Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • KISAH SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • Download
  • TOPIK LAIN
    • Minimal
    • Sub Menu with Subs
      • Feminist
      • Persona
      • Expose
    • Powergame
    • Fashion
Salam,

Kita ada melihat penternak ayam daging dalam link blog teman, pendapatanya tak dapat disangkalkan lagi dan teman yakin kejayaaan yg dikecapi sekarang bukannya datang bergolek. Kita dapat lihat walaupun beliau dapat memecahkan benteng org bukan melayu dalam menternak ayam pedanging nie, namun beliau tak pernah lepas dari pelbagai dugaan. dan apa yg teman perhatikan, keimanan serta kesungguhan beliau menjadi kunci kenikmatan yg diperolehi sekarang..

dan teman sebenarnya sedang cuba untuk membuka satu bidang baru mengenai ayam ini. jika kita tiada modal besar serta 'kawan' yg sanggup membantu seperti beliau, kita mungkin boleh menceburi ternakan baru yg pada mulanya dianggap kurang sesuai untuk diternak iaitu ayam kampung asli. Semamangnya pada mula ayam kampung ini menjadi mimpi ngeri apabila tempoh masa untuk menternaknya terlalu panjang disamping stok bekalan benihnya yg sangat terhad. Walaupun ayam ini tinggi permintaanya, konsep penternakan model kurang sesuai berikutan tabiat asalnya serta kebolehbiakan yang sangat rendah..

Itu dulu, dengan adanya teknologi Incubator serta penjagaan yang betul, kini ternakan ini seolah seperti hanpir tidak mustahil untuk diternak. Semuanya bermula apabial teman sendiri terseksa untuk membeli ayam ini dipasar mahupun diperkarangan rumah orang kampung kerana jumlahnya yg sangat terhad dan kurang diternak secara komersial. Dengan itu teman cuba memperjuangkan ternakan ini dari masa ke semasa dengan aktif mengajar serta memberi tips untuk anda menternak. Sememangnya tiada cara khas untuk anda menternak dan anda akan melihat banyak cara yg dipraktikkan sekarang. Namun apa yg penting adalah bagaimana kita memenuhi segala keperluan ayam ini untuk membenarkanya membesar dengan jayanya sebelum dijual.

Persoalan adalah anda mampu menjana pendapatan sehingga RM 10 k dengan hanya menternak ayam kampung asli ini? Butiran yg telah teman rangka adalah seperti dibawah dan ianya datang dari pengalaman teman sediri menternak lebih dari setahun..

Jika kita mahukan jualan ternakan kita melebihi RM 10k setiap bulan, kita perlu mempunyai jumlah ayam yg mahu dijual melebihi 500 ekor dalam masa sebulan. Ini bermaksud kita perlu ada sekurangnya 3 ribu ayam didalam reban dari usia sebulan sehingga 6 bulan berikutan tempoh pembesaran yang lambat.Jumlah 3 ribu tidaklah sebanyak yg disangka kerana anak ayam berada dalam 6 peringkat dari kecil hingga matang. Ayam perlu dijual apabila mencecah usia matang dan pemilihan beberapa ekor ayam untuk dijadikan pelapis induk yang sudah melebihi had umur didalam reban. ayam pencen tadi juga masih mempunyai harga sekiranya anda tahu dimana nak dijual.

Dengan 500 ekor ayam yg anda jual pada setiap bulan, pastikan jumlah purata bagi setiap ayam berada dalam lingkungan 1.3 kilo. Dengan harga RM 15 sekilo, jumlah harga purata bagi setiap ekor yg anda jual adalah rm 19.50 +- RM 20 seekor. Dan sekiranya anda menjual dalam lingkungan 500 ekor, jualan bersih anda berada dalam lingkungan RM 20 X 500 ekor : RM 10,000. Kos kasar anda adalah melibatkan benih, makanan dan perubatan disamping menolak sedikit susut nilai reban anda untuk setiap kali pusingan.

Kos kasar jika anda menghasilkan sendiri benih adalah dalam lingkungan RM 0.60 seekor dan kos makanan adalah mengikut kebijaksanaan anda memandangkan kita menternak ayam kampung asli yg boleh makan apasahaja dikeliling anda. Sekiranya anda pandai mengira kandungan nutrisi dan sedikit pakai dalam mengoleh bahan sekiling anda, teman yakin kos sebenar makanan adalah dalam lingkungan 4-5 ringgit seekor.

Dan sekiranya jumlah kos kasar bagi seekor ayam adalah RM 6, untung kasar kita adalah dalam lingkungan: RM 10k - RM 3k: RM 7000. Sekiranya kita melakukan penternakan secara bijak dengan memastikan pengeluaran ayam jenis ini berterusan setiap bulan dengan sedikit buffer jika berlaku kematian, anda mempu memperolehi pendapatn dalam lingkunagn RM 7000 setiap bulan. Jumlah pendapatan ini sudah teman anggap tinggi berikutan 90% penduduk melayu dimalaysia mempunyai pendapatan bulanan dibawah RM 5k setiap bulan. Jika anda melepasi garisan ini anda sudah berada dalam kelompok yg berpendapatan sederhana iaitu pendapatan melebihi 60 ribu setahun.

So apa yg anda perlukan untuk mendapat pendapatan sebegini?

Pertama anda perlu mendapatkan bekalan anak ayam secara berterusan serta mempunyai cara terbaik untuk menternak anak ayam terutama pada usia dibawah 1 bulan. Setiap ekor adalah satu unit saham pelaburan anda dan perlu ditangani dengan bijak. jgn ada sikap "tak apa" dalam penternakan anda kerana disinilah segala kerugian akan berbunga. Jika gagal mendapatkan bekalan, anda perlu setup pusat penetas anda sendiri dengan kapasiti keluaran anak ayam sebanyak 500 ekor sebulan. kemudian anda perlu membina brooder yg sesuai dan terlindung dari segala masalah dan ancaman. Pastikan anak ayam selesa dan membesar dengan baik. Kalau perlu, pelihara anak ayam ini dalam bangunan atau bilik yg berpengudaraan luas dan design brooder anda dengan lantai jaring supaya najis anak ayam ini mudah dibersihkan setiap hari. Lapik penampung najis perlu mudah dinuka supaya kerja pembersihan dapat dijalankan.

