai. Semoga pada tahun 2015 nanti, ayam kampung asli ini menjadi satu perusahan yang berjaya dan ramai yang mendapat manfaatnya termasuk dagingnya yang penuh berkhasiat lagi lazat.

*terima kasih kepada mereka yang menghantar email dan sms termasuk di FB yg memberi dorangan Dan semangat. Jasa anda semua tetap dikenang.
0
Share
Salam,

Baru tadi dapat email dari orang yang tidak dikenali.. teruk teman kena kritik dan dikutuk dalam email tersebut. Niat dihati nak siarkan email didalam blog ini namun tak sampai hati pulak. Dari siap2 nak tido terus tercelik mata nie mangurut dada menahan sakit hati.

Marah betul sahabat kita nie dengan teman. Keras ayat yang digunakan. Kalau diikutkan hati memang terus teman taknak menulis dah dalam blog. Terus sahaja teman nak delete blog ini dan duk diam2 dalam reban bela ayam. Tak yah susah nak menaip (teman kan out bab taip menaip nie) setiap hari menceritakan hal menternak ini.

Setelah teman baca beberapa kali email yang dihantar tersebut, teman dapat cari punca mengapa sahabat kita nei marah sangat. Kalau teamn tak salahlah puncanya adalah sebegini:

sahabat kita nie dah keluarkan dekat RM 30 k untuk menternak ayam. Tetapi sampai sekarang tak nampak hasilnya lagi. lepas tu pulak dia buat projek dia dengan seorang kawan lagi yang agaknya turut menabur modal.

selama ini beliau belajar menternak ayam dengan berpandukan maklumat dalam blog teman, so beliau menyalahkan teman apabila ternakan dia gagal atau mengalami masalah.

Beliau mengatakan kerjanya sia2 mencetak semua post teman dalam blog teman untuk dijadikan rujukan tetapi banyak maklumat yang teman berikan salah dan tak leh pakai..(huh.. terkedu teman bila baca part nie)

Beliau menuduh yang teman nie giler glamour dan suka berbangga diri termasuk sombong.. ( ya Allah, kuatkan lah diriku)

Beliau juga marah sbb baru2 ne ayamnya banyak mati serta anak2 ayam yang dibela kena penyakit dan hampir semua mati.

Dan beberapa perkara yang dibangkitkan tetapi kurang pedas bagi teman.

So bagi teman, apa yang sedang dia lalui sekarang pernah teamn lalui dahulu masa mula menternak. Kejadian ayam mati, anak ayam gagal dibesarkan, reban yang salah dan sebagainya pernah teman lalui. Dan lebih perit, ketika itu teamn tiada Internet dan tak dapat mencari ilmu sebelum memulakan penternak. tapi teman anggap itu semua satu dugaan dan pembakar semangt untuk lebih maju lagi kedepan. Bukannya mencari salah orang lain.

Rasanya luahan kemarahan beliau hanyalah disebabkan perasaan marah dan kecewa beliau dengan masalah yang dihadapi. Ataupun tak tahan malu dengan rakan sepelaburanya akiba kegagalan yang dihadapi. atau mungkin juga disebabkan tekanan yang diberikan oleh orang terdekat atau rakan pelaburan apabila melihat prestasi yang merundum.

Jika tuan yang menghantar email tersebut terbaca post teman kali ini, teman tidak akan melatah atau menyimpan dendam terharap tuan. Bagi teman itulah asam garam kita sebagai hambaNya. Mungkin tuan boleh berpikir sejenak atau menenangkan diri seketika dan merenung kembali masalah yang sedang dihadapai. Cuba berpikiran positif dan menganggap masalah yang tuan hadapi sekarang adalah ujian dariNya.

Sikap sabar sangat penting terutama melibatkan bidang penternakan. Anda perlu sentiasa belajar dan terus belajar agar segala masalah yang mendatang dapat ditepis dengan sebaik mungkin. Jangan terlalu strees kalau anda ada masalah dan luangkan sedikit masa untuk melawat reban lain yang telah berjaya dan belajar secara dekat. Kalau perlu, anda jadi pelatih direban tersebut dengan duduk bekerja direban selama beberapa hari untuk lebih mendalami cara menternak. Ataupun anda menggunakan maklumat didalam internet untuk mempelajari cara menternak yang betul. Kalau anda merasakan maklumat yang diberikan didalam blog ini salah atau tidak betul, anda mempunyai pilihan untuk tidak mengikutinya. Tiada paksaan dari saya dan tiada sebarang jaminan yang boleh diberikan oleh pihak saya yang maklumat dalam blog ini bertauliah dan benar sepenuhnya.

