Pages

  • Laman utama
facebook youtube twitter google-plus instagram dribbble
CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

  • UTAMA
  • KENALI SUNAN
  • KISAH SUNAN
  • JOM BLOGGER!
  • Download
  • TOPIK LAIN
    • Minimal
    • Sub Menu with Subs
      • Feminist
      • Persona
      • Expose
    • Powergame
    • Fashion


Musim hujan dah tiba dari sebelum ramadan lagi. Bagi manusia ianya satu Rahmat dari Ilahi, cuaca jadi sejuk dan memudahkan kita berpuasa. namun bagi penternak ungas seperti saya musim hujan mengundah perasaan risau berpanjangan terutama bila langit hitam pekat.. kalau malam pulak kalau nampak awan putih berkepul2 menutupi pemandangan bintang hehehe.. tido malam pun terjaga2 dan kerap melihat luar takut2 hujan dah turun..
setiap kali hujan lebat, selalu pi cek reban takut2 air naik.. walaupun reban kita dah siap longkang dan perparitan tapi hujan yg lebat turun dengan kadar yang lama boleh menyebabkan banjir kilat. Sekiranya kita menggunakan konsep reban atas mungkin masalah ni tak jadi masalah. air tak kena pada ayam dan ayam masih kering sampai pagi tapi macammana pula yg kebanyakan akit nie bela ayam atas tanah?
Dalam reban ada dekat 200 ekor anak ayam baru usia 2-3 bulan yg baru belajar turun tanah atau dengan ertikata lain baru dapat reban besar sendiri, kalau selama ini dorang duk reban yg selesa skang dah sampai masa dorang belajar jadi ayam kampung sebenar, kena belajar mengelakkan hujan, cara dorang nak atasi cuaca sejuk, cari port nak berteduh, cari batu kecil untuk dipatuk,bersosial, mencari hariki ayam dan banyak lagi, tapi kalau tak dapat skill macam nie byk yang akan mati bila besar kelak.
anak ayam nie kalau masa dalam jagaan kita dari usia 1 hari hingga satu bulan sukar nak mati kerana semuanya masih ditatih, dari pengalaman aku, dari 100 ekor dalam jagaan nie.. hanya 2 ekor kematian dicatatkan sehingga berusia 2 bulan, tapi bila start kita lepaskan dalam reban atas tanah, akan ada yg mati dalam tempoh perpindahan.. walaupun kita dah bagi minum air anti stress..
Gambar diatas adalah masalah yg paling biasa dihadapi oleh penternak turkeys kalau musim hujan, cara tebaik ternak turkeys ni kena pastikan reban tertutup sepenuhnya dari hujan dan dilepaskan turkeys bila cuaca baik.. kalau skali je kena hujan sampai pagi.. domino effect dia sampai berminggu2, puas lah kita nak menanam bangkai, tapi kalau kita nak buat reban tertutup sepenuhnya agak sukar juga memandangkan kerana kos yg terlibat boleh menipiskan poket sekelip mata..
0
Share


dalam reban asuhan ini terdapat 87 ekor anak ayam berusia 1 bulan 20 hari yang baru 2 hari dilepaskan ketanah.. kalau yang pernah ternak ayam ni, saat ini leh dikatakan yang paling mencemaskan. Kerana aktiviti perpindahan tahap ni adalah tahap paling kritikal. Sbb zon dari menetas sehingga umur 2 bulan biasanya dah dapat diatasi sbb terkawal segalanya..
satu fakta yang sukar nak kita nafikan adalah anak2 ayam dari incubator mempunyai tahap berdikari yang rendah berbanding anak ayam yg dididik oleh ibu ayam sendiri.. kalau tak percaya cuba lah. ada yg menafikan tapi dari pengalaman aku dalam 9 bulan nie dan dah handle lebih 700 ekor anak ayam kat reban semunya menjurus kepada keputusan yang sama.. so apa yang perlu kita lakukan adalah untuk menjadi ibu angkat kepada anak2 ayam ni.. kika yang perlu menjaga makan minum, ngajar dorang tido bertenggek, ajar dorang berteduh bila hujan dan sebagainya.. perangai yg paling susah nak ubah adalah cara dorang tidor.. sukar nak pastikan dorang tidor ditempat tinggi kerana mereka kebanyakkan suka tido dipenjuru reban berhimpit2 untuk mendapatkan kepanasan seperti yg mereka lakukan didalm brooder.. kadangkala tabiat ini akan membunuh ayam ini kerana pertindihan yang terlalu tinggi atau berat. Namun kalau kita bantu dengan lampu untuk kepanasan pada waktu malam, anak ayam ni ini tak akan belajar menjadi ayam kampung biasa, lama kelamaan ianya menjadi baka ayam kampung pedaging yang banyak lemak, rendah imuniti dan mudah mati..
so apa yang perlu diubah dalam reban asuhan adalah :

1. pastikan reban ayam untuk reban asuhan tertutup sepenuhnya dengan bumbung atau tinggalkan 20% untuk pencahayaan..kemudian disambing dengan kawasan berpagar tetapi tidak berbumbung bagi anak ayam ni bermain apabila cuaca mengizinkan.,

2. tanah dalam reban sepatutnya sentiasa tinggi, untuk mengelakkan becak atau ditengelami dengan air kalau banjir kilat.. so kena tambak sikit dengan tanah, percaya lah walau pun ayam teredam sekejap je dengan air dan pada malam tu udara pula sangat sejuk, besoknya adalah 2-3 yg tak bangun tidor.. tidur sampai kita kena terus tanam..