Anak ayam yg berusia 1 bulan dipindahkan kereban asuhan anak ayam dan ditempatkan disini sehingga mencecah usia 3 bulan. Dari sini anda pindahkan keraban asuhan tanah dimana anak ayam mula merasi tanah dikakinya. Ayam tetap dikurung sehingga berusia 6 bulan dengan maksud terkwaal sepenuhnya. Anak ayam juga memeperolehi kenikmatan untuk mandi tanah serta berjemur dibawah matahari serta menikmati keenakkan tanaman rumput segar. Pada usia 6 bulan barulah proses pemilihan dilakukan dan calon terbaik untuk induk diasingkan sebelum yg lain dijual sebagai jualan daging.

Aspek pemasaran pula, anda hanya perlu memastikan anda mempu memasang "kaki" sekurangnya di 5 buah pasar siang dikawasan anda dengan kapasiti 100 ekor ayam disetiap pasar. Teman yakin jalan ayam hidup untuk ayam kampung ini mampu laris berikutan anda hanya menghantar 25 ekor ayam ini disetiap pasar pada setiap minggu (ada 5 pasarkan)dan mengulaginya pada setiap minggu dengan cara yg sama. Hanya perlu keluar seawwal pukul 5 pagi setiap hujung minggu untuk menghantar ternakan anda ke "kaki" dipasar 4 kali sebulan. Cara ini sangat mudah dan tak memerlukan banyak masa anda.

Anda juga boleh mengiklankan kepada penternak sedia ada yg sedang mencari calon baka untuk ternakan mereka. Kalau seorang perlukan antara 50-100 ekor baka baru setiap bulan dan terdapat puluhan penternak dikeliling anda, teman yakin ada kemungkinan ternakan anda tak sempatpun singgah kepasar.

Cuma teman nak nasihatkan agak jgn terlalu gelojoh dalam menternak terutama penternakan ayam kampung asli ini berikutan teknik dan tektik yg betul belum betul2 ditemui. Ada banyak faktor yg mengkengkang dari kita menternak secara puluhan ribu dalam satu2 reban. Aspek kesihatan ternakan juga terlalu lemah malah Incubator itu sendiri masih baru dikalangan penternak melayu sekarang.

Mulaan dari bawah secara bardakit2 dan bina empayer anda dari bawah. Kuatkan nama syarikat atau produk anda dan pastikan sentisa jujur dalam menjalankan perniagan. Modal pusingan dan cash cair perlu sentisa ada agar dapat mengembangkan perniagaan anda. Anda hanya boleh "enjoy" 25% sahaja dari keuntungan anda dan selebihnya untuk pusingan syarikat anda sendiri. So selamat mencuba sekiranya anda berminat..
0
Share
Salam,

perkara yg sering penternak ayam kampung asli terlupa adalah untuk mengetahui adakah ayam mereka dalam keadaan stress?. Kita biasanya melepas bebas ternakan kita atau membenarkan ayam ini untuk keluar pada siang hari dan hanya pulang apabila hari dah gelap. Tahukah anda, jika ternakan anda sentiasa berada dalam keadaan stress..ada kemungkinan ia boleh membawa maut.

Biasanya tanda2 stress ini dapat dilihat sekiranya ayam kita dalam keadaan yang kurang baik atau berada dalam keadaan minimum yg sesuai untuk ayam. Antara tanda ayam kita berada dalam keadaan tress adalah melalui kelaukuan mereka semasa direban seperti:

1. Ayam sentiasa dalam keadaan berjaga2 dimana sentiasa menegakkan kepala semasa makan untuk memerhatikan sekeliling( kalau ayam tak stress selamba je makan tak ingat dunia)

2. Ayam akan berterbangan lari sekiranya ada pergerakan yang mengejut seperti barang terjatuh atau hanyunan tangan yg tidak dirancang. Bermaksud ayam sangat peka atau dalam ketakutan.

3. melihat pergerakan ayam yg lebih suka berada ditempat tinggi atau tersorok walaupun diaktu siang dimana kebiasaanya mereka bebas merayap dipersekitaran reban.

4. Ayam kurang berselera untuk makan dan lebih gemar memerhatikan ayam lain makan terlebih dahulu.

5.Ayam sering dilihat tercungap2 bernafas kencang walaupun air disediakan mencukupi dan mengalami kemurungan.

Sekiranya anda mendapati ternakan anda berada dalam keadaan ini, ubatan untuk mengelakkan gejala stress berpanjangan perlu diberi seperti ubat anti stress. Ubat diberi pada ayam sehingga tanda2 ini hilang. Pastikan persekitaraan anda bersih dan ayam "gembira" berada dalam reban. Ubat anti stress mempunyai kandungan glokosa yg tinggi serta vitamin yg diperlukan oleh ayam bagi menghilangkan punca stress yg sedang dialami.

Antara punca stress adalah seperti:

1.Perubahan cuaca atau cuaca extrem yg melanda tempat anda seperti hujan lebat pertama setelah musim kemarau, hujan lebat dan cuaca sejuk pada waktu malam manakala cuaca panas terik diaktu siang atau sebaliknya dan lain2.

2. berlaku serangan pemangsa yang kerap direban anda samaada dari binatang ataupun manusia itu sendiri

3. Reban anda terletak terlalu hanpir dengan pencemaran bunyi atau pencemaran gegaran terutama diwaktu malam yg menyebabkan ayam kurang tidur dan mendapat rehat yg secukupnya.

4. Cahaya lampu yg terlalu terang pada waktu malam yg menyebabkan ayam kurang rehat kerana terlalu berjaga2.

5. Ayam yg baru sampai melalui perjalanan yg jauh.

6. sumber air yg kurang bersih atau terlalu banyak klorin.