*** kadang kala teman gembira dan kadangkala terguris juga perasaan ini..
0
Share
Newer Posts Older Posts Home

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ▼  2024 (2)
    • ▼  Feb (2)
      • AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
      • BLOG CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM BERTUKAR TANGAN
  • ►  2012 (2)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2011 (17)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (4)
    • ►  Feb (2)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2010 (218)
    • ►  Dec (4)
    • ►  Nov (7)
    • ►  Oct (10)
    • ►  Sep (17)
    • ►  Aug (15)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Jun (20)
    • ►  May (23)
    • ►  Apr (22)
    • ►  Mar (24)
    • ►  Feb (31)
    • ►  Jan (37)
  • ►  2009 (175)
    • ►  Dec (25)
    • ►  Nov (38)
    • ►  Oct (37)
    • ►  Sep (36)
    • ►  Aug (4)
    • ►  Jul (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  May (4)
    • ►  Apr (5)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (11)

TOP 5!!

  • Bagaimana anda mahu memulakan penternakan Ayam?
    Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Perangkap Lalat kos Murah..
    Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...

Label

4 month in view (2) 6 (1) Anak ayam (13) angsa (1) Ayam jantan bertelur? (1) Ayam kampung (14) ayam mandi tanah (1) baka ayam (1) bebelan (1) brooder (2) cabang perniagaan (9) candling (1) catatan (1) costing ayam.. (2) dedak (1) fidlot (1) free range (1) Gambar tapak (1) hama (1) hujan (1) incubator (19) Itik serati (1) itik serati.. (1) jualan anak ayam (1) kacuk vs ori (1) keli (6) konsep reban (2) kursus ternakan (2) lapik telur (1) laporan ternakan (1) makanan (3) Memulakan penternakan? (1) omega 3 (1) Pasaran Ayam kampung (6) pelawat (1) Pembinaan reban (5) pemilihan baka ayam (2) pengumuman kelas (1) penyakit ayam (14) perancangan perniagaan (4) peringkat anak ayam. (1) Perkara asas dlm reban (1) Profit penternakan (1) rancangan perniagaan (2) reban (1) reban asuhan (2) rekaan reban (4) tangki air (1) telur ayam (2) ternakan ayam kampung (3) turkeys (2) Ubat-ubatan (1) Upgread reban (3) vaksin (1) variasi ternakan (3) Wad bersalin ayam (1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.

Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;

1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..



Labels Cloud

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Labels List Numbered

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Jumpa saya di FB

Shaiful Beduk

Create Your Badge

Facebook Page

SUNAN.my

Instagram

FOLLOW SUNAN

About Me

BLOG DALAM PROSES SET-UP

Popular Posts

  • sedikit nasihat penjagaan anak ayam
    Salam, melihat kepada isu semasa seorang penternak kita yang mempunyai masalah mengenai mengendalian anak ayamnya, beliau mengadu yang anak ...
  • INCUBATOR FORCE AIR FULLY AUTOMATIK
    PENJUALAN INCUBATOR TELAH DIHENTIKAN. HARAP MAKLUM * PIHAK CITYPULL TELAH MENUTUP REBAN AYAM KAMI . HARAP MAKLUM
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
  • Gejala Anak ayam patuk Anak ayam sampai mati..
    Salam, kalau anda pernah menternak ayam dalam jumlah yang melebihi 200 ekor pasti anda pernah berjumpa dengan masalah ini. Masalah ini juga ...
  • Manual penggunaan Incubator
    * untuk anda yang memerlukan atau tercicir nota manual penggunaan incubator.. Salam , Teman dah selamat tiba ditanah air pada petang hari se...
  • AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
          Jika kita pergi makan di kedai makan yang menyajikan masakan ayam kampung, kita akan dapati ayam kampung yang disajikan itu lembut isi...
  • Menjawab soalan benih dalam telur,
    Salam , Menjawab soalan mengenai bagaimana nak meningkatkan kadar peratusan benih dalam telur anda, soalan dari Nadiah Banting (salah sorang...
  • Pemakanan ternakan mengikut umur.
    salam, Nak share sikit pasal ilmu pemakanan nie. Semalam masa kursus semua macam tak percaya yang kita boleh memasak makanan sendiri sehin...

HUBUNGI SUNAN

Name

Email *

Message *

Labels

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam
Since ; 2010 CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

Template By ThemeXpose