3. reban kena kalis pemangsa atau ayam dewasa. ayam matang nie selalu jeles kalau tgk reban asuhan nie pasal makanan diberi tanpa had atau kerap.. geram je dia tgk jagung yg bertaburan.. kalau ada lubang , mesti penuh reban asuhan kita ngan jalak n ibu ayam..
reban pula kena ada tempat bertenggek. pastikanya rendah dan bertangga.. ayam nie masih gayat n tak pandai nak panjat tempat tinggi..

4. bekas makanan kena tinggi sikit untuk ajar anak ayam

5. ada kawasan berpasir untuk anak ayam ni belajar mandi tanah

6. mula memberi tumbuhanberdaun hijau untuk tambah nutrisi bg menambah daya imuniti ayam
0
Share





salam..
penternakan kami sebenarnya bermula secara tidak segaja.. kebetulan belakang rumah yang disewa dari sepupu nie ada tamah dalam berkeluasan 1/2 ekar..tanah nie terbiar dari sejak rumah siap dibina iaitu 5 tahun lepas. Dari tgk terbiar jadi semak n jadi hutan kami pun mula menebas sedikt2 untuk dibuat reban kecil sekadar untuk merasai kehidupan 'kampung'. so mula bina reban kecil yg berkeluasan 12x12 kaki. saja masa tu buat reban cantik sikit pasal kayu lebih buat reban tu masih banyak.. disamping dapat carik kayu second hand kat pembinaan depan kawasan perumahan.. dari mula membela 7 ekor ayam kampung yg dirembat di kampung, kami mula menternak.. setelah sebulan menternak dari bulan 12 tahun lepas, anak ayam mula menetas sehingga 12 ekor.. so hati mula rase gembira berikutan ini adalah ternakan pertama membuahkan hasil sbb kolam belum masuk ikan lagi.. dah sifat manusia.. rase nak tambah ternakan supaya nampak meriah reban masa tu.. pegilah mencarik baka ayam kat pasar..namum pulang dgn rase hampa.. takde satu pasar pun yg jual ayam kampung asli(ori) nie..
Dalam ussa mencari baka ayam nie kami terpikir kenapa begitu sukar nak dapatkan ayam nie sedangkan kita berpendapat ayam kampung nie banyak dibela org dibelakang umah.. ada yang samapai berpuluh2 ekor banyaknya.. tapi bila dicarik dipasar semuanya adalah jenis kacuk dan dibela dengan cari ayam pedaging ataupun cara memberi dedak semata2.. pada mulanya mata sering tertipu dan akal hampir tak percaya bila melihat semua ayam kampung yg berada dipasar.. saling tak tumpah, sama ngan ayam kampung.. warna, dirinya, rupa dan sebagainya..bila ditanya"tokey, ayam kampung ori ada?" dgn selamba dia cakap 'ayam kampung takde .. manyak susah mau carik ooo.. kalau u jumpa leh kasi jual sama gua.."
aku tanya balik ni ayam bukan ayam kampung ka? dia jawab.. ayaa.. ini kacuk punya.. itu ori punya manyak mahad ooo, ada jual itu cina tua pagi minggu punya ada mali juat.. kalu lu mali mau bili pagi2 kena mali.. sekijam abis ooo..., dari kesusahan tu lah aku pun terpikir napa susah sangat nak bela ayam nie.. takde ke org buat besar2 market ini.. takde untung ke?napalak pemintaan ada tapi org taknak bela? kenapa ayam kacuk byk dipasar tapi yg ori takde?