7. Bilangan pejantan dan betina yg tidak seimbang menyebabkan pergaduhan merebut betina semasa mengawan kerap berlaku.

8. Kehadiran pelawat yg terlalu kerap juga mempengaruhi kadar stress ayam

9. Reban anda terlalu terbuka dan kurang tempat untuk berteduh melindungi dari cahaya panas.

10. Anda menukar makanan yg biasa diberi secara mengejut

11. Penggunaan vaksin kepada ayam ternakan.

Oleh itu pemerhatian yg baik serta kesedaran anda tentang penggunaan ubat anti stress mampu meningkatkan kadar hidup ternakan anda direban, barjaga2lah terutama ketika musim panas berpanjangan sekarang. Sedangkan kita sendiri kekadang rimas dengan cuaca panas ini inikanpula ternakan kita..
1
Share
salam,

nie posting sikit je.. 3-4 bulan lepas ada seorang sahabat kita yg berkunjung ke reban teman, berbincang dan meminta pendapat tentang ternakan yg bakal dia ternak, orang Pahang dan masih mudah belia hendaknya. Teman jawab persoalan sebaik mungkin dan kekadang kurang pasti tentang jawapan untuk soalanya berikutan ternakan yg diternak berlainan dgn apa yg teman usahakan.

saudara kita ni sangat berminat dengan ternakan ayam kampung kacuk kerana mengatakan ternakan ayam kampung asli kurang mendapat sambutan dikawasanya. Dan bila teman tanya tentang kebolehan beliau sebelum ini menternak ayam kacuk serta memasarkannya, beliau menjaab dengan penuh keyakian. Oklah kalau macam tu ..

Semalam pagi2 lagi beliau dah call teman mengatakan yang beliau tengah mengelabah sekarang kerana ayam umur ayam direban sekarang dah mencecah 4 bulan dan ada yg dah mencapai berat 3 kilo. Beliau mintak teman tolong carikkan market kat sini memandangkan kat sana takde org yg sudi merembat ayamnya.. HUH!!

Teman rase teman tak dapat tolong sahabat kita nie berikutan ada beberapa sahabat rapat teman pun tengah terkial2 menjual ayam mereka. Sebenarnya sahabat kita sorang nie tersalah budget untuk menternak kerana merasakan ternakan yg ada sekarang sepatutnya sudah habis dijual dan sedang menternak bacth yg kedua. Bacth kedua yg dirancang akan digandakan jumlahnya sekiranyanya habis laku bacth yg pertama. Niat beliau tak mau amik untung langsung untuk bacth pertama dan menggunakanya untuk bacyh kedua supaya untung berganda. Namun nasib tak meyebelahi beliau kerana yg ada sekarang pun belum terjual lagi.

Teman nasihatkan agak beliau turun sendiri mambawa ayam yg ada dan duduk dipintu masuk pasar yg beliau fikirkan berpontensi, kalau kena saman dengan penguatkuasa, terima sahaja seadanya dan jgn putus asa, yg penting ayam dapat dijual. Kalau kurang laku, turunkan harga sehingga menarik perhatian orang ramai, buat papan tanda harga sebesar yg termampu agak org leh nampak dari jauh. Kalau beliau masih mahu menghantar ke area lembah kelang, penghantaran tersebut sudah menambahkan kos dan beliau perlu reban transit sementara mahu menjualnya kesini.

Entahlah, satu lagi nasib kita penternak melayu, teman nasihatkan dulu agak bela dalam 2-3 ratus ayam ini dahulu untuk melihat market dan pengurusannya dahulu. Namun beliau tetap dengan pendirian dan terus membeli 5000 ekor ayam ini. Lagi malang apabila separuh ternakannya mati pada usia dibawwawh 1 bulan dan yg tinggal kini pula tak mahu berhenti makan ..

Teman doakan agak beliau berjaya dan menjadikan ini sebagai satu azam baru untuk meneruskan kerjaya sebagai penternak.
0
Share
Salam,

Lama sungguh tak pasang internet nie.. maklumlah biasanya teman kalau lepas kelas je mesti merehatkan minda paling kurang 2 hari. Taknak amik pusing langsung semua yg berbentuk ilmiah pasal biasanya otak dah jem.. Bukan mudah nak mengajar seharian suntuk tambahan teman yg sememngnya dikenali dengan pendiamnya direban.

Sekian lama berdampingan dengan ayam direban dan hanya berbual pada waktu malam ketika org umah balik dari kerja tetapnya, teman suka bersendiri dan melayan kerenah ayam direban. Kadang kala kita seolah dapat memahami keperluan ayam ini dengan hanya melihat telatah dan tingkah laku mereka. Kekadang ayam yg sakit datang perlahan2 kearah kita seolah2 meminta tolong untuk diubatkan. Hehehehe jgn anggap teman nie dah giler pulak yek? hehehe biasalah cakap2 org yg "opis"nya direban.

So, posting kali nie teman nak bagi tahu yang teman sebenarnya dah mereka satu incubator fully Auto Termasuk auto turner dimana anda tidak perlu memusingkan telur secara manual. Dah lama dah sebenarnya teman merekanya tetapi teman masih tercari2 bahan binaan yang paling mudah dan scepat untuk teman bina. Harganya? mestilah harga budget sahaja agar anda mampu memilikinya walaupun budget anda tak banyak.

Incubator yg teman cipta ini mungkin yang pertama seumpamanya didunia.. ye ke? hehehe tak tahulah teman agak sahaja sebab teman menggunakan teknik tarikan graviti terhadap jisim yang berubah2 beratnya. Kita boleh mengubah tempoh masa yang diperlukan serta kos pembuatanya sangat murah. Mungkin anda mampu untuk memiliki incubator bersaiz 300 biji yg fully Auto dengan harga dibawah RM500?? .. nantikanlah kemunculannya yek..

Teman dah mula guna benda nie secara sorok2 selama 2 bulan dan dah menetaskan dalam 70-80 ekor anak ayam untuk beberapa kali percubaan (hanya masuk 20 biji sahaja setiap kali teman test.. budget la tu). antara kelebihannya lain adalah rupanya sama seperti incubator lutsinar sekarang cuma terdapat 2 tingkat untuk telur. Alat pemusingnya sangat "basic" dan tidak melibatkan sebarang motor. Mungkin dengan harga peralatan tambahan ini yg murah ditambah dengan sedikit akal, kita dapat melahirkan sebuah incubator yg berbudget murah.

Namun teman belum bersedia untuk menjualnya sekarang memandangkan tempahan yg ada pun sudah cukup menekan teman, (tapi tetap bersyukur..) dan reban yg tak siap2 lagi hehehe.. Teman janji selepas sahaja reban teman berjaya didirikan serta berjalan dengan baik, teman akan keluarkan model jenis ini bagi penternak skala sederhana yang memerlukan incubator saiz sederhana barkapasiti 300 biji. Harapan teman, lebih ramai lagi penternak yg akan menggunakan incubator sehingga incubator ini bukan lagi "alat mewah" yg begitu asing kepada penternak. makin ramai yg guna incubator makin banyaklah benih anak ayam dipasaran kelak.. dan mungkin suatu hari nanti, ayam kampung asli(malaikai) lebih mudah ditemui dipasar pagi kawasan anda..
0
Share




Salam,

Ada sikt lagi gambar anak kuar dari incubator teman, saja 2 bagi tuan2 semua tengok.. Seronok juga dapat tengak anak ayam ini berlari2 dalam incubator tanpa perlu membuka pintunya. Kekadang kalau ada anak ayam yg baru menetas kita leh tahu dari bunyi dan pergerakkanya. Teman dah rase teman duk tengok aquarium pulak pasal tembus kedalam, kekadang rase tenang je hati(untuk org yg berminat la)..
0
Share




Salam,

tengah teman berpeluh2 buat incubator ni(sebenarnya takdelah sampai berpeluh hehe) teman sempat juga bertukang dalam 2 jam membina reban asuhan anak ayam bawah 2 bulan yang baru.

Reban ini cukup sempoi dan hanya men'cilok' sedikit ruang tepi rumah teman yang terlindung dari pancaran matahari terik pada waktu tengah hari dan hujan lebat yang melanda. Saja teman buat 3 tingkat dengan kayu setinggi 6 kaki. Cukup ringkas dan senang nak buat. Jaring yang berlubang terus sehingga kebawah memudahkan teman mencuci lantai simen dibawahnya saban hari.

So kalau ok je dalam sebulan ini, teman nak buat banyak2 sekeliling rumah teman hehehe.. so takdelah makan space dan senang taman nak pantai sebab leh tgk terus diparas mata.. kalau rase cam best buat lah satu macam nie kat tepi rumah yek.. (untuk anak ayam yg tak pakai lampu dah je)
0
Share
Salam,

Ni satu kesimpulan yang nak teman buat. Kalau tuan2 semua merasakan penternakan ayam kampung terutama ayam kampung asli malaikai ini adalah perniagaan low class atau takde berdaya saing, ini adalah rumusan yang teman buat sepanjang teman menulis dalam blog ini.

Klau Tuan2 semua nak tahu, Antara yang pernah menghubungi teman adalah dari golongan mereka yang berniaga dan berpoket tebal, guru2 termasuk guru teman di MRSM dahulu, rakan2 sekolah teman yang dah lama tak bersua, Org kampung teman yang sanggup datang kereban dari kampung untuk belajar nak menternak ayam kampung nie, penguam, org kuat kastam, org kuat RTM(tapi bukan artis la), pegawai dari putrajaya dan banyak lagi.

Dan hampir kesemua mereka ini sudah mempunyai kerjaya masing2 termasuk yang sedang berkira2 mengitung hari tamat berkhidmat mereka. Masing2 membawa cerita dan harapan tersendiri. Dan teman amat berbangga kerana kesedaran tentang kehebatan atau daya saing ayam kampung ini mula difahami oleh masyarakat. Dan kalau diusahakan dengan betul dan tekun, Insyallah nanti ianya akan membuahkan hasil walaupun pada luarannya nampak seolah sukar untuk dicapai.

Di sini teman nak ingatkan bahawa blog ini dihasilkan bukannya dari tajaan mana2 jabatan atau badan dan bukan juga milik sesebuah institusi yang berkaitan dengan ternakan. Blog ini sememangnya teman bina untuk teman meluahkan dan berkongsi pengalaman yang teman dapat dari menternak ayam kampung selama setahun ini. Kalau tuan2 mengikuti blog teman dari mula, teman percaya tuan2 semua dapat melihat perkembangan atau peningkatan pengetahuan dan perkongsian yang teman lakukan setiap hari. Ada sahaja bahan baru yang teman bawa dan kongsikan bersama. Ada juga maklumat yang teman sendiri masih ragu tentang kesahihnya dan memohon tuan2 semua untuk membeli pandangan balas.

Sememangnya tulisan teman ini lebih kepada catatan harian dan sedikit sebanyak tips yang boleh dikongsi bersama. Kadang kala teman tak nafikan, disebabkan kejahilan teman ini dan kekurangan ilmu didada, ada post2 teman yang kurang tepat isi kandunganya dan kadang kala terlalu jelas percanggahanya. Dan itulah sepatutnya berlaku kerana teman masih dalam peringkat belajar dan semua kesalahan seperti itu perlu supaya proses pembelajaran itu terus berlaku. Lainlah kalau teman sudah mendapat pangkat Prof. didalam penternakan ini terutama tentang unggas. kelas penternakan pun teman tak pernah pegi sebelum ini.