Bermula dari situ lah aku pun start memulakan langkah menternak ayam kampung ori nie...
pasal ternakan pulak.. selepas bersusah payah mencari baka akhirnya dapat lah jugak dikumpulkan sebanyak 80 ekor ibu dan 12 ekor ayam jantan.. banyak jugak telor yg dihasilkan dalam tempoh masa 2 bulan pertama.. tapi hanya sikit sahaja yg menetas kerana pengendalian yg salah serta tak tau cara nak pakai incubator.. sbb lain pula mungkin pasal jantan yg duk ada semua takda taji lagi.. so benih macam takde je.. pastu tambah lagi dalam 40 ekor anak ayam dalam pelbagai peringkat serta bapak ayam otai dalam 3 ekor.. mula lah bertambah hasil.. telur, namun pengendalian yg teruk anak ayam nie.. tak banyak yg hidup.. penting oo belajar cara nak kendalikan anak ayam nie.. pastu terkena serangan penyakit sesema.. hampir 40 ekor ayam mati pelbagai umur n janttina.. padahal penyakit sesema nie tak merbahaya pun kalau tau ubat masalah2 tu..
abis musim penyakit.. pi beli dalam 30 ekor betina lagi pada bulan 3.. tapi banyak pulak mati pasal biawak, anjing, ular dan serangan angsa mengamuk.. pastu tak tambah dah.. dah masuk bulan 5 dapat cara nak gunakan incubator yg sebetul2nya.. baru tau incubator yg dibakar dulu sbb marah ada masalah pada setting dia.. set suhu sampai 50C memang lah akan menjadit elur dadar.. dah power pasal incubator anak2 ayam umur 2-3 bulan yg duk beli aritu dah mula membesar.. dah mula bertelur.. telur makin banyak.. incubator pulak dah tak muat.. pastu tergerak nak buat incubator sendiri dengan meniru incubator yg dibakar tu.. so macam2 design lah kuar.. dari stail koboi hingga yg duk ada sekarang yg sesuai dijual.. yelah nak jual ngan org takkan nak buat koboi lak kan.. tapi bila kita buat duit sampingan dengan incubator nie macam dugaan kuar.. termasuk yg cerewet giler macam nak beli barang kemas n ada yg mintak discount giler2 macam incubator nie barang lelong kat bundle.. some time tak semua peniaga nie mencekik darah.. ada juga yg berpatutan, jgnlah sampai kita menutup pintu rezeki yg duk penat2 membuat n menjual benda nie.. takut kang kalau susah sangat n harga pun asik nak 'harga kengkawan' mau tokey incubator tutup kedai.. yg duk memperkondem org pun ada juga.. cam susah hati je tgk org lain berjaya buat incubator n jual..Insyallah rezeki Allah dibumi ni banyak.. lagi banyak kita memberi lagi banyak yg akan kita dapat.. kalau dapat disingkirkan pangkat PHD dalam diri kita INsyallah kita akan berjaya.. rasenya kalau incubator berkapasiti 120 biji, yg aku punya paling murah kot.. tapi mungkin ada yg lagi murah tapi aku tak perasan.. apa2 pun pilihan ditangan masing2..
sambung bab ayam.. pas dah bulan 9 sekarang.. ayam yg dah matang n capai berat jualan ada dalam 300 ekor, anak ayam bawah 2 bulan ada dalam 400 ekor.. nampak perningkatan ternakan ayam nie dalam masa 4 bulan(sbb bulan 5 baru tau cara guna incubator & penjagaan anak ayam)..dari bulan satu hingga bulan 5 yg digandakan hanya dalam 80 ekor sahaja..
kalaulah dari bulan 1 semua masalah ni dah diketahui cara penyelesaianya.. mungkin gandaan ayam dah meningkat.. kalau ayam dari bulan 1 hingga 3 berjaya hidup.. mesti sekarang semuanya dah besar2 n jadi ibu balik..
Apa2 pun kita tunggu sampai bulan 12 balik.. tgk perkembanganya dan buat kesimpulan tahunan..
0
Share



nie ha.. si lidah bercabang nie.. dah banyak dah di hapuskan spesis nie.. bukan sebab kejam tapi dah banyak sangat dah.. dah macam kucing je kat sini.. kat mana2 leh jumpa.. bayangkanlah.. biawak nie selamba je leh lepak kat tepi skolah sbb dah banyak sangat..ikutkan dari bulan satu hingga bulan 9 dah dekat 14 ekor terkorban.. kalau dia masuk reban habis telur n anak ayam di telannya.. heran jugak pasal dah banyak dikorbankan tapi bilangan yg melawat reban tak pernah kurang..
dalam gambar nie adalah biawak yg paling aku aim.. dia nie paling licik n paling kuat lari.. nampak je kelibat aku dia akan lari lintang pukang.. yg terernya biawak nie leh panjat reban yg ditutup ngan zink 2 tingkat... aku paling kenal dia pasal ekor dia kontot.. terputus agaknya masa kecik2 dulu.. sekali dia masuk dalam reban masa aku ada.. aku nampak je dia aku pun meyorok balik tong.. eh muat ke aku nak nyorok belakang tong hehehe.. aku buat2 dia pastu bila dia lela aku pun hambat.. last2 tumpas juga dgn tajak yg aku jadikan senjata selama nie..
0
Share


nie dia termometer yg aku pakai.. dulu duk pakai yg digital bertali tu.. selalu memasukkan hunjung sensor dia dalam incbator maca duk memancing tu.. tapi bila lama2 rase bosan lak.. pi jalan pasar terjumpa termometer nie.. sangat tepat dengan perbezaan bacaan pada air beras o.o6 darjah C..cukup boleh dipercayai.. harga dalam 25-27 ringgit.. tapi masa tu aku beli banyak dalam 10 bijik..dapat lah harga 23 ringgit.. just on kan benda nie macam pen pastu taruk atas telur .. boleh juga kita buat lubang pada paras yg sama ngan telur papa tepi incubator.. pastu amik bacaan dari luar pasal senser dia pada hujung jarum tu.. dah pakai nie terus jatuh cinta..
yg sebelah tu termometer manual yg pakai jarum.. bacaan dia leh tahan juga.. tapi benda nie ada siap ngan hyrometer.. nak cek kelembapan dlm incubator.. kelambapan yg sesuai adalah dalam 50-60 peratus.. pada suhu bilik biasanya kita akn dapat kelembapan 70%.. tp dalam incubator cukuplah dengan 60%.. kalau masa hari 3 terakhir tu kita kalau boleh meningkatkan kepada 70-80% untuk memudahkan ayam nie menetas.. nak elakkan ayam nie jadi kering cepat sangat bulu dia sampai hilang lendir untuk membolehkan anak ayam nie bergerak memecahkan cengkerangya.. walaupun manual.. ianya masih boleh dipercayai dan boleh diharap sebab saiznya besar n mudah dibaca.. (kita org biasa pakai biasa je lah)
0
Share


nie hah gambar aku ngah buat incubator yang ditempah.. nak buat kat dalam bilik or dalam reban hari dah malam.. ruang yg ada pun depan rumah je.. dekat 11 order dalam masa seminggu nie.. Alhamdulilah.. leh beli induk ayam sikit lagi.. pastu leh belanja org umah pi shopping.. mungkin org dah dapat bonus kot..
bila dah ada order besar serentak nie mulalah bekerja dari pagi sampai ke pagi balik hehehe.. kita ada reban yg nak dijaga.. pastu ada org umah yg nak kena amik n hantar, pastu barulah ada masa nak buat benda nie.. nampak macam senang je nak buat tapi percayalah kalau org macam aku nie yg takde kemahiran bertukang nie.. nak dapat kan rebtak pertama tu memang susah.. so kepada yg dah beli incubator aku tu aku mintak maaf kalau kotak yg duk ada tu tak macam yg jual kat kedai.. kalau dulu semuanya manua dari membuat lubang sampai ke potong kayu.. tapi Alhamdulilah.. dan ada 2-3 mesin yg meyingkatkan masa dan mengurangkan peluh. kalau dulu dari proses potong ,cat sehingga ke testing amik masa sehari suntuk.. tapi sekarang dalam masa 7 jam leh siap.. kalau korang tak percaya try buat.. nak buat kotak satu hal, nak cat satu hal, pastu nak buat wayering.. dah siap nak testpulak.. test paling baik dalam masa 24 jam..
Tapi niat aku sebenarnya bukan nak menjadi pengeluar incubator nie.. kalau ke sini niat aku tentu aku dah tempah kotak nie dah buat secantik mungkin.. sbb tu aku tak letak harga sama taraf ngan otai2 incubator kat luar.. dorang tu dah tahap power gaban dah,, siap leh pusing sendiri lagik.. aku masih ngan manual n paling basic.. sebab aku buat adalah untuk kegunaan sendiri sebenarnya.. tapi tuhan dah tunjuk tambahan sumber rezeki aku dengan menjual benda nie.. aku teruskan lah.. harap2 takde yg terasa hati..
kotak yg dihasilkan pula mesti menebat haba dengan baik.. ruang bukaan pengudaraan tak leh luas.. jarak telur ngan mentol perlu sesuai... tray mesti berlubang untuk benarkan air teruap mengelilingi incubator, kedudukan senser termostart mesti sama level ngan telur dan banyak lagi.. dah dapat semua formula nie aku pun buat laa.. tapi bagi yg tak mampu nak beli takpe.. aku sanggup ajarkan.. call aku n datang rumah masa aku ada rumah .. pastu bawak segala barang keperlua seperti yg aku postkan sebelum nie.. aku ajar cara nak buat.. dari mula sampai ke sudah.. free je.. anda dapat jimatkan belanja.. tapi aku nak ingatkan aku takkan pegang hammer or paku heheh.. korang tukang sendiri.. kalau senget, sengetlah incubator.. tapi yg penting korang belajar cara betul nak buatnya.. hati pun puas sbb hasil tangan sendiri.. pas dah siap aku nak tanya pulak.. "agak2 pas segala usaha yg hang buat nie.. hang rase mahal ke aku jual RM 2 ratus lebih " hehehehe...
0
Share


salam,
Kita selalau diingatkan dan diajar tata susila penggunaan incubator, antaranya kedudukan telur, pemusingan telur, penandaan,pengendalian dan sebagainya.. namun apakah apa yang dikatakan semua itu betul? adakah mereka yang menagajar kita pernah melalaui pengalaman sekiranya perkara yang dinasihatkan tidak dilakukan dan apakah yang akan terjadi.. oleh itu demi mendalami ilmu dan mempelajari penternakan ini sedalam2 dalamnya saya mengambil iniseatif untuk menjalankan ujikaji tentang what happen if? sekiranya saya dengan sengaja melanggar pantang larang ini.
Sebanyak 20 biji telur dalam satu produksi telur dikorbankan untuk menjayakan uji kaji ini. ujian yang dilakukan adalah seperti dibwah:
-ujian pengalihan telur
-ujian kedudukan telur
-ujian gegaran
-ujian air
5 biji telur digunakan untuk setiap ujian dan 5 biji telur tambahan lagi untuk dijadikan subjek kawalan. Setiap biji dipilih dan dimulakan ujian selepas proses candloing hari ke 4 untuk memastikan kesemua telur mempunyai benih dan spider web telah kelihatan. tujuanya untuk memastikan semua subjek telur sah untuk ujian ini.
ujian dilakukan pada 12/8/09 dan keputusan dan kesimpulan adalah seperti dibawah:

1- untuk ujian pengalihan telur saya, saya membuat satu bekas yang mana kesemua telur ini diletakakan didalam incubator dan tidak akan diterbalikan dari mula tarikh masuk telur. Dan hasilnya hanya sebijik yang menetas tanpa dibantu, sebiji lagi menetas dengan dibantu kerana kulit melekat dibulu dan 3 biji yang lain mati selepas menebuk ruang udara buat kali pertama.
2-ujian kedudukan telur saya menterbalikan telur itu dengan bahagian tunpul berada dibawah dengan maksud ruang udara dalam telur berada dibawah. hasilnya 3 biji menetas tetapi bila di di candling pada hari ke 16 kedudukan poket udara berada dibahagian tepi telur dengan kedudukan songsang. namum anak ayam ini menetas dalam kedudukan yang luar biasa iaitu dibahagian muncung tajam telur(biasanya dibahagian tepi bhgn tumpul)-hasil kajian ini adalah seperti diatas.
3- ujian gegaran. setiap 3 hari saya akan menggoncang telur seperti untuk kita menguji kandungan air dalam telur bila telur tak menetas(takut tembelang)2 dari 5 biji pecah poket ruang udaranya dan tembelang, manakala 1 biji sahaja berjaya pada hari penetasan.
4-ujian air-kain basah digunakan untuk mengelapkan telur untuk semulasi proses pembersihan telur kalau kotor untuk menjawab persoalan apakah saya boleh membasuh telur saya. Hasilnya kesemua 5 biji telur ini tak menjadi dan bau busuk sudah dapat dikesan (tembelang) pada hari ke 14 lagi.. nie yang bahaya.. tgh tunggu turn menetas tetiba meletup..

so.. apa yang boleh disimpulkan disini.. tatacara penggunaan incubator yang diajar selama ini mempunyai sbb langsung dan tidak boleh dipertikaikan lagi, oleh itu sebarang kegagalan untuk memenuhinya akan menyebabkan kegagalan penetasan telur kita. Kajian seterusnya yang akan dirancang adalah:
-ujian candling dengan lampu panas
-ujian jangkitan kuman
-ujian kesan jenis dakwat yg digunakan untuk menulis tarikh
-ujian perbezaan kelembapan
-ijian perbezaan suhu
0
Share



nie gambar anak2 ayam yang baru menetas dari incubator.. comel2 semuanya.. jumlah 2 bekar adalah 72 ekor.. setakat ini belum ada yang mati.. telur yang tak menetas ada 15 biji.. setiap kali aku abis satu pisingan aku akan pecah n tgk kenapa telur tak jadi tu.. tgk apa jadi dalam telur tu sbb aku menggunkan sepenuhnya prinsip candling pada hari ke 4,10,16.. so saringan ini membantu mengurangkan kesesakan yg disebabkan telur yang tidak bersenyawa..

dari pemerhatian aku..10% mati apabila mula menebuk.. ada kemungkinan sistem dalam badan anak ayam ini tak kuat.. mungkin peparunya tak berjaya mengepam udara semasa mula2 bernafas.. maka mati ketika pecahan pertama dibuat.. 20%pula mati bila dah memecahkan suku dari telur.. mungkin anak ayam nie tak cukup sihat dan tenaga untuk memusingkan badan dia dan mematuk keliling kulit telur.. ataupun sejak mula dia menebuk lubang udara panas telah mengeringkan dengan cepat bulu hingga melekat(kering) pada kulit telur, melekat pada kulit. kalau stage ini kita sedar mungkin bantuan mengkopek kulit boleh diberikan.. api kebiasannya akan endup kaki terkangkang.. manakala 70% mati dalam kulit telur dan tidak pernah berjaya menebuk lubang.. dan telur ini yang gagal biasanya adalah lebih ringan dari telur berjaya menetas.. ringan bukan sebab saiz tapi ringan macam embrio telah hilang didalam tu..so biasanya kalau aku tgk dah sampai duedate dia n masih belu menetas aku akan angkat satu2 n cek berat dia. kalau dah biasa buat mesti dapat rase perbezaanya.. pastu goncang sedikit n tgk kalau ada air dalm tu.. kalau ada gerakan cecair kompom akan out..

so anak ayam dah dikumpulkan dan dipindahkan kedala brooder.. mungkin pas nie aku nak tukar konsep pulak.. sekarang duk buat sistem dari brooder hingga ke usia 1 bulan duk dalam bilik khas yg terlindung daripada terik,cuaca sejuk,dan hujan.. tapi bila dah banyak rasenya tak lalu nak membersihkan bahan buangan dorang.. anak ayam nie kalau umur 1 bulan bukanya besar mana pun.. kecik lagi dari sepenumbuk.. kekadang tu saiz besar sikit je dari anat baru lahir tapi dah berbulu lebat. apa yg aku akan buat adalah membuat brodeer diluar rumah dan memastikan lampu dipasang pada wawktu malam.. reban mestilah kalai cuaca dan senang diuruskan..

keputusan kajian aku dgn meletakkan anak ayam didalam bilik sehingga usia sebulan berjaya membesarkan anak ayam dengan kematian hampir kosong, namun kesilapan dilakukan ketika memindah anak ayam ke dalam reban asuhan baru2 ini.. jumlah yang dimasukkan terlalau byk untuk satu reban yang berkeluasan 3 kaki x6 kaki.. sejumlah 120 ekor dimasukkan dan yg paling silapnya adalah anak ayam yg dimasukkan adalah dari 2 brooder yang berbeza. maka berlakulah apa yg digelar kanibalisma.. mematuk pihak lain sampai nampak tulang.. bila dah berdarah yg lain pun tumpang patuk makan skali.. yg mati habis semua perut terburai dan lompong sebab kena makan.. padahal semua sama saiz usia.. makanan cukup n sampai nak meletup temolok.. bila nak asingkan balik tak dapat nak tentukan kumpulan mereka.. apa yg dapat dilakukan adalah memindahkan anak ayam yg teruk kena buli.. yg mana selamat luka mereka cepat baik.. menakjubkan..
0
Share