Dengan ketiadaan rujukan yang sesuai, teman banyak mencari ilmu dari orang "lama" disamping satu dua yang diperolehi dari penternak sedia ada sekarang. Semua ilmu yang diterima teman buat uji kaji dan teman praktikkan direban supaya teman berpuas hati melihat hasilnya sendiri. Kalau orang kata, ayam yang memakan bangkai berulat dari telur lalat, ayam tersebut akan mendapat penyakit berak kuning dimana ulat yang kotor dan berkuman itu tadi akan makan ayam dari dalam. Untuk kepastian, teman akan uji sendiri dan melihatkan hasilnya. Jika resultnya benar dan sangat sahih, maka barulah teman tuliskan dalam blog.

Sepanjang teman berblogger nie, begitu ramai teman seperjuangan yang teman jumpa dan berkenalan. Barulah teman tahu yang teman tak berseorangan dalam bidang yg sedang teman ceburi ini. Dan sebaiknya kita bersatu padu mengikut negeri dan mengenepikan segala perbezaan termasuk fahaman politik, cara berpikir, latar belakang serta lain2 yang berbeza. Apabila kita bertukar fikiran dan menjalinkan kerjasama maka segala urusan akan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, apabila kita ada daftar senarai penternak disesuatu kawasan, suara satu kumpulan yang kita ingin bawa ketengah biasanya akan didengari seperti memohon bantuan, pemasaran atau permasalahan mengenai penyakit ternakan kita. Sekiranya kita berpegang teguh kepada kumpulan kita, segala proses penjualan dan harga dapat diseragamkan, dan sekiranya ada permintaan lebih tinggi disesuatu kawasan, kita boleh berpakat menghantar bekalan kekawasan tersebut.

So teman mengucapkan selamat berjaya kepada tuan2 semua yang sedang mengusahakan ternakan masing tak kiralah dari ayam belanda sehingga burung puyuh agar sentiasa sukses dan diberkatiNya. Dan mungkin dengan sedikit sepakatan, kejayan demi kejayaan akan kita genggami bersama... Amin..
0
Share
Salam,

Alhamdulilah projek teman sudah kembali dalam track yang dirancang, kayu sudah dipotong n disukat ikut ukuran yang dirancang. Longkang besar yang lebih sempurna sudah siap digali, reban utama telah ditambah tanah tinggi dan mungkin akan ditambah pasir nanti. Incubator pun dah berjaya disiapkan mengikut tempahan dan hanya beberapa tempahan terakhir sahaja lagi selain pesanan peserta kelas yang ingin mengambil sendiri sewaktu kelas sabtu ini.

Banyak soalan yang teman terima semasa pengunjung membeli incubator dari teman. Dan biasanya sesi penerangan incubator akan berlanjutan selama beberapa jam dan diselangi dengan bertukar2 fikiran. Ramai yang bertanya tentang perihal incubator dan jenis2 yang dijual sekarang termasuk diluar negara. Teman simpulkan kepada jenis2 berikut:

Incubator Manual:
incubator zaman dulu kala(tak la lama sangat.. dlm lingkungan puluhan tahun dahulu) yang mengunakan kaedah manual untuk mengawal suhu didalam sesebuah incubator. Apa yang dikatakan manual adalah pemilik perlu mengawal lubang udara didalam incubator ini untuk menurunkan atau menaikan suhu didalamnya. Ada juga incubator yang menggunakan lampu minyak tanah dimana corong laluan haba dibahagian atas akan disalurkan kedalam incubator untuk membekalkan sumber haba. Semasa kewujudan mentol, pengguna perlu memeriksa incubator sekerap mungkin bagi memastikan suhu didalamnya bersesuaian. Jika terlalu panas, lubang udara akan dibuka dan sebelinya sekiranya terlalu sejuk.

Sistem manual ini mempunyai banyak kelemahan disamping memerlukan perhatian yang sepenuhnya oleh penggunanya. Peratusan telur menetas juga agak rendah dan lebih dipengaruhi oleh pengguna itu sendiri.

Incubator auto

Incubator yang menggunakan thermostart (alat pemutus litar kawalan suhu) untuk memastikan suhu didalam incubator sentiasa sesuai untuk pengeraman. teknologi ini sangat membantu pengguna dimana kita hanya perlu menentu ukurnya sekali sahaja dan selebihnya kita menyerahkannya kepada thermostart. Bekalan elektrik akan diputuskan apabila mencapai suhu max dan menyalakan mentol kembali apabila sudah mulai sejuk. Dengan menggunakan thermostsrt sahaja kita sudah boleh mengelar incubator kita sebagai auto.

Auto turner
Auto turner pula adalah satu alat atau satu rekaan khas bagi membolehkan kita mengerakkan telur yang dieramkan mengikut keperluaannya. Ini kerana, bagi telur unggas, telur yang dieramkan perlu digerakkan supaya kuning telur dimana perkembangan embrio ayam berlaku tidak tenggelam dan terlekat dibahagian bawah telur dimana ianya memungkinkan anak ayam yang menetas nanti melekat kulitnya pada telur. Proses mengerak dan mengolekkan telur ini biasanya akan dilakukan oleh si ibu ayam jika mengeram menggunakan kaedah tradisional. Kalau kita perhatikan, si ibu akan bangun dari eramannya dan menggunakan paruh untuk mengerakkan setiap telur dibawah perutnya. Kadang kala sebanyak 2 kali sehari dan kadang kala hampir 5 kali sehari.

Oleh itu, ketika kita menggunakan incubator, perbuatan tersebut perlu ditiru bagi memastikan gejala anak ayam mati lemas kerana kulit melekat pada telur tidak berlaku. Dek kerana tugasan mengawal suhu telah diambil alih oleh thermostart, maka tugasan menterbalik atau mengerakkan telur diambil alih oleh Auto turner. Pelbagai reka bentuk serta kaedah yang telah dicipta untuk meniru pergerakan ini. Ada yang berbentuk tray dan ada yang berbentuk conveyer belt.

Manual turner.

Cara ini sering digunakan bagi semua incubator buget rendah dan bagi sesetengah pihak ianya sangat membebankan terutama yang melibatkan ratusan telur. Bagi penguna incubator, tugasan menterbalikkan sebiji demi sebiji telur sangat membuang masa dan kadangkala menjemukan terutama suhu panas yang datangnya dari pintu incubator yg terbuka melesukan.

Sebenarnya kaedah pemusingan telur satu demi satu dapat dipercepatkan dengan menggunakan kaedah tapak tangan bersentuhan dengan telur dan mengerakkanya secara perlahan2 tanpa melagakan telur. Apa yang perlu anda buat hanyalah melakukan pergerakan memusingkan tapak tangan secara membulat seperti orang bermain mahjung atau meratakan roti canai. Telur ini biasanya berbentuk lonjong dan akan bergerak (terbalik2) apabila perbuatan ini dilakukan. Kebiasannya ia hanya mengambil masa 3-5 saat sahaja bagi sebuah incubator. Anda tidak perlu bimbang jika anda merasakan ada telur yang tidak diterbalik secara betul yang mana bahagian permukaan bawah telur dinaikkan.

Ini kerana perbuatan tadi sahaja sudah mencukupi untuk mengerakkan kuning telur atau embrio yang telah terbentuk. Kita perlu ingat, tujuan kita menggerakan telur adalah bagi mengelakkan kuning telur tenggelam didasarnya. kalau ada pergerakkan tadi,perkara ini tidak akan berlaku. Oleh itu sekiranya anda menggunakan incubator budget murah yang menggunakan manual turner, jgnlah mengeluh sekiranya anda terpaksa duduk berjam2 didepan incubator untuk menterbalikkan telur satu persatu. ini kerana ia hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk dilakukan dan keputusan yang diperolehi tetap sama seperti kita menterbalikkan satu persatu. Dari mananya datang kaedah menterbalikkan satu persatu secara upsite down atau atas kebawah (180 darjah) tak dapat teman cari. Dan rujukan dari bacaan teman pun takde yang mengatakan ianya perlu diterbalikkan secar detail perbiji begitu sekali. Kalau ada pun mungkin mereka juga menjadi pengikut cara ini.

Cuma anda perlu berhati2 semasa melakukan aktiviti ini kerana ada kemungkinan anda secara tidak sengaja meretakkan telur semasa mengerakknya terutama pada telur berkulit nipis. Namun sepanjang teman mempraktikannya, belum pernah kejadian telur retak dikesan lagi. Apa yg teman bimbangkan hanyalah kuman yang berada ditangan kita akan dipindahkan kepada telur sekiranya kita memegang telur tersebut. Sekiranya kita menggunakan auto turner, peratusan tangan kita bersentuhan dengan telur dapat dikurangkan dan mungkin hanya pada ketika kita mahu mengneropong kandungan telur. Anda perlu membasuh tangan anda dan mengeringkanya sebelum melakukan aktiviti ini atau menggunakan sarung tangan getah yang bersih.

So, teman harap tuan2 semua paham maksud dan kaedah yang digunakan dalam incubator ini. Perlu diingatkan kembali sesebuah telur yang berbenih memerlukan 3 elemen untuk menetas iaitu, suhu , kelembapan serta aktiviti yang sepatutnya seperti mengerakkan telur dan sebagainya. Oleh itu tak kiralah apa kaedah atau cara anda lakukan asalkan anda memenuhi ke3-3 elemen ini maka telur itu akan menetas dengan jayanya.
0
Share
Salam,

Saje teman nak recall pasal pengenalan apa itu ayam kampung. Kekadang akan timbul juga persoalan yang mana satu yang digelarkan ayam kampung ini. Kekadang kekeliruan ini merebak sehingga ada yang bertumbuk meja mempertahankan pendapat masing masing. Ada yang kata baka sekian2 itu adalah kampung ada juga yang mengatakan sebaliknya.

Ayam kampung ini sebenarnya kalau kita carik kat internet memang takde, malah jenis nya juga tak dapat ditentukan. Gelaran ayam kampung itu datangnya dari ayam yang diternak secara kecil2 dibelakang rumah dikawasan kampung. Beberapa jenis ayam yang sustu ketika dulu terkenal dibiakkan dan disilangkacukkan beberapa jenis ayam menjadikan ayam yang tiada nama khas. Gelaran ayam kampung ini adalah gelaran semata2 berikutan lokasi asal ianya diternak iaitu ayam kampung.

Terdapat banyak jenis ayam ini dari ayam hutan, ayam sabung, ayam serama dan lain2 lagi. Baka2 yang ada nama ini mempunyai ciri2 khas yang menunjulkan jenis bakanya seperti kalau ayam sabung(ayam siam) dengan kaki yang pajang, badan tegap, balung batu dan sebagainya. Kalau ayam serama pula dengan dengan saiznya yang kecil, berat serta rupanya memberi ciri tersebut. Kalau anda merujuk kepada feathers site pun gelaran ayam kampung ini tak dapat dicirikan dengan terperinci dan banyak pendapat yang sering bercanggah.

Sebenarnya ayam kampung terhasil dari cara penternakan datuk nenek kita dahulu yang memebela secara lepas serta bercampuadauk dengan ayam hutan. anak2 yang dilahirkan mula menjadi kecil, lincah boleh terbang dalam jarang yang pendek, ringan, dan matang dalam masa 6 bulan. Akibat pemakanan yang kurang berjaga serta kemandirian diri untuk mengelak serangan pemangsa, ayam menjadi kecil dan ringan.

Orang cina mengelar ayam kampung ini sebagai "malai kai" atau ayam kampung melayu . Kai itu bermaksud ayam dan malai tu adalah melayu. Malai kai ini telah menajdi gelaran sejak dari dahulu lagi berikutan orang melayulah dahulu kala gemar membelanya dibelakang rumah secara lepas bebas. So istilah ayam kampung tak digunakan dalam perkara ini. Oleh itu mungkin kita boleh mengelar ayam kampung yang biasa kita lihat di belakang rumah penduduk desa kepada satu nama baru iaitu "ayam melayu". Mungkin nama ini boleh membezakan kita kepada ayam laian seperi ayam serama, ayam hutan, ayam sabung dan lain. Bagi yang menanyakan adakah ayam sabung itu sendiri adalah ayam kampung, teman merasakan iaiya kurang tepat kerana ayam ini sudah ada nama sendiri iaitu ayam siam. Ayam yang jauh berbeza dengan ayam kampung yang biasanya kita jumpa dibelakang rumah.