awal ramadan lagi musim hujan dah tiba. hujan turun pada waktu pagi seawal kul 4 pagi hingga ke tengah hari..sebelum ini hujan tak memudaratkan langsung reban pasal runag berbumbung cukup untuk menampung anak ayam nie.. anak ayam yg duk ada pun telah didik sepenuhnya oleh si ibu.. so pandai dorang nak meyorok dari hujan.. sejak 3-4 bulan ini anak ayam dari incubator semakin membesar.. dah turun tanah dah pun tapi masih diasaingkan.. maka satu demi satu gugur.. antara sebab adalah tido dalam hujan.. atau tak tahan dengan cuaca sejuk. hari2 duk kutip bangkai anak ayam.. nak buat perubahan bahan lah tak cukup kat reban.. kayu yg tinggak pun panjang2 lengan je.. so setiapkali hujan kenalah pi jenguk n baby sitter kan anak ayam nie, pindahkan.. buat bumbung tambahan, kutip mana yg duk layu tu n masukkan dalam rumah.. but..
pada 1/9 hujan turun selebatnya dari kul 9 pagi hingga kul 2 petang, tgh duk tunggu hujun reda aku tertido.. sedar2 reban dah naik tahap buku lali air banjir.. sbb utama longkang dah penuh.. anak ayam byk yg mati kesejukan n mati terendam dalam air.. si tirkey lagilah malas rasenya nak cerita.. sambil mengutip bangkai tu dalam hati tak putus2 berdoa agak kematian dapat dikurangkan.. macam2 usaha dilakukan namun bila dah samapi masanya..rumah penduduk sini pun ada 3-4 bijik air masuk umah.. tumpang simpati jugak..
tapi bila dengar ramai rakan penternak mengalami masalah yg sama hati mula dilanda kerisauan.. munkinkah wabak dah melanda? kita tunggu dan lihat..
0
Share


Salam,
kalau korang carik village chicken(ayam kampung) memang tak jumpa kat negara org putih pasal dorg tak panggil ayam kampung.. byk gelaran lain yg dorang guna untuk merujuk kepada ayam kampung yg biasa kita panggil.. kebanyakkan digelarkan dengan cara ternakan ini dibila.. seperti kat negara kita juga, kat sana ada ayam pedaging yg selalu kita makan, ayam kampung yg dibela belakang umah dan ayam hutan atau ayam liar.. gelaran yg biasa kita dengar mat salleh guna seperti free range chicken(ayam ternakan bebas), grass feeding( ayam makan rumput) dan organik chiken.(ayam yg dibela secara organik).. kalau2 ayat aku tak betul or eja tak betul mintak maaf lah yek.. tulisan adalah dari pembacaan aku n lawatan ke blog dorang, aku english nie out jugak.. tu kekadang paham kekadang tak paham hehehe..
so yg aku paham2 sikit pasal benda nie seperti dibawah:
free range
ternakan ayam kampung dorang yang dibela disatu kawasan ditetapkan namun ada juga yg memagar dengan satu keluasan yg telah ditetapkan.. konsep reban dia adalah ayam nie mempunyai pintu masuk n keluar dibahagaian bawah reban.. ayam bebas keluar or masuk tanpa perlu dikawal.. ayam boleh memilih untuk duduk didalam sekiranya cuaca luar tidak sesuai.. ayam nie akan makan apa sahaja yg boleh dicari disekitaran tanah. ayam jenis nie sangat mahal kat sana dan telur dia menjadi rebutan org ramai.. makanan tambahan tetap diberi dan bekalan air bersih diberi setiap hari.. keluasan kawawsan ternakan biasanya sederhana dan byk yg menjalankanya dibelakang rumah atau dikawasan kebun..
grass fedding
nie yg konsep org kata ayam makan rumput.. tapi sebenarnya bukan ayam tu makan rumput semata2.. ada spec yg tertentu untuk mendapatkan lebel ternakan sebagai grass feeding nie.. kalau gagal mengikut piawaian memang susah nak dapat title tu.. antara yg aku dapat tau syarat dia.. jumlah ayam mengikut keluasan ditetapkan, struktur perumah dan sebaginya..
biasanya keluasan tanah untuk ternakan ini sangat besar kerana kita perlu berpindah ke tapak lain dengan memindahkan semua ayam ke tempat baru.. sbb tu reban ayam konsep ini mempunyai roda dan boleh ditarik dengan traktor.. lazim kalau kita kurung ayam nie dalam satu kawasan, ayam mampu mengondolkan kawasan tu dalam masa 2-3 bulan.. jadi padang jarak padang terkukur.. kat blog waa ramli ada gambar lawatan beliau kat negara org putih yg bela ayam dgn cara nie.. kat melaysia hanya satu ladang je yg berjaya mendapat pengiktirafan grass fedding + organik chicken.. Ladang tersebut adalah DQ farm yg terletak dibentung.. namun peluang melawat reban ni merupakan satu yg jarang didapati kerana pemilik mengawal sepenuhnya reban dari serangan penyakit termasuk meghadkan pelawat.. bayangkan kalau nak masuk reban pun kena cuci kereta n tayar sebelum boleh masuk.. sampai dipintu gerbang kawasan reban anda kena tukar kasut yg dipakai.. dan diberi amaran supaya tidak sesekali pergi kereban sesapa sebelum keladang tersebut.. dibawah adalah gambar ladang tersebut hasil lawatan jemputan bersama linda(aka guppy lopeh pultry) ..

organik chicken
ha nie yg susah .. nak capai tahap nie memang susah.. lagipun kesedaran rakyat malaysia nak carik daging n telur organik masih rendah.. hanya DQ farm je yg ditauliahkan sebagai pengeluar tunggal ayam organik dimalaysia.. kalau yg lain tu tak tau lah pasal takde sijil lagi.. sejauh mana organiknya takdapat saya katakan..
ayam organik nie perlu bebas dari sebarang ubat2,dadah, hormon, vaksin dan sebagainya.. makanannya pula perlu bebas dari element ini juga.. anak2 ayam nie pada awalan usia, diberi makanan khas tempahan dari kilang pembuat dedak sbb dedak yg duk kita gunakan sekarang telah dicampur dengan pelbagai ubat untuk menggemukkan dan meyihatkan ayam.. so dengan memasak sendiri dan dicampur dengan dedak khas barulah lebel organik dpat dicapai.. selepas sebulan anak ayam dipindahkan ke kawasan padang rumput sehingga sedia untuk dijual,, ternakan mengambil masa 4-5 bulan sebelum dijual.. segala bahagian ayam yg dipasarkan sekiranya dari jenis ini mencecah 3 kali ganda dari harga sebenar.. bayangkanlah 10 bijik harga dia dekat 7 US dollar kat sana.. fuh.. kali duit kita tgk..
so dimana kah letaknya katogori ayam kampung kita nie? kalau nak kata free range, kita duk kurung ayam nie dalam reban.. kalau yg stail kampung betul tu ok lah kot lepas memanjang je.. suka hati tido atas pokok, nak kata grass feeding, spec yg kita guna tak sampai langsung, jaug=h sangat standart nya.. nak kata organic lagilah.. dedak yg kita duk bagi tu penuh dgn ubat2tan.. kat ladang organik tu.. jagung yg diberipun adalah jagung ditanam khas oelh org asli atas bukit yg tak tercemar, takd ebagi baja apa2pun, takde kena racun dan takde perangsang pokok.. kalau kurus pokok tu kurus laa.. janji organoc.. asli.. mungkin ayam kampung kita layar digelar "back yard chicken.. sama sama kita fikirkan..
0
Share
Newer Posts Older Posts Home

CARIAN DI SUNAN

Blog SUNAN.my dalam proses kemaskini. Mungkin ada menu-menu yang tidak berfungsi dengan sempurna. Blog SUNAN.my adalah sekadar perkongsian cerita penulis.

Follow SUNAN!!

  • facebook
  • youtube

SUBSCRIBE CHANNEL SUNAN

Arkib Blog

  • ▼  2024 (2)
    • ▼  Feb (2)
      • AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
      • BLOG CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM BERTUKAR TANGAN
  • ►  2012 (2)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (1)
  • ►  2011 (17)
    • ►  Nov (1)
    • ►  Oct (2)
    • ►  Aug (1)
    • ►  Jul (2)
    • ►  May (1)
    • ►  Apr (1)
    • ►  Mar (4)
    • ►  Feb (2)
    • ►  Jan (3)
  • ►  2010 (218)
    • ►  Dec (4)
    • ►  Nov (7)
    • ►  Oct (10)
    • ►  Sep (17)
    • ►  Aug (15)
    • ►  Jul (8)
    • ►  Jun (20)
    • ►  May (23)
    • ►  Apr (22)
    • ►  Mar (24)
    • ►  Feb (31)
    • ►  Jan (37)
  • ►  2009 (175)
    • ►  Dec (25)
    • ►  Nov (38)
    • ►  Oct (37)
    • ►  Sep (36)
    • ►  Aug (4)
    • ►  Jul (5)
    • ►  Jun (9)
    • ►  May (4)
    • ►  Apr (5)
    • ►  Feb (1)
    • ►  Jan (11)

TOP 5!!

  • Bagaimana anda mahu memulakan penternakan Ayam?
    Ternakan ayam kampung, Ramai kawan kawan baru yang ingin memulakan penternakan ini bertanya bagaimana saya boleh memulakan penternakan ayam ...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Perangkap Lalat kos Murah..
    Salam, Semua orang tahu yang kalau reban kita diserang lalat, banyak masalah akan melanda. Kita sendiri pun rimas kena hurung inikan pula ...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...