So masalah yang kita hadapi sekarang adalah bagaimana nak menseragamkan kenis atau nak mengkhususkan ayam kampung ini yang sering orang cakap ayam kampung ori. Perkataan ori ini timbul dari panggilan orang ramai yang membandingkan ayam melayau atau ayam kampung yg biasa dengan ayam kampung yang dijual dipasar secara banyaknya. Ayam kampung yang dikomersialkan untuk penjualan daging, adalah dari kacukkan dari jenis rode island atau beberapa jenis ayam luar negara yang mempunyai berat badan yang besar dengan ayam hutan asli atau pejantan kampung yang sedia ada. hasilnya ayam ini akan mencapai berat jualan iaitu 1.5 kilo kebawah dalam masa 2 setengah bulan sahaja jika kita menternaknya. Tempoh masa yang pendek akan meningkatkan kadar pusingan setahun dalam reban kita dan menjimatkan kos operasi.

Oleh kerana kelambakkan ayam kacuk(kacuk yg dirancang) ini dipasaran, orang ramai dengan pantas mengelas ayam kampung sebagai ayam kampung asli atau ori bagi membezakan antara kedua2 ayam kampung ini. so terus terlekat nama ayam kampung ori kepada ayam kampung yg biasa kita lihat dibelakang rumah. Gelaran ori ini bukannya disebabkan keaslian ayam kapung itu tetapi lebih kepada memudahkan org ramai membezakannya. Dari segi susun aturnya, ayam kampung asli ini pun terjadi dari pengkacukkan yang tak terancang selama berpuluh tahun yang lampau dan keaslianya langsung tak dapat ditentukan.

Apabila penternak mula berminat untuk menternak ayam kampung asli atau malaikai ini kembali, pelbagai spekulasi timbul untuk membezakan kedua2 jenis ayam ini dan seperti biasalah jika ada permintaan tinggi atau sesuatu perkara itu mula disebut2 oleh ramai orang, maka pelbagai masalah dan idea yang baru. Namun apa yang teman ingin tekankan sekarang adalah bagaimana kita mahu menternak ayam kampung ini dalam skala sederhana supaya ianya mampu menjana pendapatan untuk kehidupan kita.

Penternakan ayam kampung asli malaikai ini pada mulanya kurang mendapat sambutan berikutan kadar pembesaranya yang lambat serta berat akhirnya yang kurang. Namun kita tidak sedar yang semua ayam baka asli mempunyai tempoh matang yang hampir sama iaitu antara 5-6 bulan. Ayam biasanya akan dijual pada usia ini kerana keenakkan seokor aaym itu berada dimaksimum apabila mencapai usia matang. Namun apabila orang ramai menyedari potensi dan permintaanya, ternakan ini mula menjadi pilihan dihati penternak. Masalah yang timbul adalah kurangnya rujukan untuk menternak ayam berikutan penternak yang sedia ada lebih selesa menternak ayam kacuk yang cepat membesar.

Oleh itu, usaha untuk mendapatkan cara terbaik menternak ayam ini perlu dicari supaya kejayaan menternak ayam ini skala sederhana dapat dilakukan.
0
Share
Salam,

Petang tadi teman dihubungi sahabat kita yg pernah membeli anak ayam teman pada penghujung bulan 9 yang lalu. Banyak juga yang dibelinya pada ketika itu, dan yang paling menggembirakan teman adalah anak2 ayam tersebut telah membesar dengan baik dan sudah mula menjadi induk sekarang. Jumlah telur yang dihasilkan juga agak membanggakan sehingga ada yang bertelur lebih dari 15 biji.

Teman kagum juga kerana sahabat kita nie yang dapat mengenalpasti jumlah telur yang dihasilkan serta ibu mana yang telah bertelur. Dengan konsep teman sekarang, jgnkan nak tahu ibu mana yang sedang bertelur tetapi nak tentukan seekor bertelur berapa biji pun teman tak tahu berikutan jumlah yang banyak dan dengan sistem pengutipan telur setiap hari. Namun teman harap dengan sistem baru yang sedang teman usahakan sekarang semuanya akan berubah dengan pengurusan dan catatan rekod yang lebih baik.

Sebenarnya, projek yang teman idam2kan dari dahulu iaitu untuk membina satu reban terurus dengan memastikan semua ayam dikawin silangkan dengan cara tersusun hampir menjadi realiti, namun sungguh tak disangka tuhan menunjukkan jalan lain dahulu sebelum teman melaksanakan projek tersebut. Maksud teman adalah tempahan Incubator yang melimpah ruah dan kekadang memberi sedikit tekanan kepada teman, Biasakah kalau kita menerima tempahan bertubi setiap hari dan biasanya pelanggan mengharapkan semuanya cepat, hehehe, teman mula tertekan. Projek teman macam masih bergerak dengan gear 1 sahaja dari mula2 teman mendapat pinjaman sebelum ini. Sekarang dah masuk 3 minggu dah permulaan projek teman dan teman boleh katakan ianya baru di fasa permulaan.

Teman nak usapkan jutaan terima kasih kepada pembeli incubator yg memberi kepercayaan kepada teman untuk menggunakan incubator yg teman cipta. Cuma apa yg teman nak ingatkan yang anda semua yang membeli incubator, pastikan anak yang anda tetaskan nanti mendapat perhatian yang sewajarnya dari anda. Ini kerana ungkapan biasa "takde masa" sangat biasa teman dengar dari pembeli incubator walaupun untuk mengolekan telur dalam masa 2 saat sahaja (dgn konsep roti canai) yang teman ajarkan 2 kali sehari. Banyak yang mengabaikan bahawa kepeentingan pergerakan telur ini dan beranggapan peratusan telur menetas kurang dipengaruhi dengannya. Dan ada juga yang kekadang gagal untuk menterbalikkanya sehingga 3-4 hari dengan alasan terlupa.