Label

4 month in view (2) 6 (1) Anak ayam (13) angsa (1) Ayam jantan bertelur? (1) Ayam kampung (14) ayam mandi tanah (1) baka ayam (1) bebelan (1) brooder (2) cabang perniagaan (9) candling (1) catatan (1) costing ayam.. (2) dedak (1) fidlot (1) free range (1) Gambar tapak (1) hama (1) hujan (1) incubator (19) Itik serati (1) itik serati.. (1) jualan anak ayam (1) kacuk vs ori (1) keli (6) konsep reban (2) kursus ternakan (2) lapik telur (1) laporan ternakan (1) makanan (3) Memulakan penternakan? (1) omega 3 (1) Pasaran Ayam kampung (6) pelawat (1) Pembinaan reban (5) pemilihan baka ayam (2) pengumuman kelas (1) penyakit ayam (14) perancangan perniagaan (4) peringkat anak ayam. (1) Perkara asas dlm reban (1) Profit penternakan (1) rancangan perniagaan (2) reban (1) reban asuhan (2) rekaan reban (4) tangki air (1) telur ayam (2) ternakan ayam kampung (3) turkeys (2) Ubat-ubatan (1) Upgread reban (3) vaksin (1) variasi ternakan (3) Wad bersalin ayam (1)
CITYPULLAGRO. Powered by Blogger.

Kata2 perangsang, pesanan dan nasihat dari pemilik blog;

1. Berusahalah bersungguh dalam bidang yang ingin diceburi
2. "MALAS" adalah penyakit penternak yang paling membahayakan ternakan kita
3.Tiada jalan pintas untuk kejayaan terutama dalam penternakan
4.Carilah ilmu sebelum anda memulakan sesuatu penternakan.
5. Lebih tinggi ilmu didada makin perlu anda merendahkan diri..
6.Setiap sesuatu perniagaan mulakanlah dari kecil untuk menimba pengalaman agar tidak melatah bila ditimpa masalah kelak..
7.Memberanikan diri untuk gagal tapi disusuli dgn usaha yang gigih..
8. Lebih byk anda memberi, lebih byk anda akan menerima..
9.Bersopan santun dan menghormati org lain adalah kunci segala kejayaan..



Labels Cloud

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Labels List Numbered

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam

Jumpa saya di FB

Shaiful Beduk

Create Your Badge

Facebook Page

SUNAN.my

Instagram

FOLLOW SUNAN

About Me

BLOG DALAM PROSES SET-UP

Popular Posts

  • sedikit nasihat penjagaan anak ayam
    Salam, melihat kepada isu semasa seorang penternak kita yang mempunyai masalah mengenai mengendalian anak ayamnya, beliau mengadu yang anak ...
  • INCUBATOR FORCE AIR FULLY AUTOMATIK
    PENJUALAN INCUBATOR TELAH DIHENTIKAN. HARAP MAKLUM * PIHAK CITYPULL TELAH MENUTUP REBAN AYAM KAMI . HARAP MAKLUM
  • Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori
    Salam, pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampun...
  • Peringkat pembesaran anak ayam,
    Salam, Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perole...
  • Perkiraan untuk rujukan anda: Bagus untuk dijadikan rujukan
    Pemilihan penternakan mengikut jenis ternakan: Salam, Saja kali ni teman nak cerita pasal perbelanjaan kita direban yang perlu kita keluarka...
  • Gejala Anak ayam patuk Anak ayam sampai mati..
    Salam, kalau anda pernah menternak ayam dalam jumlah yang melebihi 200 ekor pasti anda pernah berjumpa dengan masalah ini. Masalah ini juga ...
  • Manual penggunaan Incubator
    * untuk anda yang memerlukan atau tercicir nota manual penggunaan incubator.. Salam , Teman dah selamat tiba ditanah air pada petang hari se...
  • AYAM KAMPUNG MASIH ADA PERMINTAAN
          Jika kita pergi makan di kedai makan yang menyajikan masakan ayam kampung, kita akan dapati ayam kampung yang disajikan itu lembut isi...
  • Menjawab soalan benih dalam telur,
    Salam , Menjawab soalan mengenai bagaimana nak meningkatkan kadar peratusan benih dalam telur anda, soalan dari Nadiah Banting (salah sorang...
  • Pemakanan ternakan mengikut umur.
    salam, Nak share sikit pasal ilmu pemakanan nie. Semalam masa kursus semua macam tak percaya yang kita boleh memasak makanan sendiri sehin...

HUBUNGI SUNAN

Name

Email *

Message *

Labels

  • 4 month in view
  • 6
  • Anak ayam
  • angsa
  • Ayam jantan bertelur?
  • Ayam kampung
  • ayam mandi tanah
  • baka ayam
  • bebelan
  • brooder
  • cabang perniagaan
  • candling
  • catatan
  • costing ayam..
  • dedak
  • fidlot
  • free range
  • Gambar tapak
  • hama
  • hujan
  • incubator
  • Itik serati
  • itik serati..
  • jualan anak ayam
  • kacuk vs ori
  • keli
  • konsep reban
  • kursus ternakan
  • lapik telur
  • laporan ternakan
  • makanan
  • Memulakan penternakan?
  • omega 3
  • Pasaran Ayam kampung
  • pelawat
  • Pembinaan reban
  • pemilihan baka ayam
  • pengumuman kelas
  • penyakit ayam
  • perancangan perniagaan
  • peringkat anak ayam.
  • Perkara asas dlm reban
  • Profit penternakan
  • rancangan perniagaan
  • reban
  • reban asuhan
  • rekaan reban
  • tangki air
  • telur ayam
  • ternakan ayam kampung
  • turkeys
  • Ubat-ubatan
  • Upgread reban
  • vaksin
  • variasi ternakan
  • Wad bersalin ayam
Since ; 2010 CITYPULL BACKYARD CHICKEN FARM

Template By ThemeXpose