So kalau perbuatan "2 saat" tersebut pun anda rase kurang masa, teman bimbang kalau2 nanti anak ayam kita ynag sepatutnya mendapat layanan "sama" dengan induknya, tidak dapat hidup lama kerana anda mungkin terlupa beri makan atau terlupa nak menukar bekas air setiap hari. Bila teringat barulah kelang kabut untuk anda periksa sehingga anda baru perasan yang bekas air sudah berhari kering dan anak ayam dalam keadaan yang sangat lemah.

Kebersihan juga amat penting terutama untuk anak ayam bawah 2 hari. Tukar alas anak yaam tadi sekurangnya 1 kali sehari kerana anak ayam lebih cenderung termakan najisnya sendiri. Gejala anak ayam berek keras, berak kapur atau kena penyakit pernafasan akut(tercungat) biasanya datang dari bekas yg kotor kerana tidak ditukar lebih dari seminggu,

Akhir sekali teman mengucapkan terima kasih kepada pembeli incubator teman, agak kelang kabut teman 2 minggu nie, nasib baik MR junaidi sanggup membelikan teman thermostart berikutan stock teman 5o biji yg teman beli ari tu dah kering terus. Dan yang mengharukan teman, jangkaan teman stock incubator sebanyak 20 biji yang teman buat secara marathon 2 minggu lepas dapat bertahan sehingga tahun baru cina tak kesampaian, Dalam masa 1 minggu ini teman kena buat berganda2 dari jumlah tersebut.. Alhamdulilah, rezeki untuk teman dari Ilahi..
1
Share
Newer Posts Older Posts Home

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ▼  2024 (2)
    • ▼  Feb (2)
      • AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
      • BLOG CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM BERTUKAR TANGAN
  • ►  2012 (2)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2011 (17)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (4)
    • ►  Feb (2)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2010 (218)
    • ►  Dec (4)
    • ►  Nov (7)
    • ►  Oct (10)
    • ►  Sep (17)
    • ►  Aug (15)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Jun (20)
    • ►  May (23)
    • ►  Apr (22)
    • ►  Mar (24)
    • ►  Feb (31)
    • ►  Jan (37)
  • ►  2009 (175)
    • ►  Dec (25)
    • ►  Nov (38)
    • ►  Oct (37)
    • ►  Sep (36)
    • ►  Aug (4)
    • ►  Jul (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  May (4)
    • ►  Apr (5)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (11)

TOP 5!!

  • Bagaimana anda mahu memulakan penternakan Ayam?
    Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Perangkap Lalat kos Murah..
    Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...

Label

4 month in view (2) 6 (1) Anak ayam (13) angsa (1) Ayam jantan bertelur? (1) Ayam kampung (14) ayam mandi tanah (1) baka ayam (1) bebelan (1) brooder (2) cabang perniagaan (9) candling (1) catatan (1) costing ayam.. (2) dedak (1) fidlot (1) free range (1) Gambar tapak (1) hama (1) hujan (1) incubator (19) Itik serati (1) itik serati.. (1) jualan anak ayam (1) kacuk vs ori (1) keli (6) konsep reban (2) kursus ternakan (2) lapik telur (1) laporan ternakan (1) makanan (3) Memulakan penternakan? (1) omega 3 (1) Pasaran Ayam kampung (6) pelawat (1) Pembinaan reban (5) pemilihan baka ayam (2) pengumuman kelas (1) penyakit ayam (14) perancangan perniagaan (4) peringkat anak ayam. (1) Perkara asas dlm reban (1) Profit penternakan (1) rancangan perniagaan (2) reban (1) reban asuhan (2) rekaan reban (4) tangki air (1) telur ayam (2) ternakan ayam kampung (3) turkeys (2) Ubat-ubatan (1) Upgread reban (3) vaksin (1) variasi ternakan (3) Wad bersalin ayam (1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.

Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;

1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..



Labels Cloud

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Labels List Numbered

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Jumpa saya di FB

Shaiful Beduk

Create Your Badge

Facebook Page

SUNAN.my

Instagram

FOLLOW SUNAN

About Me

BLOG DALAM PROSES SET-UP

Popular Posts

  • sedikit nasihat penjagaan anak ayam
    Salam, melihat kepada isu semasa seorang penternak kita yang mempunyai masalah mengenai mengendalian anak ayamnya, beliau mengadu yang anak ...
  • INCUBATOR FORCE AIR FULLY AUTOMATIK
    PENJUALAN INCUBATOR TELAH DIHENTIKAN. HARAP MAKLUM * PIHAK CITYPULL TELAH MENUTUP REBAN AYAM KAMI . HARAP MAKLUM
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Gejala Anak ayam patuk Anak ayam sampai mati..
    Salam, kalau anda pernah menternak ayam dalam jumlah yang melebihi 200 ekor pasti anda pernah berjumpa dengan masalah ini. Masalah ini juga ...
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Manual penggunaan Incubator
    * untuk anda yang memerlukan atau tercicir nota manual penggunaan incubator.. Salam , Teman dah selamat tiba ditanah air pada petang hari se...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
  • AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
          Jika kita pergi makan di kedai makan yang menyajikan masakan ayam kampung, kita akan dapati ayam kampung yang disajikan itu lembut isi...
  • Salah anggap permakanan ayam kacuk ngan ayam asli
    Salam semua, Kali ini teman sengaja nak timbulkan balik persoalan permakanan ayam yang mungkin pernah teman nyatakan dalam tulisan sebelum...
  • Pemakanan ternakan mengikut umur.
    salam, Nak share sikit pasal ilmu pemakanan nie. Semalam masa kursus semua macam tak percaya yang kita boleh memasak makanan sendiri sehin...

HUBUNGI SUNAN

Name

Email *

Message *

Labels

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam
Since ; 2010 CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

Template By ThemeXpose